6 Jul 2018

Sinopsis Filem Badang (2018)




Badang, Filem, Filem Melayu, Malay Movie, Movie, Malay Film, Filem Badang, 2018, Sinopsis Filem Badang, Badang Cast, Pelakon Filem Badang, Dato Seri Aliff Syukri, Fauzi Nawawi, Fasha Sandha, Azhari Zain, Aminah Rhapor, Fareez Fauzi, Nadia Brian, Zalfa Zin, Poster Filem Badang,
Sinopsis Filem Badang (2018)

Hari ini aku nak share sinopsis filem Badang yang ditayangkan di pawagam pada 15 Februari 2018 yang lalu. Antara pelakon filem Badang ini adalah Dato Seri Aliff Syukri, Fauzi Nawawi, Fasha Sandha, Azhari Zain, Aminah Rhapor, Fareez Fauzi, Nadia Brian, Zalfa Zin dan ramai lagi serta diarahkan oleh Dato Prof Dr. A. Razak Mohaideen. Setahu aku filem Badang ini memang mendapat kecaman dan kritikan yang agak teruk daripada orang ramai, apa pun aku tak nak komen apa - apa mengenai filem Badang ini, cuma aku just nak share sinopsis filem Badang ini saja. so jom tengok sinopsis filem ini di bawah ye. Selamat Membaca okey.

Sinopsis Filem Badang (2018)

Bad kehilangan ibunya, Mak Siah, yang terbunuh dalam satu kekecohan selepas gagal menyediakan wang perlindungan kepada Geng Taiko. Sebelum kematian ibunya, Mak Siah sempat bercerita mengenai kisah silam Bad bahawa beliau adalah seorang anak istimewa, hadiah kepada Mak Siah dan Pak Tam yang tidak mempunyai Zuriat, dan bakal menjadi seorang yang berkuasa satu hari nanti. Mak Siah juga berpesan, menjelang usia Bad mencecah 25 tahun, Bad bakal memperoleh sedikit demi sedikit kuasa luar biasa yang menjadikan beliau berbeza daripada manusia biasa. Pada usia Bad menyambut hari lahirnya yang ke 25 tahun, beliau menyedari kuasa - kuasa luar biasa mula berkembang di dalam dirinya apabila beliau memegang pohon buluh. 



Bad mula mempunyai kuasa ghaib, kelajuan dan kekuatan luar biasa. Sarip, teman baik Bad, melatih dan membantu Bad dalam mencapai kuasa luar biasa yang maksimum dalam dirinya. Bad mula menggunakan nama "Badang" sebagai alter ego beliau. Dengan bantuan Sarip, Badang mula muncul sebagai adiwira membantu golongan yang memerlukan termasuk mencari geng Taiko yang menyebabkan kematian Mak Siah. 
Badang juga mula jatuh cinta dengan Tisha, adik tiri kepada abang Taiko yang juga ketua kepada Geng Taiko. Akhirnya timbul dilema dlaam diri Badang, sama ada beliau memilih cinta atau menuntut bela di atas kematian ibunya.

sinopsis filem diatas credit to URTV

3 ulasan:

  1. Belum tengok lagi cerita ni. hehe

    BalasPadam
  2. Jemput join segmen ejulz jika sudi :)
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    Entry terkini :
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/5-julai-2018-bday-furqan.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/mood-blogwalking.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/nasi-lemak-isteri-tercinta.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/ranking-alexa-5-jul-2018.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/giveaway-nak-hadiah-jawab-dulu-by.html

    BalasPadam
  3. terlaulu mengarut and I can never watch this. hmm

    BalasPadam



My Random Post