Memaparkan catatan dengan label Sherie Merlis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sherie Merlis. Papar semua catatan

6 Apr 2023

Drama Nenek Bongkok Tiga Lakonan Hun Haqeem dan Meerqeen



Drama Nenek Bongkok Tiga, Drama Original Viu Malaysia, Sinopsis Drama Nenek Bongkok Tiga, Drama Nenek Bongkok Tiga Episod 1 Hingga 10, Drama Nenek Bongkok Tiga Full Episode, Pelakon - Pelakon Drama Nenek Bongkok Tiga, Hun Haqeem, Meerqeen, Sara Mack Lubis, Sara Ali, Syafie Naswip, Fimie Don, Sherie Merlis, Sofea Jane,
Drama Nenek Bongkok Tiga Lakonan Hun Haqeem dan Meerqeen 

Drama Nenek Bongkok Tiga telah pun disiarkan di Viu Malaysia sejak 9 Februari yang lalu hingga 30 Mac 2023 sebanyak 10 episod. Antara pelakon drama Nenek Bongkok Tiga ini adalah Hun Haqeem, Meerqeen, Sara Ali, Syafie Naswip, Fimie Don, Sara Mack Lubis, Sherie Merlis, Sofea Jane, Raykarl Iskandar, Syazwan Zulkifly, Ashraf Muslim dan ramai lagi. Barisan pelakon pun memang dah best, plus jalan ceritanya yang seram memang buat aku tertarik nak menonton drama ini. Zaman 90 an dulu, game nenek si bongkok tua ni memang sering dimainkan oleh kanak - kanak. Tapi kreatif juga dari lagu permainan tu diorang buat jadi drama gitu. Hun Haqeem dan Meerqeen dalam satu drama kenalah tengok, betul tak hehe. Plus Meerqeen dalam drama ni agak jahat sikitlah masa awal - awal tu, percakapan dia kasar dan suka cari gaduh je. Watak Syafie Naswip tu memang buat aku geram, dari penakut nak bunuh diri bagai boleh berubah jadi psiko pula. Manakala watak Hun Haqeem ni memang baik tapi kesian bila dia terpaksa berkorban gitu. Sinematografi drama ni memang cantik sebab ada CGI semua, para pelakon pun banyak kena berlakon kat green screen especially scene - scene macam atas jeti tu. Paling best of courselah dengan kehadiran pelakon senior seperti Sofea Jane dan Sherie Merlis. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah okey..




Sinopsis Drama Nenek Bongkok Tiga Lakonan Hun Haqeem dan Meerqeen - Astro Ria / Viu

Lapan orang telah diculik dan dijadikan tebusan dalam sebuah rumah agam di Hutan Bukit Luruh, yang cukup dikenali sebagai lokasi orang hilang. Satu-satunya penghuni rumah agam tersebut, Nenek menuduh sekumpulan ini menceroboh kawasan yang dimiliki oleh satu entiti yang dikenali sebagai Tuan Tanah. Untuk keluar daripada rumah agam tersebut, mereka perlu melakukan beberapa cabaran seperti bermain permainan tradisional masyarakat Melayu. Pada awalnya, kumpulan ini saling bekerjasama, tetapi cabaran yang ditetapkan oleh Tuan Tanah misteri kemudiannya memaksa mereka untuk mengkhianati satu sama lain untuk terus hidup. Akhirnya mereka sedar yang mereka perlu jadi pengganti nenek dan menjadi penjaga tuan tanah. Kalau tidak mereka yang perlu jadi makanan untuk tuan tanah. Siapa yang dipilih untuk menjadi penjaga tuan tanah dan siapa yang perlu dikorbankan? dapatkeh kesemua mereka keluar dari tempat itu dengan selamat?..


Read More

27 Okt 2022

Info dan Sinopsis Filem Talbis Iblis (2022)



Filem Talbis Iblis 2022, Talbis Iblis Movie, Malay Movie Talbis Iblis, Sinopsis Filem Talbis Iblis, Poster Filem Talbis Iblis, Talbis Iblis Full Movie, Talbis Iblis Cast, Pelakon - Pelakon  Filem Talbis Iblis, Azira Shafinaz, Nasha Aziz, Zul Ariffin, Amir Nafis, Jay Iswazir,

Filem Talbis Iblis ini tengah hangat ditayangkan di pawagam bermula 20 Oktober 2022 yang lalu. ‘Talbis Iblis’ membawa maksud tipu daya serta perangkap yang di buat oleh iblis untuk menyesatkan manusia. Antara pelakon filem Talbis Iblis ini adalah Azira Shafinaz, Nasha Aziz, Zul Ariffin, Amir Nafis, Jay Iswazir, Sherie Merlis, Daniella Sya, Izzy Reef dan ramai lagi. Selain itu movie Talbis Iblis ini diarahkan oleh Kabir Bhatia, apa pun nampak menarik kan filem ini, para pelakon pun mantap gitu. Jadi jom tengok watak - watak pelakon filem Talbis Iblis beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Watak dan Barisan Pelakon Filem Talbis Iblis

Azira Shafinaz sebagai Hajar
Nasha Aziz sebagai Junaidah
Zul Ariffin sebagai Nasir
Amir Nafis sebagai Arshad
Jay Iswazir sebagai Zaini
Zaftfarrel Mikhael Felton sebagai Hazim
Sherie Merlis sebagai Bomoh
Izzy Reef sebagai Nasir Muda
Daniella Sya sebagai Junaidah Muda
Putri Syahadah Nurjannah sebagai Hajar Muda




Sinopsis Filem Talbis Iblis Lakonan Azira Shafinaz, Nasha Aziz dan Zul Ariffin (2022)

Mengisahkan tentang Hajar (Azira Shafinaz), yang memutuskan untuk melarikan diri dari Kuala Lumpur untuk melahirkan anak luar nikah bagi mengelakkan orang ramai mengetahui dia hamil. Arshad (Amir Nafis) menghantar Hajar tinggal bersama Mak Ju (Nasha Aziz), seorang bidan yang pakar dalam memberikan penjagaan terbaik dan sulit sebelum dan selepas kehamilan. Mak Ju memberikan penjagaan, pertimbangan, kasih sayang ibu kepada Hajar, dan yang paling penting, pemahaman yang tidak pernah dialami daripada ibunya. Tetapi Hajar tidak sedar bahawa Mak Ju sedang mencari wadah jiwa yang sempurna untuk arwah anaknya, dan anak Hajar yang dalam kandungan boleh membantu menghidupkan kembali arwah anaknya.

Lagu Tema / OST Filem Talbis Iblis

💋💋 Harapan Penyambung Mimpi nyanyian Indah Ruhaila

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama One Cent Thief Lakonan Syafiq Kyle (Astro Ria)

Read More

10 Okt 2022

Telefilem Luruh (TV2)



Telefilem Luruh TV2, Telemovie Luruh TV2, Poster Telefilem Luruh TV2, Info dan Sinopsis Telefilem Luruh TV2, Pelakon - Pelakon Telefilem Luruh TV2, Neera Azizi, Hasnul Rahmat, Sherrie Merlis, Edika Yusof, Amyza Aznan,


Telefilem Luruh akan disiarkan di slot Drama On 2 tv2 pada 11 Oktober 2022, jam 9 malam. Antara pelakon telefilem Luruh ini adalah Neera Azizi, Hasnul Rahmat, Sherie Merlis, Edika Yusof, Amyza Aznan dan ramai lagi. Selain itu telemovie Luruh ini diarahkan oleh Hashim Rejab dan diterbitkan oleh D'ayu Pictures Sdn Bhd. Nampak macam menarik je telefilem ini kan, para pelakon pun best. Jadi jom tengok sinopsis telemovie Luruh ini di bawah okey..




Sinopsis Telefilem Luruh Lakonan Neera Azizi, Hasnul Rahmat dan Sherie Merlis Di Slot Drama On 2 (TV2)

Sofea kecewa kerana ibu bapanya sedang dalam perancangan untuk berpisah. Mereka sekeluarga pulang ke kampung untuk menguruskan harta pusaka dan Sofea. Di kampung itu, Sofea berjumpa dengan pakcik Malek dan isterinya. Pertemuan itu, menganggu perasaan Faizal, bapa Sofea. Ada rahsia yang disembunyikan oleh Faizal dari pengetahuan isterinya dan Sofea. Sofea rupanya adalah anak kandung kepada Malek dan Rabiah yang telah diserahkann oleh Malek kerana memerlukan wang demi menyelamatkan isterinya satu ketika dahulu. Apa yang berlaku seterusnya?..



Read More


My Random Post