31 Jul 2018

Sinopsis Something In The Rain - Korean Drama




Something In The Rain, Pretty Sister Who Buys Me Food, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Something In The Rain, 2018, Melodrama, Sweet, Cinta, Love Story, K Drama Something In The Rain Full Synopsis, Watak Pelakon, Something In The Rain Cast, Pelakon Drama Korea Something In The Rain, Son Ye Jin, Jung Hae In, Jang So Yeon, Jung Eugene, Oh Ryong, Wi Ha Joon, Kil Hae Yeon, Oh Man Seok,
Sinopsis Drama Korea Something In The Rain

Drama Korea 16 episod Something In The Rain / Pretty Sister Who Buys Me Food adalah drama paling terbaru yang aku tengok. Jalan ceritanya memang sweet habis, ikutkan aku plan nak tengok drama ini sampai episod 3 saja pastu nak berhenti dan tengok drama lain pula. Tak sangka pula lepas episod 3 terus tersangkut dengan drama ini hehehe. Hero dan heroin drama Something In The Rain ini iaitu Jung Hae In dan Son Ye Jin memang nampak serasi dan sepadan, chemisty diorang luar biasa, nampak macam betul - betul bercinta gitu. Selain mereka berdua, ada ramai pelakon lain yang turut membintangi Korean Drama ini, antaranya:-

Watak Pelakon Dalam Drama Korea Something In The Rain

Son Ye Jin sebagai Yoon Jin Ah
Jung Hae In sebagai Seo Joon Hee
Jang So Yeon sebagai Seo Kyung Soon (Kakak Joon He + Kawan Baik Jin Ah)
Jung Eugene sebagai Kang Se Young (rakan sekerja Yoon Jin Ah)
Oh Ryong sebagai Lee Gyu Min (Ex - boyfriend Yoon Jin Ah)
Wi Ha Joon sebagai Yoon Seung Ho ( Adik Jin Ah+ kawan baik Seo Joon Hee)
Kil Hae Yeon sebagai Kim Mi Yeon (Mak Yoon Jin Ah)
Oh Man Seok sebagai Yoon Sang Ki (bapa Yoo Jin Ah)
                             Something In The Rain, Pretty Sister Who Buys Me Food, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Something In The Rain, 2018, Melodrama, Sweet, Cinta, Love Story, K Drama Something In The Rain Full Synopsis, Watak Pelakon, Something In The Rain Cast, Pelakon Drama Korea Something In The Rain, Son Ye Jin, Jung Hae In, Jang So Yeon, Jung Eugene, Oh Ryong, Wi Ha Joon, Kil Hae Yeon, Oh Man Seok,
Sinopsis Penuh Drama Korea Something In The Rain

Mengisahkan Yoon Jin Ah yang sudah berusia 30 tahun lebih tapi masih belum berkahwin, suatu hari kekasihnya iaitu Lee Gyu Min telah meninggalkannya dengan alasan Yoon Jin Ah membosankan. Hal ini membuatkan Yoon Jin Ah patah hati dan kecewa dengan hidupnya, walaubagaimanapun Yoon Jin Ah merahsiakan perpisahannya dengan Lee Gyu Min dari ibu bapanya kerana mereka terlalu berharap yang dirinya akan berkahwin dengan Lee Gyu Min yang kaya raya itu. Yoon Jin Ah mempunyai seorang kawan baik bernama Seo Kyung Soon dan hubungan mereka sangat rapat dan tiada rahsia antara mereka. Tak lama kemudian Yoon Jin Ah mendapat tahu yang bekas kekasihnya itu seorang playboy dan dirinya membalas dendam dengan cuba membuat Lee Gyu Min berpisah dengan kekasih barunya itu dan rancangannya berjaya. Lee Gyu Min kemudiannya cuba untuk kembali bersama dengan Yoon Jin Ah, namun Yoon Jin Ah tidak mahu menerima Lee Gyu Min semula. Hal ini membuatkan Lee Gyu Min mula menjadi obses dengan Yoon Jin Ah.



Selain itu Yoon Jin Ah bekerja sebagai Supervisor di sebuah syarikat kopi, namun dirinya turut berdepan masalah di tempat kerjanya apabila orang atasannya kerap mengganggu semua pekerja wanita disitu dengan gangguan seksual. Sikap Yoon Jin Ah yang terlalu mengikut cakap orang atasan dan takut untuk mempertahankan diri sendiri membuatkan dirinya menjadi mangsa. Hidup Yoon Jin Ah mula berubah dengan kehadiran Seo Joon Hee yang merupakan adik pada kawan baiknya Seo Kyung Soon yang baru saja pulang dari luar negara. Y.Jin Ah telah lama mengenali Seo Joon Hee dan menganggapnya seperti adiknya sendiri, malah Seo Joon Hee turut berkawan baik dengan adik lelaki Y.Jin Ah iaitu Yoon Seung Ho. Malah ibu bapa Yoon Jin Ah juga turut menganggap S.Joon Hee dan kakaknya seperti family mereka sendiri. Walaubagaimanapun selepas Seo Joon Hee pulang dari luar negara, Yoon Jin Ah dapat mengesan banyak perubahan pada Seo Joon Hee yang kini lebih handsome dan matang berbanding dulu. Rupa - rupanya Seo Joon Hee juga telah lama menaruh hati pada kawan baik kakaknya itu iaitu Yoon Jin Ah sejak dulu lagi. Tak lama kemudian Seo Joon Hee mula bekerja di bangunan yang sama dengan tempat kerja Yoon Jin Ah.

Selepas itu mereka berdua kerap meluangkan masa bersama dan membuatkan mereka menjadi semakin rapat. Namun kedua - dua mereka hanya memendam perasaan masing - masing dan tak berani nak meluahkan cinta masing - masing. Walaubagaimanapun Yoo Jin Ah mula cemburu apabila rakan sekerjanya iaitu Kang Se Young bertekad untuk memikat Seo Joong Hee. Hal ini diburukkan lagi dengan Lee Gyu Min yang sering mengganggu dan memujuk Yoon Jin Ah untuk bersama kembali. Tak lama kemudian Yoon Jin Ah dan Seo Joon Hee bercinta namun mereka merahsiakan percintaan mereka dari semua orang. Selepas bercinta dengan Seo Joon Hee, sikap Yoon Jin Ah juga mula berubah menjadi lebih confident dan berani, hal ini mengejutkan semua rakan - rakannya dan orang atasan Yoon Jin Ah di tempat kerjanya itu. Lee Gyu Min adalah orang terawal yang sedar akan percintaan mereka ini diikuti dengan Yoon Seung Ho. Namun Seo Joon Hee dan Yoon Jin Ah berjaya memujuk dan menyakinkan Yoon Seung Hoo dan akhirnya Yoon Seung Ho yang merupakan adik Jin Ah menerima hubungan mereka. 

Konflik mula timbul dalam percintaan mereka apabila kisah percintaan mereka mula diketahui oleh kakak Seo Joon Hee dan juga mak Yoon Jin Ah. Kedua - dua mereka sukar menerima hubungan percintaan antara Seo Joon Hee dan Yoon Jin Ah disebabkan jarak usia mereka yang jauh. Hal ini diburukkan lagi dengan sikap mak Jin Ah yang menentang keras hubungan cinta mereka berdua. Bagi mak Jin Ah, Seo Joon Hee bukanlah lelaki yang sesuai buat Yoon Jin Ah kerana Seo Joon Hee tidak ada ibu bapa, malah keluarga Seo Joon Hee juga tidak kaya raya, ini ditambah lagi dengan usia Seo Joon Hee yang masih muda berbanding Yoon Jin Ah. Apa yang berlaku seterusnya?

2 ulasan:

  1. haaaih citer ni melting memanjang..!! selalu tak minat sangat mellow2 melampau ni tapi da start tengok xleh skip. sampai habis kena tengok haahaha suwwwwet..!!

    BalasPadam
  2. Mula2 tgk ep1,2&3 pastu terus pi ep16,takut ending dia xbest,lepas tgk happy ending br sambung blk ep 4

    BalasPadam



My Random Post