1 Mei 2020

Drama Bukan Gadis Biasa Lakonan Remy Ishak dan Ayda Jebat




Drama Bukan Gadis Biasa, Drama Akasia TV3, Drama Bulan Ramadan, Drama Adaptasi Novel, Novel Bukan Gadis Biasa Karya Liza Nur, Poster Drama Bukan Gadis Biasa, Pelakon Utama Drama Bukan Gadis Biasa, Remy Ishak, Ayda Jebat, Nazim Othman, Mas Khan, Sheila Rusly, Ozlynn Waty, Sinopsis Drama Bukan Gadis Biasa,
Drama Bukan Gadis Biasa - Slot Akasia TV3


Drama Bukan Gadis Biasa adalah drama terbaru di slot Akasia yang disiarkan bagi menggantikan drama Ironi Kasih yang telah tamat episodnya. Kiranya ni bulan Ramadan gitu sebab disiarkan dalam bulan Ramadan. Drama ini adalah adaptasi daripada Novel Bukan Gadis Biasa karya Liza Nur. Selain itu drama Bukan Gadis Biasa ini mempunyai 28 episod dan sudah mula bersiaran di TV3 sejak 23 April 2020 yang lalu, iaitu setiap Isnin hingga Sabtu, jam 7 malam. Antara pelakon drama Bukan Gadis Biasa ini adalah Ayda Jebat, Remy Ishak, Nazim Othman, Sheila Rusly, Ozlynn Waty, Chacha Maembong, Mas Khan, Idzham Ismail, Zarul Husin, Ako Mustapha, Shajiry, Haeryanto Hassan, Lia Natalia dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Azman Haji Yahya dan diterbitkan oleh JS Pictures Sdn Bhd. Antara lagu tema / OST Drama Bukan Gadis Biasa ini adalah Angkara nyanyian Aisha Hanim dan lagu Satu nyanyian Zulhilmi. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye.




Sinopsis Drama Bukan Gadis Biasa Lakonan Remy Ishak dan Ayda Jebat (Akasia TV3)


Jo atau Johana (Ayda Jebat) berubah perwatakan persis lelaki (tomboy) apabila terpaksa melalui kemelut kehidupan yang sukar semasa kecil dan terpaksa menjaga anak buahnya, Aisya setelah kematian kakaknya. Amirul (Mas Khan), jurulatih tinju kepada Johana meyimpan perasaan terhadapnya kerana tertarik dengan peribadi Johana yang penuh persoalan. Rayyan memiliki syarikat penyiasatan persendirian dan dia diupah oleh ayahnya untuk menjejaki opahnya sendiri iaitu Aminah yang hilang dari rumah. Rayyan sangat membenci opahnya kerana opahnya selalu mendera dan membuli ibunya dan juga dirinya sejak dia masih kecil lagi. Awalnya Rayyan tak mahu mengambil tahu pasal opahnya yang hilang itu. Tapi mengenangkan syarikat penyiasatannya yang kini hampir bankrup, dia bersetuju untuk mencari opahnya itu. 
 Drama Bukan Gadis Biasa, Drama Akasia TV3, Drama Bulan Ramadan, Drama Adaptasi Novel, Novel Bukan Gadis Biasa Karya Liza Nur, Poster Drama Bukan Gadis Biasa, Pelakon Utama Drama Bukan Gadis Biasa, Remy Ishak, Ayda Jebat, Nazim Othman, Mas Khan, Sheila Rusly, Ozlynn Waty, Sinopsis Drama Bukan Gadis Biasa,
Dalam masa yang sama Rayyan dah mula tertarik dengan Johana apabila mereka sering terserempak. Selepas meninggalkan rumah, Aminah yang sudah nyanyuk dan kurang siuman tersesat di tengah kota raya dan dibantu oleh Johana. Johana yang kasihan melihat Aminah membawanya pulang dan mereka tinggal bersama. Rayyan memulakan penyiasatan untuk mencari. Di situlah dia mengetahui opahnya kini berada dengan Johana. Insiden demi insiden berlaku membuatkan Rayyan makin jatuh hati dengan Johana. Namun kemunculan Amer (Nazim Othman) yang juga merupakan adik pada Rayyan yang cuba mencuri hati Johana membuatkan semuanya menjadi semakin sukar. Rayyan dan Amer sememangnya tidak rapat sejak dari kecil kerana berlainan ibu dan mereka juga saling membenci antara satu sama lain. Apa yang berlaku seterusnya?.

Jom Baca Ini Juga ➡️ Sinopsis dan Review Drama Korea My Fellow Citizen
⏩ Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai

2 ulasan:

  1. Omg,,,Amer pun suka Jo?! apa benda ni...bagilah rayyan terus.T_T

    BalasPadam
  2. Nak ty apa nama budak kecil yg comel tu

    BalasPadam



My Random Post