5 Jan 2020

Baca Online Novel I Love You Cikgu (Drama Adaptasi Novel)




Novel I Love You Cikgu, Novel I Love You Cikgu Karya Imanisa Riana, Drama Adaptasi Novel, Novel Online, Baca Online Novel I Love You Cikgu Bab 1 Hingga Bab 30, Sinopsis Novel I Love You Cikgu Karya Imanisa Riana, Drama Sepasang Awan Putih, Drama Melayu 2020, Drama Bersiri TV1 2020, Slot Widuri, RTM, TV1, Drama Baru Sean Lee, Drama Baru Hanna Aqeela, Cover Depan Novel I Love You Cikgu,

Novel I Love You Cikgu karya Imanisa Riana telah pun diadaptasikan menjadi drama bersiri 13 episod bertajuk Sepasang Awan Putih. Drama adaptasi novel ini sudah mula disiarkan di slot Widuri TV1 bermula 3 Januari yang lalu. Drama Sepasang Awan Putih ini disiarkan setiap Rabu hingga Ahad, jam 7 malam di RTM TV1. Pelakon Sean Lee dan Hanna Aqeela akan menjadi teraju utama drama Sepasang Awan Putih ini. Sean Lee akan melakonkan watak sebagai Chan Chee Hong / Muhammad Nur Iman manakala Hanna Aqeela pula akan melakonkan watak sebagai Sara Raihana. Selain Sean Lee dan Hanna Aqeela, ada ramai pelakon lain yang turut membintangi drama Sepasang Awan Putih ini seperti Aidil Aziz yang memegang watak Farid, Nisha Dirr sebagai Lina, Sura Sojangi sebagai Cikgu Norita dan ramai lagi. Drama Sepasang Awan Putih ini diarahkan oleh Fairuz Loy. Berbalik pada Novel I Love You Cikgu ini, ianya diterbitkan pada bulan Disember 2012 oleh Karangkraf. Jadi sambil menonton versi dramanya di TV, korang juga boleh baca novel I Love You Cikgu ini secara online juga, caranya korang hanya perlu klik link di bawah ini okey. Tapi tak semua bablah ada kan, hanya dari bab 1 hingga bab 30 sahaja. Kalau nak baca penuh, sila beli dan dapatkan novel ini di pasaran ye. Apa pun sebelum tu jom tengok juga sinopsis novel ini terlebih dahulu okey.




Sinopsis Novel I Love You Cikgu karya Imanisa Riana

Kehadiran Sara Raihana, seorang guru baru di sebuah sekolah menarik minat Chan Chee Hong alias Muhamad Nur Iman untuk mendekati dan menawan hatinya. Kejadian malang yang menimpa Sara Raihana menambah rasa simpati dan kasih Iman terhadapnya. Pelbagai usaha dilakukan untuk memikat Sara Raihana. Bagi Sara Raihana, Iman hanyalah pelajar dan adik angkatnya sahaja. Cintanya telah berkubur bersama-sama jasad orang tersayang. Fitnah yang melanda hubungan mereka membuatkan Sara Raihana malu dan mulai menjauhkan diri daripada Iman. Iman terpaksa menyimpan hasratnya untuk memiliki gadis idaman sehinggalah dia telah berjaya bekerja. Kehadiran Farid telah membuka satu dimensi baru dalam hidup Sara Raihana. Adakah Sara Raihana akan menerima pinangan Farid dan melukakan hati Iman? Adakah Iman berjaya memiliki gadis idaman hatinya? Berbaloikah sebuah penantian?
Novel I Love You Cikgu, Novel I Love You Cikgu Karya Imanisa Riana, Drama Adaptasi Novel, Novel Online, Baca Online Novel I Love You Cikgu Bab 1 Hingga Bab 30, Sinopsis Novel I Love You Cikgu Karya Imanisa Riana, Drama Sepasang Awan Putih, Drama Melayu 2020, Drama Bersiri TV1 2020, Slot Widuri, RTM, TV1, Drama Baru Sean Lee, Drama Baru Hanna Aqeela,


~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~

1 ulasan:



My Random Post