19 Jan 2020

Telefilem Misteri Bilik Bawah Lakonan Nad Zainal dan Zahiril Adzim (TV3)




Telefilem Misteri Bilik Bawah, Telemovie Misteri Bilik Bawah, Astro Seram, Kisah Seram, Slot Cerekarama, TV3, Sinopsis Telefilem Misteri Bilik Bawah, Cerekarama Misteri Bilik Bawah, Senarai Pelakon Telefilem Misteri Bilik Bawah, Nad Zainal, Zahiril Adzim, Dynas Mokhtar, Roy Azman, Nadia Mustafa,

Telefilem Misteri Bilik Bawah akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada 18 Januari 2020, jam 10 malam. Antara pelakon telefilem Misteri Bilik Bawah ini adalah Nad Zainal, Zahiril Adzim, Dynas Mokhtar, Roy Azman, Nadia Mustafa dan ramai lagi. Selain itu telemovie Misteri Bilik Bawah ini diarahkan oleh Khairul Anuar Mat Noor dan diterbitkan oleh ZK Creative Productios Sdn Bhd. Nampak menarik telefilem ini kan, plus para pelakonnya juga best - best belaka. Apa pun jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini di bawah ye.




Sinopsis Telefilem Misteri Bilik Bawah 
Lakonan Nad Zainal dan Zahiril Adzim - Cerekarama TV3

Akibat selalu mendapat mimpi yang pelik dan gangguan mistik yang berterusan, Zalika mengesyaki bilik bawah yang dilarang daripada membukanya oleh ayah mentuanya itu mempunyai kaitan apa yang dia alami.


~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~
Read More

18 Jan 2020

Telefilem Telunjuk Iblis Lakonan Kamal Adli dan Tiz Zaqyah




Telefilem Telunjuk Iblis, Telemovie Telunjuk Iblis, Sinopsis Telefilem Telunjuk Iblis, Trailer Telefilem Telunjuk Iblis, Senarai Pelakon Telefilem Telunjuk Iblis, Kamal Adli, Tiz Zaqyah, Fikhree Bakar, Zaki Azeman, Asyiqin Zaed, Naza Manas, Shah Kimin, Halmey Hamdah, Razman Mahayuddin, Poster Telefilem Telunjuk Iblis,

Telefilem Telunjuk Iblis ini akan disiarkan di Astro Citra pada 18 Januari 2020, jam 9 malam. Antara pelakon telefilem Telunjuk Iblis ini adalah Kamal Adli, Tiz Zaqyah, Fikhree Bakar, Zaki Azeman, Asyiqin Zaed, Naza Manas, Shah Kimin, Halmey Hamdah, Razman Mahayuddin dan ramai lagi. Selain itu telemovie Telunjuk Iblis ini diarahkan oleh Osman Ali dan diterbitkan oleh Nuansa Sdn Bhd & Odissi Creative Sdn Bhd. Tiz Zaqyah dan Kamal Adli dah pernah bergandingan dalam filem Kolestrol vs Cinta. Kali ini diorang bergandingan semula dalam telefilem seram gitu. Apa pun nampak menarik kan telefilem Telunjuk Iblis ini kan, so jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini di bawah ye..




Sinopsis Telefilem Telunjuk Iblis Lakonan Kamal Adli dan Tiz Zaqyah (Astro Citra)

Mengisahkan seorang perempuan cantik bernama Mastura (Tiz Zaqyah) yang melarikan diri setelah dikejar oleh penduduk kampung kerana Mastura merupakan pengamal ilmu hitam. Mastura kemudiannya ke kampung Kemboja untuk memulakan hidup baru. Di situ dia hampir dirogol oleh Musa (Zaki Azeman) and the geng tapi nasib baik Abadi (Kamal Adli) datang dan menyelamatkannya. Abadi juga menyuruh Mastura tinggal di rumahnya buat sementara waktu kerana Mastura tiada tempat tinggal. Manakala Abadi akan tinggal di sebuah pondok yang dekat dengan tempat dia bekerja. Sekali - sekala Abadi akan datang ke rumah untuk memberi Mastura barang - barang dapur. Lama - kelamaan Abadi dan Mastura saling jatuh cinta namun Abadi ketika itu sudah bertunang dengan Indah anak pada ketua kampung. Mastura berjaya memujuk Abadi untuk memutuskan pertunangannya dengan Indah. Tak lama kemudian kejadian pelik mula berlaku di kampung tersebut bila kawan - kawan Musa mati dibunuh satu - persatu. Apa yang berlaku seterusnya?

Trailer Telefilem Telunjuk Iblis

Jom Baca Ini juga ➔ Episod Akhir Drama Adellea Sofea
Read More

Segmen Bloglisted 2020 by Misya




Segmen Bloglisted 2020 by Misya, Blogger, Blog, Blogger Segmen,

Hari ini aku nak join pula Segmen Bloglisted 2020 by Misya, tarikh tamat segmen ini adalah pada 31 Januari ini, jadi jangan lupa join okey. Sila klik Banner di atas ini untuk join segmen ini.  


Read More

BLOGLIST 2020 by nasihattermasyhur




BLOGLIST 2020 by nasihattermasyhur, blogger segmen,

Hari ini aku nak join segmen bloglist 2020 by nasihattermasyhur. Tarikh tamat segmen bloglist ini adalah pada 19 Januari ini. So cepat - cepat join okey, if nak join sila klik banner kat atas tu okey..Semua yang join segmen ini akan masuk dalam bloglist nasihattermasyhur gitu..



Read More

16 Jan 2020

Episod Akhir Drama Adellea Sofea




Adellea Sofea, Drama Adellea Sofea, Slot Akasia, TV3, Final Episode Adellea Sofea, Drama Adellea Sofea Episod 28, Episod Akhir Drama Adellea Sofea, Sinopsis Episod Akhir Drama Adellea Sofea, My Opinion,

Berakhir sudah drama kesukaan ramai iaitu drama Adellea Sofea yang tamat episodnya pada 14 Januari yang lalu. Drama Seadanya Aku lakonan Azlee Khairi dan Zara Zya akan menggantikan drama Adellea Sofea ini. Berbalik pada drama Adellea Sofea ini lakonan Mira Filzah dan Ungku Ismail Aziz ini, episod akhir drama ini memang happy endinglah kan, cuma tak berapa logik sikit part Ikram dan Sofea tu. Yela berani betul Sofea bagi Ikram masuk rumah, masa dia seorang diri dalam rumah tu. Awalnya ingatkan ada Rina ke Ilya ke yang standby siap - siap dalam rumah tu, tapi diorang tak ada pula. Tak logik juga bila Ikram boleh pergi macam tu saja lepas Sofea start marah dan halau Ikram tu. Apa pun episod 28 Adellea Sofea ni memang happy ending. Nak tengok episod akhir drama Adellea Sofea ini, bolehlah tengok video kat bawah ini okey. 




Selamat menonton..
Jom Baca Ini juga ➔ Drama Adellea Sofea Episod 24 - Sofea Nak Bercerai?
Read More

11 Jan 2020

Sinopsis dan Review Filem Dua Garis Biru




Dua Garis Biru, Poster Filem Dua Garis Biru, Filem Indonesia Dua Garis Biru, Movie Review, Indonesian Movie Dua Garis Biru, Review Filem Indonesia Dua Garis Biru, Sinopsis Filem Dua Garis Biru, Senarai Pelakon Filem Dua Garis Biru, Angga Aldi Yunanda, Adhisty Zara (Zara JKT48), Cut Mini Theo, Dwi Sasono, Lulu Tobing, Arswendy Nasution, Rachel Amanda, Maisha Kanna, Shakira Jasmine, Ligwina Hananto,

Filem Dua Garis Biru adalah filem Indonesia yang release di Malaysia pada 3 Oktober 2019 yang lalu. Filem ini mendapat sambutan hangat dari penonton kerana jalan ceritanya yang dekat dengan realiti masyarakat kini. Antara pelakon filem Dua Garis Biru ini adalah Angga Aldi Yunanda, Adhisty Zara (Zara JKT48), Cut Mini Theo, Dwi Sasono, Lulu Tobing, Arswendy Nasution, Rachel Amanda, Maisha Kanna, Shakira Jasmine dan Ligwina Hananto dan ramai lagi. Selain itu filem Dua Garis Biru ini diarahkan oleh Gina. S. Noer dan filem ini mengangkat isu remaja yang terlanjur dan mengandung anak luar nikah. Barisan pelakon filem ini juga kena dan serasi dengan watak masing - masing. Jalan cerita filem Dua Garis Biru ini bermula dengan Bima (lakonan Angga Aldi Yunanda) dan Dara (Zara) yang berusia 17 tahun dan merupakan pelajar sekolah. Mereka sekelas dan rapat, Dara merupakan pelajar pintar berbanding Bima. 




Konflik filem ini bermula bila mereka berdua terlanjur dan Dara kemudian mendapati dirinya mengandung. Reaksi Bima ketika dapat tahu Dara mengandung memang sudah dijangka, dia awalnya terkejut dan cuba menjauhkan dirinya daripada Dara tapi nasiblah dia sedar yang dia tak patut buat Dara macam tu, sebaliknya perlu bersama - sama dengan Dara untuk menyelesaikan masalah mereka. Dara dan Bima awalnya sepakat ingin mengugurkan kandungan Dara itu, tapi Dara kemudiannya mengubah keputusannya itu. Bima dan Dara kemudian sepakat untuk menyembunyikan kehamilan Dara dari semua orang. Namun diorang kantoi dekat sekolah bila Dara terlepas cakap masa dia rasa sakit kat bahagian perutnya itu dan guru diorang terus call mak bapa Bima dan Dara untuk datang ke sekolah.
Scene ni memang epik bila mak bapa Bima dan Dara terkejut gila bila dapat tahu Dara mengandung dan diorang mengamuk kat situ, especially mak Dara. Bima pula nekad nak bertanggungjawab atas Dara.  
Dua Garis Biru, Poster Filem Dua Garis Biru, Filem Indonesia Dua Garis Biru, Movie Review, Indonesian Movie Dua Garis Biru, Review Filem Indonesia Dua Garis Biru, Sinopsis Filem Dua Garis Biru, Senarai Pelakon Filem Dua Garis Biru, Angga Aldi Yunanda, Adhisty Zara (Zara JKT48), Cut Mini Theo, Dwi Sasono, Lulu Tobing, Arswendy Nasution, Rachel Amanda, Maisha Kanna, Shakira Jasmine, Ligwina Hananto,
Selepas itu Dara dan Bima perlu memikul tanggungjawab besar di usia muda. Mak bapa Dara cuba mencari alternatif lain dengan menyarankan Dara untuk menyerahkan anaknya nanti pada pakcik dan makciknya yang masih belum ada anak. Namun Bima tak begitu setuju dengan hal itu. Apa yang berlaku seterusnya? Ingatkan lepas Dara bersalin dah selesailah masalah, tapi boleh pula ada komplikasi lain. Ending filem Dua Garis Biru ini memang aku tak jangka sebenarnya. Bagi aku endingnya agak tergantung juga, hope ada sambungannya nanti. Nak tahu apa jadi dengan Dara, Bima dan anak mereka lepas tu. Aku rasa kalau ada sambungan mesti lagi best, cabaran yang diorang hadapi nak besarkan anak, pastu nak kejar cita - cita lagi. 

Jom Baca Ini juga ➔ My Korean Drama List 2019

~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~ 
Read More

9 Jan 2020

Drama Adellea Sofea Episod 24 - Sofea Nak Bercerai?




Drama Adellea Sofea Episod 24 - Sofea Nak Bercerai?, Drama Best, Drama Adellea Sofea, Drama Popular, Trending Di Twitter, Mira Filzah, Ungku Ismail Aziz, Jasmine Suraya Chin, Fizo Omar, Slot Akasia, TV3,

Diam tak diam dah masuk episod 24 dah drama Adellea Sofea ni, memang best layan drama ni, para pelakon pun mantap. Suka tengok gandingan Ungku Ismail Aziz dengan Mira Filzah ni. Lagi beberapa episod je lagi drama ni nak habis. Antara scene yang aku suka dalam drama Adellea Sofea ni masa scene - scene lawak watak Fir tu dan juga scene Sofea lakonan Mira Filzah marah dan mengamuk tu, lakonan terbaik, rasa sedih dan kecewa watak Sofea tu sampai kat hati penonton gitu. Berbalik pada episod 24 drama Adellea Sofea ni, hubungan Sofea dan Fir dilanda masalah. Suzy pula dapat balasan. Kalau nak tahu lebih lanjut apa yang jadi bolehlah layan video di bawah okey. Selamat Menonton..




Watak pelakon Dalam Drama Adellea Sofea
Mira Filzah sebagai Adellea Sofea
Ungku Ismail Aziz sebagai Alif Firdaus
Jasmine Suraya Chin sebagai Suzie Tan
Fazlina Ahmad Daud sebagai Dr. Fauziah
Bella Dally sebagai Iliya
Fizo Omar sebagai Ikram
Josiah Hogan sebagai Karl
Cassia Iman sebagai Damia
Roy Azman sebagai En. Izham
Uchee Fukada sebagai Rina
Kazar Saisi sebagai Aziz
Iman Zulkarnain sebagai Zahim  
Sharisa Haris sebagai Jenab/Jamilah

Jom Baca ini juga ➔ Novel Superhero Hati Karya Wardina Aisyah (Drama Adaptasi Novel)
Read More

8 Jan 2020

Novel Superhero Hati Karya Wardina Aisyah (Drama Adaptasi Novel)




Novel Superhero Hati, Karya Wardina Aisyah, Drama Superhero Hati, Drama Adaptasi Novel, Drama Melayu, Drama Bersiri 2020, Salam HD, Unifi TV, Watak Pelakon, Senarai Pelakon Drama Superhero Hati, Amar Asyraf, Ezzaty Abdullah, Nafiez Zaidi, Hanna Qistina, Raja Azmi, Aisya Hasna, Nafiez Zaidi, Khalida Balqis, Umar Dzarif, Aishah Atan, Dilla Ahmad, Sinopsis Novel Superhero Hati, Cover Novel Superhero Hati,

Novel Superhero Hati Karya Wardina Aisyah telah pun diadaptasikan menjadi drama bersiri yang  disiarkan sejak 3 Januari yang lalu setiap Jumaat, jam 6 petang di Salam HD saluran 113 Unifi TV. Pelakon Amar Asyraf dan Ezzaty Abdullah akan menjadi teraju utama drama Superhero Hati ini. Amar Asyraf akan melakonkan watak sebagai Akasyah Alimin manakala Ezzaty Abdullah kan melakonkan watak sebagai Dahlia Suhana. Pelakon lain yang turut membintangi drama Superhero Hati ini adalah Nafiez Zaidi yang memegang watak sebagai Wan Daniel, Umar Dzarif sebagai Adam Zakwan, Raja Azmi sebagai Hajah Fauziah, Aishah Atan sebagai Datin Faridah, Puteri Ateeqah Ayu sebagai Suraya, Hanna Qistina sebagai Zaza, Dilla Ahmad sebagai Sarimah dan ramai lagi. Berbalik pada novel Superhero Hati ini, ianya diterbitkan pada bulan Disember 2017 oleh Anaasa Publication. Apa pun jom tengok sinopsis novel ini di bawah ye.




Sinopsis 
Novel Superhero Hati Karya Wardina Aisyah

Akashah Alimin, dia duda terhangat idaman wanita. Kehilangan isteri tercinta menyebabkan dia menjadi seorang yang menyendiri. Masanya hanya dihabiskan pada kerja dan pesakit-pesakitnya. Sehingga dia tidak sedar, perbuatannya ini mengundang rasa kecewa di hati si kecil bernama Adam. Satu satunya permata hati peninggalan arwah Zahida.
"Kalau abah sayangkan Adam, abah tak mungkir janju. Abah kata nak datang awal..tapi abah tak datang pun. Kalau Adam masih ada mama..tentu mama tak biarkan Adam tunggu lama-lama kat sekolah." - Adam 
- Dahlia Suhana. Kenangan cinta monyet itu tak pernah dilupakan. Walau telah bertahun lamanya, lelaki pertama yang pernah dicintai dalam diam itu tetap bernafas dalam hati. Meski dirinya merupakan tunangan orang, namun si dia juga yang dinanti. Wan Daniel, dia kasanova terhebat. Tak pernah kekal dengan mana-mana wanita. Baginya cinta ibarat menukar baju. Tak perlu kekal lama. Siapa sangka, hatinya tunduk pada seorang gadis gemuk yang comel. Berbagai usaha dilakukan sehingga dia berjaya meraih hati si gadis pujaannya itu.
Novel Superhero Hati, Karya Wardina Aisyah, Drama Superhero Hati, Drama Adaptasi Novel, Drama Melayu, Drama Bersiri 2020, Salam HD, Unifi TV, Watak Pelakon, Senarai Pelakon Drama Superhero Hati, Amar Asyraf, Ezzaty Abdullah, Nafiez Zaidi, Hanna Qistina, Raja Azmi, Aisya Hasna, Nafiez Zaidi, Khalida Balqis, Umar Dzarif, Aishah Atan, Dilla Ahmad, Sinopsis Novel Superhero Hati, Cover Novel Superhero Hati,
Namun, satu pertemuan, merubah segala-galanya.
"Saya dah lama cintakan awak. Sejak kita di bangku sekolah. Cuma saya tak berani nak luahkan isi hati saya masa tu." - Akasyah Alimin
"Kenapa mesti ada pertemuan dan perpisahan? Sungguh.. Aku tak suka semua ni!" - Dahlia Suhana
"Mungkin memang dah takdir hidup awak bersama dia dan bukannya saya. Apa pun keputusan awak, saya terima dengan hati terbuka. Cuma saya nak awak tahu, awak satu-satunya wanita yang berjaya membuka pintu hati saya untuk berumah tangga" - Wan Daniel.
Suhana keliru. Siapa yang harus dipilih? Antara si doktor dan si juruterbang? Atau perlukah dia terus menguburkan perasaannya sendiri demi kebaikan semua orang?
Benar, kisah cinta tak seharusnya berakhir dengan sesuatu yang menggembirakan. Takdir Allah itulah yang terbaik

Jom Baca Ini Juga ➔ Drama Sepasang Awan Putih Adaptasi daripada Novel I Love You Cikgu Karya Imanisa Riana
Read More

5 Jan 2020

Baca Online Novel I Love You Cikgu (Drama Adaptasi Novel)




Novel I Love You Cikgu, Novel I Love You Cikgu Karya Imanisa Riana, Drama Adaptasi Novel, Novel Online, Baca Online Novel I Love You Cikgu Bab 1 Hingga Bab 30, Sinopsis Novel I Love You Cikgu Karya Imanisa Riana, Drama Sepasang Awan Putih, Drama Melayu 2020, Drama Bersiri TV1 2020, Slot Widuri, RTM, TV1, Drama Baru Sean Lee, Drama Baru Hanna Aqeela, Cover Depan Novel I Love You Cikgu,

Novel I Love You Cikgu karya Imanisa Riana telah pun diadaptasikan menjadi drama bersiri 13 episod bertajuk Sepasang Awan Putih. Drama adaptasi novel ini sudah mula disiarkan di slot Widuri TV1 bermula 3 Januari yang lalu. Drama Sepasang Awan Putih ini disiarkan setiap Rabu hingga Ahad, jam 7 malam di RTM TV1. Pelakon Sean Lee dan Hanna Aqeela akan menjadi teraju utama drama Sepasang Awan Putih ini. Sean Lee akan melakonkan watak sebagai Chan Chee Hong / Muhammad Nur Iman manakala Hanna Aqeela pula akan melakonkan watak sebagai Sara Raihana. Selain Sean Lee dan Hanna Aqeela, ada ramai pelakon lain yang turut membintangi drama Sepasang Awan Putih ini seperti Aidil Aziz yang memegang watak Farid, Nisha Dirr sebagai Lina, Sura Sojangi sebagai Cikgu Norita dan ramai lagi. Drama Sepasang Awan Putih ini diarahkan oleh Fairuz Loy. Berbalik pada Novel I Love You Cikgu ini, ianya diterbitkan pada bulan Disember 2012 oleh Karangkraf. Jadi sambil menonton versi dramanya di TV, korang juga boleh baca novel I Love You Cikgu ini secara online juga, caranya korang hanya perlu klik link di bawah ini okey. Tapi tak semua bablah ada kan, hanya dari bab 1 hingga bab 30 sahaja. Kalau nak baca penuh, sila beli dan dapatkan novel ini di pasaran ye. Apa pun sebelum tu jom tengok juga sinopsis novel ini terlebih dahulu okey.




Sinopsis Novel I Love You Cikgu karya Imanisa Riana

Kehadiran Sara Raihana, seorang guru baru di sebuah sekolah menarik minat Chan Chee Hong alias Muhamad Nur Iman untuk mendekati dan menawan hatinya. Kejadian malang yang menimpa Sara Raihana menambah rasa simpati dan kasih Iman terhadapnya. Pelbagai usaha dilakukan untuk memikat Sara Raihana. Bagi Sara Raihana, Iman hanyalah pelajar dan adik angkatnya sahaja. Cintanya telah berkubur bersama-sama jasad orang tersayang. Fitnah yang melanda hubungan mereka membuatkan Sara Raihana malu dan mulai menjauhkan diri daripada Iman. Iman terpaksa menyimpan hasratnya untuk memiliki gadis idaman sehinggalah dia telah berjaya bekerja. Kehadiran Farid telah membuka satu dimensi baru dalam hidup Sara Raihana. Adakah Sara Raihana akan menerima pinangan Farid dan melukakan hati Iman? Adakah Iman berjaya memiliki gadis idaman hatinya? Berbaloikah sebuah penantian?
Novel I Love You Cikgu, Novel I Love You Cikgu Karya Imanisa Riana, Drama Adaptasi Novel, Novel Online, Baca Online Novel I Love You Cikgu Bab 1 Hingga Bab 30, Sinopsis Novel I Love You Cikgu Karya Imanisa Riana, Drama Sepasang Awan Putih, Drama Melayu 2020, Drama Bersiri TV1 2020, Slot Widuri, RTM, TV1, Drama Baru Sean Lee, Drama Baru Hanna Aqeela,


~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~
Read More

3 Jan 2020

Segmen Bloglist 2020




Segmen Bloglist 2020

Hari ini aku nak join Segmen Bloglist 2020 anjuran blog Tiara Sapphire, tarikh tamat segmen ini adalah pada 15 Januari 2020. Semua penyertaan akan dimasukkan dalam bloglist blog gitu. Kalau korang nak join segmen ini juga, bolehlah klik kat banner diatas tu okey. Selamat bersegmen..


Read More

2 Jan 2020

My Korean Drama List 2019




My Korean Drama List 2019, Drama Korea 2019, Korean Drama 2019, List Drama Korea 2019 Yang Aku Dah Tengok,

Selamat Tahun Baru 2020 buat pembaca blog ini, so dalam entry ni aku nak share senarai drama Korea yang aku dah tonton sepanjang tahun 2019 ini. Dalam list ni ada drama yang best ada gak yang tak best dan biasa - biasa saja. Jadi aku akan letak juga rating aku untuk setiap drama korea yang ada dalam list dibawah ini okey. Kalau ratingnya 10/10 bintang tu, maknanya drama korea tu best gilerlah kan hehe.

➤ My Fellow Citizens  = 7/10
➤ Perfume = 7.2/10
➤ The Tale Of Nokdu = 8/10
➤ Doctor Prisoner = 10/10
➤ Angel 's Last Mission : Love = 5.8/10
➤ Less Than Evil = 9/10
➤ Item = 5.8/10
➤ Spring Turns to Spring = 8.8/10
➤ Extraordinary You = 10/10
➤ My Strange Hero = 5.8/10




➩ Haechi = 8/10
➩ The Last Empress = 7.9/10
➩ Big Issue = 10/10
➩ The Fiery Priest = 8.9/10
➩ Doctor John = 7.5/10
➩ Vagabond = 10/10
➩ Fate and Furies = 7.5/10
➩ He Is Pschometric = 9/10
➩ The Great Show = 7.5/10
➩ Encounter = 9/10
My Korean Drama List 2019, Drama Korea 2019, Korean Drama 2019, List Drama Korea 2019 Yang Aku Dah Tengok,
⏩ Search : WWW = 7.9/10
⏩ Memories Of The Alhambra = 10/10
⏩ Romance Is a Bonus Book = 7/10
⏩ Arthdal Chronicles = 8/10
⏩ Hotel Del Luna = 10/10
⏩ Save Me 2 : The Fake = 7.8/10
⏩ Class Of Lies = 7.9/10
⏩ Kill It = 7.8/10
⏩ Voice 3 : City Of Accomplices = 8.8/10
⏩ Strangers From Hell = 7.7/10
➣ The Light In Your Eyes = 8/10
➣ Welcome To Waikiki 2 = 8/10
➣ Sky Castle = 9/10
➣ Graceful Family = 9/10
➣ Kingdom = 8.5/10
➣ Love Affairs In The Afternoon = 7.8/10
➣ Melting Me Softly = 6.5/10
➣ Secret Boutique = 7.7/10
➣ Designated Survivor : 60 Days = 8/10
➢ VIP = 7.4/10


~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~  
Read More


My Random Post