29 Mei 2022

Drama Bisik-Bisik Gelora Episod 1 Hingga 35 Di Slot Akasia TV3



Drama Bisik-Bisik Gelora, Drama Bisik-Bisik Gelora Slot Akasia TV3, Drama Slot Akasia TV3, drama adaptasi novel, Novel Bisik - Bisik Gelora, Drama Bisik-Bisik Gelora Full Episode, Drama Bisik-Bisik Gelora Episod 1 Hingga Episod 35, Poster Drama Bisik-Bisik Gelora, Ending Drama Bisik-Bisik Gelora, Bisik - Bisik Gelora Cast, Pelakon - Pelakon Drama Bisik-Bisik Gelora, Redza Rosli, Raysha Rizrose, Gambit Saifullah, Afifah Nasir, Norreen Iman, Info dan Sinopsis Drama Bisik - Bisik Gelora,

Drama Bisik-Bisik Gelora adalah drama terbaru di slot Akasia TV3 yang disiarkan bagi menggantikan Drama 7 Hari Mencintaiku 3 lakonan Shukri Yahaya dan Siti Saleha yang telah tamat episodnya. Drama Bisik - Bisik Gelora ini mempunyai 35 episod dan sudah bersiaran di slot Akasia TV3 sejak 21 Mei yang lalu, setiap Isnin hingga Ahad, jam 7 malam. Antara pelakon drama Bisik-Bisik Gelora ini adalah Redza Rosli, Raysha Rizrose, Gambit Saifullah, Hafidz Roshdi, Ruminah Sidek, Afifah Nasir, Kodi Rasheed, Norreen Iman, Shah Reza, Shakilla Khoriri, Edika Yusof, Shekeen Waida dan ramai lagi. Drama ini merupakan adaptasi daripada novel ‘Bisik-Bisik Gelora’ karya Fauziah Ashari. Redza Rosli dan Raysha Rizrose akan menjadi pelakon utama drama Bisik - Bisik Gelora ini. Selain itu drama ini diarahkan oleh Riza Baharudin dan diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, plus aku juga dah pernah baca versi novelnya sebelum ini, tak sangka pula dah diadaptasikan menjadi drama bersiri gitu. Jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Bisik - Bisik Gelora ini di bawah ye beserta sinopsisnya sekali..

Redza Rosli sebagai Jad Izzuddin
Raysha Rizrose sebagai Banin Arumi
Gambit Saifullah sebagai Fakhri
Afifah Nasir sebagai Nada
Hafidz Roshdi sebagai Wari
Shakilla Khoriri sebagai Juni
Norreen Iman sebagai Izzati
Ruminah Sidek sebagai Nek Muya
Shah Reza sebagai Hamid
Edika Yusof sebagai Akalil
Kodi Rasheed sebagai Yahya
Shekeen Waida sebagai Maya




Sinopsis Drama Bisik-Bisik Gelora Lakonan Redza Rosli dan Raysha Rizrose - Slot Akasia TV3

Jad, seorang pemuda kampung yang lurus bendul bertemu dengan Arumi, seorang gadis bandar yang liar di usia yang muda. Mereka terperangkap dalam tangkap basah dan terpaksa berkahwin. Pada malam selepas perkahwinan mereka, Jad ditangkap dan dipenjarakan kemudian. Arumi melanjutkan pelajaran ke luar negara dan terlupa akan hakikat bahawa dia masih isteri kepada Jad. Selepas Jad dibebaskan, dia telah dikaburi dengan dendam. Jad telah menemui Arumi dan menuntutnya kembali taat kepadanya sebagai seorang isteri.Banin Arumi atau Umi adalah gadis nakal dan lincah. Bapanya, Tuan Akalil menghantar dia ke kampung agar anaknya itu akan berubah tingkah laku kerana kampung mentuanya jauh daripada kota. Di kampung, Arumi telah bertemu dengan Jad Izzuddin, seorang pemuda yang alim di hadapan keluarga namun amat nakal di belakang mereka. Suatu hari tanpa diduga, Arumi dan Jad telah bertemu. Pertemuan itu telah menyatukan mereka ke alam perkahwinan. Namun di hari pernikahan mereka, Arumi mendapat berita yang kedua-dua ibu bapanya menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya. Arumi mula benci pada Jad yang dianggapnya punca semua malapetaka ini berlaku. Takdir Allah, pada hari yang sama, suami yang baru dinikahi ditangkap oleh pihak berkuasa dan disumbat ke dalam penjara. Apakah yang terjadi pada Arumi? Bagaimana pula dengan Jad?
Drama Bisik-Bisik Gelora, Drama Bisik-Bisik Gelora Slot Akasia TV3, Drama Slot Akasia TV3, drama adaptasi novel, Novel Bisik - Bisik Gelora, Drama Bisik-Bisik Gelora Full Episode, Drama Bisik-Bisik Gelora Episod 1 Hingga Episod 35, Poster Drama Bisik-Bisik Gelora, Ending Drama Bisik-Bisik Gelora, Bisik - Bisik Gelora Cast, Pelakon - Pelakon Drama Bisik-Bisik Gelora, Redza Rosli, Raysha Rizrose, Gambit Saifullah, Afifah Nasir, Norreen Iman, Info dan Sinopsis Drama Bisik - Bisik Gelora,
Lagu Tema / OST Drama Bisik - Bisik Gelora

👄👄 Cinta nyanyian Marsha Milan

Tonton Online Drama Bisik-Bisik Gelora Full Episode

Kalau korang terlepas menonton drama ini di kaca TV, korang juga boleh menonton drama Bisik - Bisik Gelora ini disini 👉 Disney + Hotstar



1 ulasan:



My Random Post