Hari ini aku nak join Wonderful March Giveaway by Raydah Alhabsyi dan tarikh tamat giveaway ini adalah pada 31 March 2018. Syarat Penyertaan giveaway ini sangat simple dan mudah so harus join beramai - ramai hehe. Bagi yang nak join Giveaway ini, bolehlah klik Banner di atas okey. Good Luck semua..
25 Mac 2018
23 Mac 2018
Review The Autopsy Of Jane Doe (English Movie)
Review The Autopsy Of Jane Doe (English Movie)
Hari ini aku nak buat review English Movie The Autopsy Of Jane Doe, filem ini release pada 21 Disember 2016 dan merupakan filem seram. Antara Pelakon Filem The Autopsy Of Jane Doe ini adalah Emile Hirsch, Brian Cox, Ophelia Lovibond, Olwen Kelly, Michael Mc Elhatton dan ramai lagi. Movie ini berdurasi 86 minit dan diarahkan oleh Andre O Vredal. Tengok dari tajuk filem ini saja dah nampak seram tu dan sesuai dengan tajuk filem ini hehe. Awalnya jalan cerita filem biasa saja, namun bila kejadian pelik dah start berlaku barulah rasa seram sikit hehehe. Jane Doe ini adalah mayat yang akan dibedah siasat, jadi banyaklah scene - scene yang menunjukkan badannya yang dibelah dengan pisau dan sebagainya. Bagi yang geli tu kena prepare awal - awal sebelum tengok Movie The Autopsy Of Jane Doe ini dan jangan juga tengok movie ini sambil makan okey hahaha sebab ada banyak scene - scene yang mengerikan dan mengelikan. Apa pun jom tengok sinopsis filem ini terlebih dahulu okey.
Sinopsis Filem The Autopsy Of Jane Doe
Mengisahkan Tommy Tilden (lakonan Brian Cox) dan anak lelakinya Austin Tilden (lakonan Emile Hirsch) yang masing - masing merupakan koroner. Mereka berdua akan bekerjasama untuk membuat autopsi / bedah siasat ke atas - atas mayat yang dihantar pada mereka oleh polis untuk mengetahui punca kematian mayat tersebut dan sebagainya. Suatu hari Sheriff Sheldon Burke telah menghantar 1 mayat wanita misteri yang dinamakan sebagai Jane Doe (lakonan Olwen Kelly) kepada Tommy dan menyuruh Tommy untuk membuat autopsi segera ke atas mayat tersebut untuk mengetahui punca kematian dan seterusnya membolehkan Sheriff Sheldon Burke membuat kenyataan pada media. Hal tersebut membuatkan Tommy terpaksa bekerja sepanjang malam untuk membuat autopsi tersebut kerana Sheriff mahukan laporan lengkap keesokkan harinya. Manakala Austin pula sepatutnya keluar dating dengan teman wanitanya Emma, namun Austin berasa kesian dan tak sampai hati melihat ayahnya terpaksa bekerja sepanjang malam secara bersendirian, lalu menangguhkan temu janjinya dengan Emma beberapa jam kemudian dan menolong ayahnya untuk membuat autopsi ke atas mayat wanita cantik yang bernama Jane Doe itu terlebih dahulu.
Ketika melakukan autopsi ke atat mayat Jane Doe itu, Austin dah rasa tak sedap hati dan mengajak ayahnya untuk berhenti dan menyambung kerja tersebut kemudian. Namun ayahnya tak nak berhenti kerana autopsi itu perlu dilakukan segera seperti yang diarahkan oleh Sheriff itu. Di peringkat awal hanya Tommy yang banyak melakukan autopsi ke atas mayat Jane Doe itu, manakala Austin pula hanya membantu untuk mengambil dan menyimpan barang, selain berkongsi pendapat dengan ayahnya itu. Tak lama kemudian, perkara pelik mula berlaku, apabila radio yang di buka oleh Tommy dan Austin itu mula bertukar sendiri, kemudian ada berita mengenai kejadian ribut yang akan berlaku dan semua orang disarankan untuk pulang ke rumah dengan segera. Namun Tommy hanya fokus mengenai autopsi tersebut saja. Ada pelbagai benda pelik yang dijumpai dalam badan Jane Doe ini, seperti lidahnya dikerat, paru - parunya hitam, matanya kelabu dan ada cebisan kain yang dijumpai dalam badannya itu, dimana terdapat tulisan di atas kain tersebut. Tak lama kemudian kucing peliharaan Tommy dan Austin dijumpai mati, bekalan elektrik tiba - tiba terputus, mayat lain yang berada di tempat tersebut boleh bangun dan menyerang Tommy. Makin lama diorang menjalan autopsis ke atas Jane Doe itu, makin banyak perkara pelik dan menakutkan berlaku.
Tommy dan Austin akhirnya cuba membakar mayat Jane Doe itu, namun sebaliknya yang berlaku bila tempat tersebut yang terbakar tapi mayat Jane Doe tetap tidak terbakar dan sama seperti biasa. Tidak dapat melakukan apa - apa menyebabkan Tommy dan Austin membuat keputusan meneruskan juga kerja mereka untuk membuat autopsi ke atas Jane Doe itu, kali ini mereka membuat autopsi di bahagian otak Jane Doe pula. Mereka amat terkejut apabila mengetahui yang otak Jane Doe itu seolah - olah hidup dan normal. Austin kemudiannya mula menyiasat mengenai cebisan kain yang dijumpai dalam badan Jane Doe itu dan akhirnya mereka mengetahui siapa sebenarnya Jane Doe dan apa sebenarnya yang berlaku. Semakin lama autopsi itu dilakukan maka semakin banyak bahaya yang menanti Tommy dan Austin itu. Ikutkan Jane Doe dah memberi amaran untuk Tommy dan Austin untuk berhenti menjalankan autopsi ke atas dirinya, melalui berita dalam radio, tentang ribut bakal melanda dan mereka perlu pulang ke rumah itu, namun Tommy tidak mengambil serius mengenai berita radio itu. Jadi apa yang belaku seterusnya? dan siapakah sebenarnya Jane Doe ini?
Ulasan Filem The Autopsy Of Jane Doe
Scene ketika Austin dan Tommy tahu siapa sebenarnya Jane Doe itu memang suspen, agak menakutkan juga scene itu sebab Jane Doe ini tak bergerak pun tapi macam - macam yang berlaku. Terpikir gak senang betul pelakon yang melakon watak Jane Doe ini buat duit, hanya berlakon jadi mayat saja tapi dah cukup menimbulkan rasa seram. Tapi agak kurang sesuai jugalah bila badan Jane Doe itu terdedah sepanjang masa, patutnya diorang tutuplah dengan kain ke apa ke bila autopsi tersebut dihentikan buat seketika. Ending Movie The Autopsy Of Jane Doe ini agak tergantung dan rasanya diorang boleh buat sambungan lagi sebab ending untuk watak Jane Doe itu agak menarik sebenarnya dan aku teringin juga nak tahu lebih lanjut mengenai Jane Doe itu. Mungkin diorang boleh buat prequel atau pun sequel sebab jalan ceritanya pasti akan lebih menarik lagi sebab Jane Doe ini ala - ala hidup dalam mati gitu hehe. Walaubagaimanapun aku berasa kasihan pada Tommy dan Austin ini sebab diorang ini ikutkan tidak bersalah pun pada Jane Doe ini sebab diorang hanya melaksanakan tugas mereka sebagai koroner saja. Namun Tommy dan Austin ini berada pada tempat dan masa yang salah dan akhirnya bertemu dengan mayat Jane Doe ini.
Jane Doe ini boleh tahan kejam juga sebab bila dia dah marah, tiada siapa dapat menghalangnya lagi. Austin ini boleh dikatakan anak yang baik gitu sebab sanggup tolong bapanya walaupun dia awalnya nak pergi dating. Scene ketika kucing Tommy dan Austin itu mati amat menyedihkan aku juga, sebab aku memang sensitif sikit bab - bab binatang kena aniaya, kena pukul, mati dan sebagainya. Ikutkan agak mengelirukan juga scene ketika diorang reveal mengenai siapa sebenarnya Jane Doe ini, kena fokus betul - betul dekat scene tersebut. Selain itu agak unik juga bila filem ini tidak memerlukan pelakon yang ramai, mahu pun watak hantu yang mempunyai wajah yang menyeramkan untuk membuatkan penonton rasa takut dan seram. Manakala dari segi OST mahu pun muzik latar pula agak biasa - biasa saja bagi aku. Jadi keseluruhannya aku bagi 6.5/10 Bintang untuk english movie ini.
21 Mac 2018
Kaella Beloved Fellas
Now aku nak join Segmen Kaella Beloved Fellas pula, tarikh tamat segmen ini adalah 31 March 2018 ini. Selain dapat masuk bloglist, peserta bertuah juga boleh menang hadiah misteri gitu, untunglah peserta yang bertuah tu kan, hope adalah rezeki den nanti ye hehe. Kalau korang nak join segmen ini juga, bolehlah klik Banner di atas ye, so wish me luck okey.
Birthday Giveaway by Mrs Pip
Kali ini aku nak join Birthday Giveaway by Mrs Pip pula, mana tau kalau bertuah dan ada rezeki, bolehlah menang hadiah yang best tu hehehe. Tarikh Tamat Giveaway ini adalah pada 8 April 2018, kalau korang nak join giveaway ini, bolehlah klik banner di atas ye. Wish me luck okey.
20 Mac 2018
Episod Akhir Drama Syurga Yang Kedua
Berakhir sudah drama 70 episod Syurga Yang Kedua ini, episod terakhir iaitu episod 70 telah pun disiarkan pada 19 Mac yang lalu, drama Monalisa akan menyusul untuk menggantikan drama ini. Berdasarkan komen di Twitter yang aku baca, ramai juga yang tak puas hati dengan Ending Drama Syurga Yang Kedua ini sebab tergantung, banyak persoalan yang tidak terjawab dan penonton perlu membuat kesimpulan sendiri tentang apa yang berlaku pada watak - watak tertentu. Apa pun happy ending buat watak Sabrina dan Daniel, namun sad ending buat watak Vivy sebab dia akhirnya jadi gila, sayang betul pula, sebab Vivy tu cantik, doktor pula tu tapi akhirnya jadi gila, sebelum jadi gila, Vivy tu sempat bagi anaknya Alia pada Sabrina dan siap minta maaf pada Daniel dan Sabrina lagi. Rasanya kalau Vivy tu tak jumpa dengan Dato Sherry, maybe Vivy tu masih waras kot hahaha, tapi bila dia jumpa saja Dato Sherry terus mental dia tak stabil. Tak sangka juga Vivy jadi mcam tu, rasa kesian juga pada Vivy ni. Aku tak puas hati juga scene Vivy dengan Dato Sherry tu macam tergantung betul, tahu - tahu dah habis haha, baru nak suspen dah habis.
Selain itu, ramai juga yang memuji Azril sebab setia dengan Vivy walaupun Vivy dah jadi gila, aku ingatkan Azril akan tinggalkan Vivy selepas Vivy jadi gila, tapi rupanya tak, malah dia setia, cuma aku teringin nak tahu apa jadi dengan hubungannya dengan Delaila tu, dah bercerai ke?, anak yang Vivy kandung tu macam mana pula kan? dan adakah Vivy bercerai dengan Daniel?Tapi scene Vivy jadi gila tu comel pula hahaha. Bila dah tengok episod terakhir drama Syurga Yang Kedua ini barulah aku faham kenapa drama ini bertajuk Syurga Yang Kedua, awalnya aku ingatkan tajuk drama ini ada kaitan dengan watak Vivy sebab dia isteri kedua kan. Satu lagi aku agak terkejut bila Daud tu nak kahwin juga dengan si Rozie tu, seriously. Paling mengejutkan bila Shidah buat keputusan untuk redha dan menerima Rozie jadi madunya. Memang mengejutkan jugalah sebab Shidah ini awalnya memang garang dan tak suka dimadukan, tapi akhirnya terus berubah seratus peratus, siap boleh senyum dan beramah mesra dengan bakal madunya itu, nak tergelak pun ada juga bila tengok scene Shidah, Rozie dan Daud tu. Keluarga bahagia sangat okey haha.
Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Janji Pada Hati Slot Qalbu TV Alhijrah
👉👉 Drama Suamiku Lelaki Pendosa (TV3)
19 Mac 2018
Drama Tak Ada Cinta Sepertimu Episod 1 Hingga 4
Sinopsis Drama Tak Ada Cinta Sepertimu Episod 1 Hingga Episod 4
Drama Tak Ada Cinta Sepertimu ini tengah hangat bersiaran di Astro Ria sejak 12 Mac yang lalu. Kalau sebelum ini drama lakonan Syafiq Kyle yang bertajuk Mencintaimu Mr Photographer pernah popular di Astro begitu juga dengan Drama lakonan Zahirah Macwilson yang bertajuk Duda Pujaan Dara itu. Kali ini mereka berdua digandingkan sebagai hero dan heroin Drama Tak Ada Cinta Sepertimu yang juga merupakan adaptasi daripada Novel Tak Ada Cinta Sepertimu karya Anna Milia. Sudah 4 episod disiarkan dan aku sebagai penonton merasakan jalan cerita drama ini menarik dan ada pengajaran gitu. Pelakon - Pelakon Drama Tak Ada Cinta Sepertimu ini terdiri daripada Syafiq, Kyle, Zahirah Macwilson, Ruhainies, Fadlan Hazim, Nik Adam Mika, Fikry Kiki, Hazman Al-idrus, Alif Muhaimin, Ardell Aryana, Nazeera Sardi dan ramai lagi. Jadi dalam entry ini aku nak kongsikan rangkuman sinopsis Drama Tak Ada Cinta Sepertimu untuk episod pertama drama ini hinggalah episod 4, manakala episod lain akan bersambung dalam entry baru yang akan datang minggu seterusnya. Jadi selamat membaca, okey.
Rangkuman Sinopsis Drama Tak Ada Cinta Sepertimu Episod 1 Hingga Episod 4
Pertemuan pertama Athea (lakonan Zahirah Macwilson) dan juga Hazran (lakonan Syafiq Kyle) berakhir dengan kurang baik, apabila masing - masing berasa sakit kepala dan berebut satu pek panadol di sebuah kedai runcit. Namun perebutan mereka selesai apabila Hazran membahagikan pek panadol itu kepada 2 bahagian dan menyerahkan selebihnya pada Athea dan kemudian berlalu pergi. Walaubagaimanapun Hazran makin benggang apabila ada kereta lain telah menghalang keretanya untuk keluar dan rupa - rupanya kereta tersebut adalah kereta Athea. Athea yang sedar akan kesalahannya cepat - cepat meminta maaf pada Hazran dan sempat menghulurkan roti pada Hazran sebagai tanda minta maaf dan berlalu pergi dari situ. Tak lama kemudian, cermin tingkap rumah Hazran pula pecah disebabkan Qayyum yang bermain bola di kawasan sekitar rumah Hazran. Qayyum dan Qaleef adalah anak saudara Athea tapi Athea yang membesarkan mereka berdua selepas ibu bapa Qayyum dan Qaleef meninggal dunia. Malah Qayyum dan Qaleef menganggap Athea seperti ibu mereka sendiri. Athea akhirnya terpaksa datang ke rumah Hazran untuk menyelesaikan isu cermin tingkap rumah Hazran yang pecah itu.
Athea agak terkejut apabila berjumpa Hazran lagi dan tak sangka mereka tinggal di kawasan yang berdekatan. Hazran juga tak sangka yang Athea sudah berkahwin dan mempunyai 2 anak. Athea berjanji akan menyelesaikan masalah tersebut dan menanggung segala kos membaiki cermin tingkap yang pecah itu. Hazran tertanya - tanya dimana suami Athea, kerana hanya Athea yang bersusah payah menyelesaikan hal tersebut. Tak lama kemudian kucing kesayangan Qaleef iaitu Lulu telah terlepas dan masuk ke rumah Hazran. Qaleef ingin mengambil kucingnya semula namun Hazran yakin kucing tersebut adalah kucingnya yang bernama Smokey yang telah hilang sebelum ini. Hazran kemudian membawa Qaleef pulang ke rumah Athea dan memberitahu Athea pasal kucingnya itu. Athea kemudian menyuruh Qaleef memulangkan Smokey semula pada Hazran namun Qaleef agak keberatan, akhirnya Hazran mendapat Smokey semula. Keesokkan harinya Qaleef yang rindukan kucingnya itu pergi ke rumah Hazran dan meminta kebenaran Hazran untuk menjenguk Smokey dan Hazran membenarkan Qaleef bermain - main dengan Smokey di rumahnya itu. Setelah Hazran berborak - borak dengan Qaleef barulah dia tahu yang Qaleef dan Qayyum adalah anak saudara Athea dan Athea masih belum berkahwin.
Sejak dari itu Hazran makin akrab dengan Qaleef, Qayyum dan juga Athea, mereka juga kadang - kadang keluar makan bersama. Malah Hazran sentiasa rajin membantu, jika Athea memerlukan pertolongan. Tak lama kemudian, Athea akhirnya tahu yang Hazran sudah pun mempunyai tunang bernama Bella. Malah Athea juga sempat bertemu dengan Bella beberapa kali bagi membincangkan tentang hal kerja kerana Hazran ingin menggunakan khidmatnya untuk mereka design rumahnya. Walaubagaimanapun kelihatan Bella tidak begitu suka dengan Athea, Bella sering tidak puas hati dengan Hazran kerana sentiasa sibuk dan tidak ada masa dengannya. Namun Bella tidak sedar, majikannya yang bernama Kamarul, sudah lama menaruh hati padanya dan sentiasa mencari peluang untuk rapat dengan Bella. Kamarul juga sentiasa cemburu melihat Bella dan Hazran dan mencari peluang untuk merampas Bella dari Hazran. Kamarul kemudiannya telah meminta bantuan Bella untuk menemaninya pulang ke kampung dan berpura - pura menjadi teman wanitanya disana, kerana ada kenduri kahwin di rumahnya itu. Bella awalnya agak keberatan namun akhirnya bersetuju setelah Kamarul merayu dan memujuknya untuk menolongnya.
Keluarga Kamarul suka dengan Bella namun dalam masa yang sama, tunang Bella iaitu Hazran jatuh sakit dan meminta bantuan Bella untuk menghantarnya ke klinik. Namun Bella tidak dapat menolong Hazran kerana dia kini berada di rumah keluarga Kamarul. Athea yang datang ke rumah Hazran untuk menyiapkan kerjanya sedar yang Hazran sakit dan cuba membantunya.
18 Mac 2018
Drama Syurga Yang Kedua Episod 65 Hingga 69
Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 65 Hingga Episod 69
Diam tak diam dah masuk minggu akhir dah Drama Syurga Yang Kedua ini, Isnin ini iaitu 19 Mac 2018 akan disiarkan episod akhir drama Syurga Yang Kedua ini. Apalah agaknya kesudahan drama ini ye?. Dalam banyak - banyak scene dalam drama ini, aku tak boleh terima betul dengan bapa Sabrina iaitu Daud yang nekad sungguh nak berkahwin lagi dengan Rozie, geram pun ada juga. Takkanlah dia tak tengok penderitaan Sabrina yang dimadukan tu, ni dia nak madukan pula isterinya si Shidah tu. Aku pun curious juga nak tahu apa yang akan terjadi pada hubungan Shidah dan Daud ini, adakah Shidah akan mengikut prinsipnya yang tak akan berpoligami atau pun redha sajalah serta mengizinkan Daud berkahwin dengan Rozie. Kisah yang paling ditunggu pastilah tentang Sabrina, Daniel dan Vivy, apa yang akan jadi dengan diorang bertiga ini kan?. Adakah Daniel masih berpegang dengan janjinya tak akan menceraikan mana - mana isterinya atau pun sebaliknya berlaku. Hope tak adalah kejutan kan, mana tau tetiba diorang matikan watak Sabrina tu, mahu marah netizen nanti haahaha. Antara pelakon utama drama Syurga Yang Kedua ini adalah Fasha Sandha, Elizad Sharifuddin, Zarul Husin, Azizah Mahzan, Fazlina Ahmad Daud, Dato Jalaluddin Hassan, Beego, Dynas Mokhtar dan ramai lagi. Bagi yang nak baca sinopsis episod - episod awal drama ini bolehlah try klik label Drama Syurga Yang Kedua yang berada di bawah ini dan kemudian akan keluar semua entry mengenai drama ini. Atau pun korang boleh juga taip dan search di kotak search yang disediakan di sidebar blog ini. Apa pun jom tengok rangkuman sinopsis drama Syurga Yang Kedua untuk episod 65 Hingga episod 69.
Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 60 Hingga Episod 64
Sabrina seperti biasa sentiasa mencari peluang untuk menyindir Vivy, manakala Vivy pula hanya bersabar bila berada di depan Sabrina dan mula mengamuk dan marah pada Sabrina ketika berada di biliknya seorang diri. Vivy juga marah dengan tindakan Daniel yang terlalu manjakan Sabrina ketika Sabrina tengah sarat mengandung berbeza dengan dirinya dulu ketika mengandung. Vivy merasakan hal tersebut tidak adil untuknya. Sabrina mula rasa sakit nak bersalin dan semua orang di rumah Dato Sherry kelam - kabut untuk menghantar Sabrina ke hospital, manakala Vivy pula langsung tidak peduli mengenai hal tersebut. Manakala Rozie pula menyuruh Daud untuk mendapatkan izin isterinya iaitu Shidah, sekiranya ingin berkahwin dengannya, malah Rozie juga turut berhenti kerja dan ingin membantu perniagaan anaknya Mira. Daud berasa berat hati untuk melepaskan Rozie pergi dari syarikatnya. Shidah pula melayan Daud dengan dingin dan dalam masa yang sama berasa tertekan dengan hal suaminya itu. Sabrina akhirnya selamat melahirkan anak lelaki dan anaknya itu dinamakan Darwish. Semua orang sudah melawat Sabrina di hospital cuma Vivy saja yang belum pergi melawat. Sabrina pula berazam untuk mencari tahu siapa ibu bapa kandung baby Alia setelah dia sihat nanti. Daud pula pergi ke butik Mira dan berkongsi berita gembira tentang kehadiran cucu lelakinya yang baru lahir. Rozie pula sengaja mengelak untuk berjumpa dengan Daud. Dato Sherry berat hati untuk berpindah ke rumah baru kerana terpaksa menjual rumahnya sekarang.
Sabrina pula menghabiskan masa berpantang di rumah ibu bapanya. Daniel pula berjanji tak akan menceraikan Vivy mahu pun Sabrina, sekiranya rahsia perkahwinan mereka itu pecah. Azril pula berjaya mendapat maklumat sebenar tentang baby Alia dan telah berjanji akan berjumpa dengan Sabrina tak lama lagi. Azril memberitahu Vivy yang dia telah mengetahui segala rahsia Vivy termasuklah rahsia mengenai baby Alia itu. Vivy berpura - pura seolah - olah tidak kisah dengan rahsianya yang terbongkar itu. Walaubagaimanapun setelah Azril pergi dari situ barulah Vivy mula panik, risau dan takut serta tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Dato Sherry telah selesai berpindah ke rumah baru dan Vivy turut tinggal bersamanya. Danial berasa curiga dengan tindakan Sabrina yang keluar rumah tanpa izinnya serta pergi berjumpa dengan lelaki lain, Daniel kemudiannya mengupah seseorang untuk pergi menyiasat dan mengekori Azril kerana Daniel syak Sabrina berjumpa dengan Azril. Sabrina kemudiannya pergi berjumpa dengan Azril dan Azril memberitahu tentang hal sebenar mengenai Baby Alia pada Sabrina dan membuatkan Sabrina menjadi marah dan ingin membongkar segalanya tentang Vivy pada Daniel. Sabrina kemudiannya terkejut melihat Daniel telah menunggunya pulang di rumah mereka. Daniel kemudian bertanyakan pada Sabrina tentang kenapa Sabrina bertemu dengan lelaki tersebut. Sabrina kemudian mendedahkan yang dirinya dah tahu mengenai rahsia perkahwinan Daniel dan Vivy, seterusnya meluahkan rasa kecewanya pada Daniel yang telah menipunya selama ini dan seterusnya membuatkan Daniel terkejut dan terdiam.
Sabrina juga mendedahkan yang baby Alia itu sebenarnya adalah anak kandung Daniel dengan Vivy. Manakala Mastura pula bertemu dengan Dato Sherry dan mendedahkan rahsia tentang baby Yusof. Hal tersebut membuatkan Daniel dan Dato Sherry marah dan Dato Sherry bertindak menghalau Vivy keluar dari rumah tersebut. Vivy terkejut apabila semua rahsianya telah terbongkar namun cuba berlagak tenang dan keluar dari rumah itu kemudian menangis. Sabrina turut menceritakan segalanya pada ibu dan ayahnya sekaligus meluahkan apa yang dirasakan selama ini. Azril mengetahui yang Vivy kini tersepit dan tiada tempat bergantung cuba mengambil kesempatan tersebut dengan menghulurkan bantuan serta mengajak Vivy untuk lari. Dato Sherry bertemu dengan Delaila di hospital, kelihatan Delaila telah sembuh sepenuhnya. Delaila turut menceritakan yang dia tahu apa yang berlaku di rumah Dato Sherry itu dan mengatakan semuanya berpunca dari Dato Sherry sendiri. Dato Sherry insaf dan sedar semuanya berpunca darinya, malah dia juga meminta maaf dan berbaik - baik dengan ibu Sabrina iaitu Shidah. Manakala bapa Sabrina iaitu Daud melamar Rozie untuk menjadi isterinya dan akhirnya Rozie setuju. Ketika Shidah membawa baby Alia bersiar - siar di taman, Vivy kemudian datang dan memaksa Shidah untuk bagi anaknya itu padanya. Sabrina yang sedih menelefon Daniel dan menyuruh Daniel untuk pergi mencari Vivy dan mengambil baby Alia semula.
Daniel menemui Vivy dan menegaskan yang dirinya tak akan menceraikan Vivy, dia juga membiarkan Vivy menjaga baby Alia itu. Sabrina hilang sabar kerana terlalu lama menunggu dan Daniel masih belum mengambil baby Alia daripada Vivy sebaliknya Daniel meminta Sabrina memberikannya sedikit masa lagi. Selain itu, Delaila telah keluar hospital dan tinggal di rumah Dato Sherry, malah Dato Sherry turut menceritakan segalanya pada Delaila mengenai siapa ayah kandungnya dan juga Sabrina. Delaila juga telah mula berbaik - baik dengan Sabrina malah dirinya juga turut berjumpa dengan ayah kandungnya iaitu Daud. Delaila berasa gembira kerana dapat bertemu dengan ayahnya itu. Daniel juga telah mengetahui segala rahsia mengenai Delaila itu yang merupakan kakak tirinya dan juga kakak iparnya. Daniel juga telah berbaik - baik dengan Delaila. Vivy akhirnya menerima pertolongan Azril yang ingin membantunya, malah Vivy juga sempat bertemu dengan Sabrina dan menegaskan yang dirinya tak akan bagi baby Alia pada Sabrina. Hal tersebut telah membuat Sabrina menjadi marah pada Daniel lalu memberi kata dua pada Daniel sama ada mengambil baby Alia tu semula atau pun menceraikan Sabrina. Daniel terkejut dengan keputusan Sabrina, malah Vivy turut melihat, mendengar dan mengetahui apa yang terjadi. 19 Mac ini adalah episod terakhir untuk Drama Syurga Yang Kedua ini iaitu episod 70, selepas ini drama Monalisa akan menyusul untuk menggantikan drama ini.
13 Mac 2018
Episod 60 Hingga 64 Syurga Yang Kedua
Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 60 Hingga Episod 64
Wah sekejap saja dah masuk episod 60 dah Drama Syurga Yang Kedua ini, tak lama lagi tamatlah drama ini sebab drama ini hanya 70 episod saja. Ini bermakna Drama Syurga Yang Kedua dah nak hampir tamat, jalan cerita pun hampir sampai ke kemuncaknya. Segala rahsia makin terbongkar satu persatu, cuma aku harap bapa Sabrina tu tak jadilah kahwin dengan Rozie tu hahaha. Tak sabar nak tengok reaksi Dato Sherry apabila mengetahui yang baby Yusof tu bukan cucunya yang sebenar serta nak tengok juga reaksi Vivy bila semua rahsianya pecah. Selain itu bukan main bersungguh lagi si Azril tu jadi penyiasat untuk korek rahsia Vivy tu hahaha dan di episod 60 dan 61 agak sedih sikit sebab Ellis mati kan, baru saja nak bahagia tapi tak kesampaian. para pelakon drama Syurga Yang Kedua ini adalah Fasha Sandha, Elizad Sharifuddin, Zarul Husin, Azizah Mahzan, Fazlina Ahmad Daud, Dato Jalaluddin Hassan, Beego, Sherry Ibrahim dan ramai lagi. Siti Elizad yang membawakan watak Sabrina dalam drama ini sempat promote drama ini di Gegar Lawak, dia cakap minggu ini iaitu 12 Mac -16 Mac adalah minggu terakhir drama Syurga Yang Kedua ini bersiaran. Manakala 19 Mac ini adalah episod akhir drama ini. Bagi yang nak baca sinopsis episod - episod awal drama ini bolehlah try klik label Drama Syurga Yang Kedua dan kemudian akan keluar semua entry mengenai drama ini. Atau pun korang boleh juga taip dan search di kotak search yang disediakan di sidebar blog ini. Apa pun jom tengok rangkuman sinopsis drama Syurga Yang Kedua untuk episod 60 Hingga episod 64.
Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 60 Hingga Episod 64
Ellis agak terkejut dengan apa yang dikatakan Sabrina sebelum ini mengenai dirinya yang hampir keguguran disebabkan suplemen yang Vivy bagi dan bertanyakan lagi hal tersebut pada Sabrina. Namun Sabrina hanya mengatakan hal yang baik - baik mengenai Vivy pada Ellis. Tak lama kemudian Ellis terdengar perbualan Dato Sherry dengan Daniel lalu menyebabkan Ellis mengetahui yang Vivy juga adalah isteri Daniel. Walaubagaimanapun Ellis hanya berdiam diri dan tidak bertanyakan hal tersebut pada Daniel. Ellis kemudiannya meluangkan masanya bersama Daniel dan mengingati memori mereka bersama dulu. Ellis kelihatan gembira dapat keluar dengan Daniel, namun keesokan harinya Daniel terkejut apabila mendapat tahu Ellis sudah meninggal dunia dalam tidurnya, Daniel dan Sabrina sedih dengan pemergian Ellis. Mak Sabrina iaitu Shidah yang awalnya bergaduh dengan Fazira sebab Ellis berkahwin dengan Daniel, mula lembut hati serta kasihan pada Fazira kerana satu - satunya warisnya iaitu Ellis telah tiada, lalu pergi berjumpa Fazira dan mereka berbaik semula. Hubungan Sabrina dan Vivy makin dingin, Sabrina sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menyindir Vivy manakala Vivy dapat merasakan Sabrina sudah dapat tahu mengenai perkahwinannya dengan Daniel.
Sabrina kemudiannya sengaja menyuruh Daniel untuk tidur di rumah Dato Sherry dan hal ini menyebabkan Vivy happy kerana dapat meluangkan masa bersama suaminya. Namun Sabrina sengaja membuat kejutan bila dia juga turut muncul di rumah Dato Sherry. Semenjak itu Sabrina kerap bermalam di rumah Dato Sherry untuk membuatkan Vivy sakit hati. Sabrina juga cuba mempengaruhi Dato Sherry untuk membenarkan Vivy keluar dari rumah tersebut supaya dapat hidup lebih privasi dan bebas. Dato Sherry mula berfikir mengenai kata - kata Sabrina itu dan merasakan ada benarnya kata - kata Sabrina dan kemudiannya menyuruh Vivy untuk berpindah. Vivy mula tidak puas hati, kerana dia suka tinggal di rumah Dato Sherry, jika dia keluar dari rumah tersebut maka lagi susahlah untuk dia bertemu dengan Daniel lagi. Daniel kemudiannya tidak bersetuju dengan rancangan Dato Sherry untuk membenarkan Vivy berpindah dan menyuruh Vivy tinggal di rumah tersebut seperti biasa saja. Vivy merasa lega dan gembira kerana rancangan Sabrina tidak berjaya. Manakala Azril pula cuba menyiasat segala rahsia Vivy termasuklah tentang siapa ibu bapa Alia yang sebenarnya serta dimanakah anak kandung Vivy yang sebenarnya. Azril hampir mengetahui semua rahsia Vivy manakala Mastura pula masih keliru untuk mengikut cakap siapa, sama ada mengikut cakap Vivy atau pun mengikut rancangan Azril.
Hubungan Daud dan Shidah makin dingin, Shidah juga yakin yang Daud dah jatuh cinta pada perempuan lain iaitu Rozie. Walaubagaimanapun Shidah berusaha untuk menyelamatkan rumahtangganya dengan cuba pergi bercuti dengan Daud namun usahanya itu tidak berjaya kerana hubungan mereka masih dingin. Shidah juga turut marah apabila melihat Daud berjumpa dengan Mira dan Shidah makin buntu kerana tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Rozie dan Daud sedar yang mereka saling mencintai namun Rozie tidak mahu melukakan hati Shidah. Azril kemudiannya pergi berjumpa dengan Sabrina untuk memberitahu Sabrina mengenai info baru yang dia dapat. Namun dia terpaksa beredar pergi apabila melihat Daniel turut berada di situ untuk makan. Daniel kemudian pergi pada Sabrina dan bertanyakan pada Sabrina mengenai kawannya itu. Apa yang bakal berlaku seterusnya?
Sabrina kemudiannya sengaja menyuruh Daniel untuk tidur di rumah Dato Sherry dan hal ini menyebabkan Vivy happy kerana dapat meluangkan masa bersama suaminya. Namun Sabrina sengaja membuat kejutan bila dia juga turut muncul di rumah Dato Sherry. Semenjak itu Sabrina kerap bermalam di rumah Dato Sherry untuk membuatkan Vivy sakit hati. Sabrina juga cuba mempengaruhi Dato Sherry untuk membenarkan Vivy keluar dari rumah tersebut supaya dapat hidup lebih privasi dan bebas. Dato Sherry mula berfikir mengenai kata - kata Sabrina itu dan merasakan ada benarnya kata - kata Sabrina dan kemudiannya menyuruh Vivy untuk berpindah. Vivy mula tidak puas hati, kerana dia suka tinggal di rumah Dato Sherry, jika dia keluar dari rumah tersebut maka lagi susahlah untuk dia bertemu dengan Daniel lagi. Daniel kemudiannya tidak bersetuju dengan rancangan Dato Sherry untuk membenarkan Vivy berpindah dan menyuruh Vivy tinggal di rumah tersebut seperti biasa saja. Vivy merasa lega dan gembira kerana rancangan Sabrina tidak berjaya. Manakala Azril pula cuba menyiasat segala rahsia Vivy termasuklah tentang siapa ibu bapa Alia yang sebenarnya serta dimanakah anak kandung Vivy yang sebenarnya. Azril hampir mengetahui semua rahsia Vivy manakala Mastura pula masih keliru untuk mengikut cakap siapa, sama ada mengikut cakap Vivy atau pun mengikut rancangan Azril.
Hubungan Daud dan Shidah makin dingin, Shidah juga yakin yang Daud dah jatuh cinta pada perempuan lain iaitu Rozie. Walaubagaimanapun Shidah berusaha untuk menyelamatkan rumahtangganya dengan cuba pergi bercuti dengan Daud namun usahanya itu tidak berjaya kerana hubungan mereka masih dingin. Shidah juga turut marah apabila melihat Daud berjumpa dengan Mira dan Shidah makin buntu kerana tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Rozie dan Daud sedar yang mereka saling mencintai namun Rozie tidak mahu melukakan hati Shidah. Azril kemudiannya pergi berjumpa dengan Sabrina untuk memberitahu Sabrina mengenai info baru yang dia dapat. Namun dia terpaksa beredar pergi apabila melihat Daniel turut berada di situ untuk makan. Daniel kemudian pergi pada Sabrina dan bertanyakan pada Sabrina mengenai kawannya itu. Apa yang bakal berlaku seterusnya?

12 Mac 2018
Cash Giveaway by FarhanaJafri
Seperti biasa, kali ini aku nak join Cash Giveaway by FarhanaJafri pula, hope ada rezeki menang wang tunai kan. Tarikh Tamat giveaway ini kemungkinan besar pada 7 April 2018. Jadi tunggu apa lagi, jom ramai - ramai join Giveaway ini. Good Luck untuk semua.
9 Mac 2018
SEGMEN JOM TUKAR2 BLOGLIST DARI EJULZ
Hari ini aku nak join Segmen Jom Tukar - Tukar Bloglist Dari Ejulz, aku pun memang berniat nak rombak bloglist blog aku ini juga nanti sebab dah lama terbiar hehe. Jadi jom join ramai - ramai segmen ini okey. Salam Perkenalan buat semua..
6 Mac 2018
Syurga Yang Kedua Episod 55 Hingga 59
Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 55 Hingga Episod 59
Macam biasa hari ini aku nak share sinopsis Drama Syurga Yang Kedua yang disiarkan di Astro Prima dan Maya HD untuk episod 55 hingga episdo 59. Antara pelakon drama Syurga Yang Kedua ini adalah Fasha Sandha, Elizad Sharifuddin, Zarul Husin, Azizah Mahzan, Fazlina Ahmad Daud, Dato Jalaluddin Hassan, Beego, Afifah Nasir, Dynas Mokhtar, Sherry Ibrahim dan ramai lagi. Dalam episod 55 - 59 ini, agak terkejut juga bila Daniel berkahwin lagi dan sekarang ini ada 3 isteri gitu hehehe. Tapi rasanya nanti mesti isteri Daniel jadi dua balik sebab isterinya yang ketiga itu iaitu Ellis kan sakit, jadi kemungkinan besar Ellis tak dapat hidup lama. Apa pun aku juga suka tengok hubungan Ellis dan Sabrina yang sangat baik dan mesra tu. Manakala Vivy pula boleh terus makan hati hehehe. Bagi yang nak baca sinopsis episod - episod awal drama ini bolehlah try klik label Drama Syurga Yang Kedua dan kemudian akan keluar semua entry mengenai drama ini. Atau pun korang boleh taip dan search di kotak search yang disediakan di sidebar blog ini. Apa pun jom tengok rangkuman sinopsis drama Syurga Yang Kedua untuk episod 55 Hingga 59 di bawah ini ye..
Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 55 Hingga Episod 59
Sabrina bertindak meminang Ellis untuk suaminya Daniel manakala Azril pula cuba menghasut Mastura yang merupakan ibu kandung pada baby Yusof untuk mengikut rancangannya. Ellis berterus - terang tentang perasaannya pada Daniel dan memberitahu tentang Sabrina yang ingin menyatukan mereka. Daniel kemudiannya pergi berjumpa dengan Sabrina dan terkejut apabila mengetahui Sabrina mengizinkan serta menginginkan Daniel untuk berkahwin dengan Ellis, Sabrina juga cuba menyakinkan Daniel yang dirinya ikhlas membenarkan Daniel berkahwin lagi. Fazira awalnya agak ragu - ragu dengan sikap Sabrina yang terlalu baik serta membenarkan Ellis menjadi madunya. Namun setelah berborak panjang dengan Sabrina barulah Fazira yakin yang Sabrina memang baik orangnya serta ikhlas menerima Ellis. Setelah puas berfikir, Daniel mengikut saja permintaan Sabrina untuk melihat dia berkahwin dengan Ellis. Manakala Rozie pula merasakan yang Daud ada hati padanya, anak Rozie iaitu Mira menyakinkan ibunya. Setelah Daniel bersetuju, Sabrina menjemput ibu bapanya untuk datang ke rumahnya untuk membuat pengumuman mengenai perkahwinan Daniel dan Ellis.
Shidah sangat terkejut dengan keputusan Sabrina dan mula menyalahkan Daniel. Akhirnya Sabrina berjaya menenangkan ibunya itu dan kemudian Ellis dan Fazira sampai di rumah Sabrina. Daniel kemudiannya memberitahu rancangannya untuk berkahwin dengan Ellis pada Dato Sherry dan Dato Sherry sangat terkejut dengan keputusan Daniel itu dan membantah. Namun Dato Sherry mula bertukar fikiran apabila mengetahui yang Ellis adalah satu - satunya waris pada segala harta Fazira dan sekiranya Ellis mati, harta tersebut boleh menjadi milik Daniel. Dato Sherry juga turut pergi berjumpa dengan Sabrina dan tidak mahu masuk campur urusan Daniel nak berkahwin lagi itu. Manakala Sabrina pula snagat excited merancang majlis perkahwinan Daniel dan Ellis, malah Sabrina turut keluar dengan Ellis untuk membeli barang - barang kahwin. Vivy pula serabut memikirkan pasal hal Mastura yang menginginkan baby Yusof semula. Vivy kemudiannya sangat terkejut serta marah apabila mengetahui yang Daniel ingin berkahwin lagi dari Sabrina. Vivy kemudiannya pergi berjumpa dengan Dato Sherry dan meluahkan rasa marah dan kecewanya terhadap sikap Daniel. Dato Sherry hanya memberi alasan tidak mampu berbuat apa - apa.
Ellis akhirnya berkahwin dengan Daniel manakala Fazira mula risau apabila Shidah seolah - olah memberi bayangan yang Daniel mempunyai ramai isteri. Vivy pula tertekan dan memutuskan untuk keluar dari rumah dna pergi berjumpa dengan Nina. Vivy kemudiannya berkongsi masalahnya dengan Nina manakala Azril sentiasa memerhati gerak - geri Vivy. Kemudian Vivy berjumpa dengan Daniel dan meluahkan rasa tidak puas hatinya kerana Daniel berkahwin lain. Sabrina turut menerangkan sebab dia menerima Ellis sebagai madunya pada ibunya kerana dia inginkan Ellis gembira kerana Ellis sekarang sedang sakit. Tak lama kemudian Sabrina sengaja mengajak Ellis, Daniel dan Vivy makan bersama - sama di rumah Sabrina. Dato Sherry kemudian membuat pengumuman rasmi mengenai Ellis yang kini merupakan isteri kedua Daniel. Hal tersebut membuatkan Vivy sakit hati dengan keputusan Dato Sherry kerana ianya tidak adil buat dirinya. Vivy juga hampir - hampir nak memberitahu tentang statusnya yang merupakan isteri kedua Daniel pada Ellis namun sempat di halang oleh Dato Sherry.
Ellis juga sedar yang Vivy kelihatan tidak sukakan dirinya manakala Vivy pula dapat tahu mengenai Ellis yang sakit dan membuatkan dirinya sedikit gembira dengan berita itu. Vivy turut mengesyorkan supplemen yang bagus untuk kesihatan Ellis, namun Sabrina menyuruh Ellis berhati - hati dalam mengambil supplemen tersebut tanpa nasihat doktor pakar. Sabrina turut memberitahu Ellis mengenai dirinya yang hampir gugur ketika mengambil supplemen yang disyorkan oleh Vivy itu. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.
Langgan:
Catatan (Atom)














