11 Okt 2021

Drama Semanis Senyumanmu Episod 1 Hingga 16 Lakonan Daiyan Trisha dan Aiman Hakim (TV3)



Drama Semanis Senyumanmu, Drama TV3, Poster Drama Semanis Senyumanmu, Info dan Sinopsis Drama Semanis Senyumanmu, Drama Semanis Senyumanmu Full Episode, Drama Semanis Senyumanmu Cast, Pelakon - Pelakon Drama Semanis Senyumanmu, OST Drama Semanis Senyumanmu, Aiman Hakim, Daiyan Trisha, Aqilah Abas, Mia Deen, Shekeen Waida, Adib Azlan, Shyrim Husni,,

Drama Semanis Senyumanmu ini sudah terlebih dahulu disiarkan di Disney+ Hotstar pada 1 Jun yang lalu, kini ianya sudah disiarkan di TV3. Drama ini sudah bersiaran di TV3 sejak 7 Oktober 2021 yang lalu setiap Isnin hingga Jumaat. jam 7.30 malam. Antara pelakon drama Semanis Senyumanmu ini adalah Aiman Hakim, Daiyan Trisha, Aqilah Abas, Mia Deen, Shekeen Waida, Adib Azlan, Shyrim Husni, Abbas Mahmood, Akhmal Nazri dan ramai lagi. Selain itu drama Semanis Senyumanmu ini mempunyai 16 episod dan diarahkan oleh Faizul Jais serta diterbitkan oleh Parallax Pictures. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Semanis Senyumanmu ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey. 

Aiman Hakim sebagai Chef Azim
Daiyan Trisha sebagai Azra
Shyrim Husni sebagai Naufal
Shekeen Waida sebagai Azreen
Adib Azlan sebagai Fariz
Mia Deen sebagai Nisa
Zoul Muhammad sebagai Chef Jamal
Thaqif sebagai Chef Ali
Adib Fikri sebagai Chef Fik




Sinopsis Drama Semanis Senyumanmu Lakonan Daiyan Trisha dan Aiman Hakim (TV3)

Mengisahkan tentang Azim (Aiman Hakim Ridza) yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran terkenal dan makanan hasil masakannya selalu mendapat pujian. Azim tidak berpuas hati apabila terdengar seorang pelanggan mengkritik kuih lopes yang dimasaknya tidak mempunyai tekstur yang memuaskan. Azim cuba memasak semula kuih lopes dan meminta pandangan daripada stafnya dan tiada yang kurang pada kuih buatannya. Azim tidak dapat menerima kritikan dan merasakan pelanggan tersebut perasan bagus. Azra (Daiyan Trisha) membuka sebuah bakery bersama kawan baiknya, Iman (Aqilah Abas) dan banyak menyibukkan diri dengan membuat bermacam-macam jenis manisan sejak putus dengan teman lelakinya
Drama Semanis Senyumanmu, Drama TV3, Poster Drama Semanis Senyumanmu, Info dan Sinopsis Drama Semanis Senyumanmu, Drama Semanis Senyumanmu Full Episode, Drama Semanis Senyumanmu Cast, Pelakon - Pelakon Drama Semanis Senyumanmu, OST Drama Semanis Senyumanmu, Aiman Hakim, Daiyan Trisha, Aqilah Abas, Mia Deen, Shekeen Waida, Adib Azlan, Shyrim Husni,,
Iman risau melihat keadaan Azra dan menyuruh kawan baiknya itu supaya berehat buat sementara waktu daripada membuat kerja di bakery tersebut. Suatu hari, Azim menemani anak saudaranya yang mahu membeli manisan di bakery berdekatan rumahnya. Sewaktu membuat bayaran, Azim baru perasan yang pemilik bakery tersebut adalah orang yang sama mengkritik kuih lopesnya sebelum ini. Dalam masa yang sama, Azim turut mengkritik balik roti buatan Azra yang tidak mempunyai tekstur yang memuaskan. Mereka kemudiannya bertemu kembali dalam satu majlis, Azra meminta maaf pada Azim dan menawarkan diri untuk mengajar Azim membuat kuih memandangkan itu adalah kepakarannya. Adakah Azim akan bersetuju dengan tawaran tersebut dan berbaik dengan Azra? dan apa yang berlaku seterusnya. 

Lagu Tema / OST Drama Semanis Senyumanmu

πŸ’—πŸ’— Kalau Kau Rindu nyanyian 
πŸ’—πŸ’—Thinking Bout Us - Daiyan Trisha



1 ulasan:



My Random Post