30 Nov 2020

Sinopsis Telefilem Tersimpang Ke Alam Bunian (Astro Citra)



Telefilem Tersimpang Ke Alam Bunian, Telemovie Tersimpang Ke Alam Bunian, Astro Citra, Pelakon - Pelakon Telefilem Tersimpang Ke Alam Bunian, Poster Telefilem Tersimpang Ke Alam Bunian, Farid Kamil, Amerul Affendi,

Telefilem Tersimpang Ke Alam Bunian telah pun disiarkan di Astro Citra pada 28 November 2020 iaitu pada hari Sabtu yang lalu. Antara pelakon telefilem Tersimpang Ke Alam Bunian ini adalah Farid Kamil, Amirul Affendi, Shahidan Izwan, Zack Zabhas, Hana Ameera, Sri Idrina, Naza Manas dan ramai lagi. Telemovie Tersimpang Ke Alam Bunian ini diarahkan oleh Osman Ali dan diterbitkan oleh Nuansa Sdn Bhd. Lebih menarik bila telefilem Tersimpang Ke Alam Bunian ini dinspirasikan daripada kisah benar. Jadi jom tengok sinopsis telefilem ini di bawah yer..




Sinopsis Telefilem Tersimpang Ke Alam Bunian Lakonan Farid Kamil dan Amirul Affendi

Duan (Farid Kamil) dan Isa (Amirul Affendi) bekerja sebagai badut dan magician telah memenuhi jemputan persembahan yang jauh dari Kuala Lumpur, dimana mereka perlu ke Perak dan mereka berdua turut ditemani oleh salah seorang rakan mereka iaitu Lan. Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, mereka bertiga telah tersesat dan kereta mereka juga rosak. Akhirnya mereka terserempak dengan seorang perempuan bernama Seroja dan ayahnya, lalu mereka dipelawa untuk bermalam di rumah ayah Seroja. Dalam masa yang sama mereka bertiga juga dihantui oleh satu roh yang tidak tenang. Isa dan Lan sama - sama sukakan Seroja namun Lan mempunyai niat tidak baik pada Seroja. Disebabkan hal itu, Lan telah cedera teruk manakala Duan dan Isa terpaksa melarikan diri. Dalam masa yang sama ada seorang pemuda misteri yang turut menolong Duan dan Isa. Seroja kemudian memberitahu jalan keluar dari tempat tersebut pada Duan dan Isa. Akhirnya mereka berdua dapat kembali ke pangkuan keluarga masing - masing dan berasa gembira kerana hidup mereka kini bertambah baik. Namun tak lama kemudian Duan didatangi oleh pemuda misteri itu sekali lagi dan memberitahunya yang mereka masih belum keluar dari tempat tersebut. Apa yang berlaku seterusnya?..

4 ulasan:

  1. dah tengok. tp x berapa faham endingnya..

    BalasPadam
  2. haritu tgok , memang seram dan byk plot twist , tak sgka lan tu mcm tu

    BalasPadam
  3. Last nye apa? X brapa faham..

    BalasPadam
    Balasan
    1. endingnya / lastnya diorang masih terperangkap di alam bunian itu dan cuba kembali ke alam realiti / alam nyata semula

      Padam



My Random Post