25 Jun 2021

Drama Budak Tebing 2 Episod 1 Hingga 13 (Full Episode) Di Slot Lestary TV3



Drama Budak Tebing 2, Drama TV3, Drama Slot Lestary TV3, Poster Drama Budak Tebing 2, Info dan Sinopsis Drama Budak Tebing 2, Drama Bersiri Best, Pelakon - Pelakon Drama Budak Tebing 2, Drama Baru Aedy Ashraf, Drama Baru Adam Lee, Drama Baru Eyka Farhana,

Selepas kejayaan drama Budak Tebing pada tahun lalu, drama ini kembali untuk musim kedua iaitu Budak Tebing 2 yang mula bersiaran di slot Lestary sejak 18 Jun 2021, setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam di TV3. Masih mengekalkan kesemua pelakon asal drama ini dan diarahkan oleh Feroz Kader serta diterbitkan oleh Country Universal Sdn Bhd. Antara pelakon drama Budak Tebing 2 ini adalah Adam Lee, Aedy Ashraf, Bella Dowanna, Eyka Farhana, Fariz Isqandar, Firdaus Ghufran, Fauzi Nawawi, Pablo Amirul, Syafie Naswip, Imran Aqil, Zarina Zainuddin, Nellisa Nizam dan ramai lagi. Selain itu drama ini mempunyai 13 episod dan merupakan sambungan kepada drama Budak Tebing. Wah nampak menarik drama ini kan, ramai cakap drama ni best, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Budak Tebing 2 ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Aedy Ashraf sebagai Tongki
Adam Lee sebagai Arif
Bella Dowanna sebagai Laura
Eyka Farhana sebagai Ira
Fariz Isqandar sebagai Yoyol
Firdaus Ghufran sebagai Talam
Fauzi Nawawi sebagai Afendi
Pablo Amirul sebagai Pablo
Syafie Naswip sebagai Paan
Zarina Zainuddin sebagai Sabrina
Nellisa Nizam sebagai Maria
Imran Aqil @ Ijeebster sebagai Pijoy




Sinopsis Penuh Drama Budak Tebing 2 Slot Lestary TV3

Kisah kesinambungan Budak Tebing dimana Tongki, Arif dan Talam terpaksa meneruskan kehidupan masing-masing setelah gagal ke Pulapol (Pusat Latihan Polis). Tongki menjaga ayahnya sambil bekerja namun dia sering disabotaj, manakala Arif menghadapi kesulitan berhadapan dengan Yoyol yang enggan menerima kepulangan Afendi, ayah mereka yang muncul secara tiba-tiba. Laura membuat keputusan tidak ke London dan cuba mencari ibu kandungnya manakala Ira cuba membantu menyelesaikan masalah dua orang kanak-kanak gelandangan dan akhirnya membawa kepada pendedahan sindiket dan dendam terhadap Budak Tebing.

Lagu Tema / OST Drama Budak Tebing 2

πŸ’£Ciao nyanyian Joe Flizzow ft. MK, Jay Park

Tonton Online Drama Budak Tebing 2 Full Episode

Jangan risau jika terlepas menonton drama ini di TV3, korang boleh menontonnya di aplikasi iQiyi 


2 ulasan:



My Random Post