26 Feb 2018

Episod 50 Hingga 54 Syurga Yang Kedua

Drama Syurga Yang Kedua, Drama Melayu, Drama Bersiri, Astro, Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 50 Hingga 54, Sinopsis Syurga Yang Kedua, Episod 50 Hingga 54, Pelakon Drama Syurga Yang Kedua, Fasha Sandha, Elizad Sharifuddin, Zarul Husin, Azizah Mahzan, Fazlina Ahmad Daud, Dato Jalaluddin Hassan, Beego, Afifah Nasir, Dynas Mokhtar, Sherry Ibrahim, Amanda Misbun, 2018,
Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 50 Hingga Episod 54

Diam tak diam, drama Syurga Yang Kedua ini dah sampai ke kemuncaknya, apabila setelah lama menunggu akhirnya Sabrina tahu juga akan kebenarannya, mengenai perkahwinan Vivy dan Daniel. Paling best bila personaliti dan perangai Sabrina mula berubah dari lemah - lembut menjadi seorang yang berani dan penuh agenda, gaya penampilan Sabrina juga berubah secara mendadak. Apa pun aku memang suka dengan perubahan Sabrina tu hehe sebab dah malas tengok dia ditipu dan diperbodohkan. Plus dengan perangai Vivy yang tak sedar diri jadi isteri kedua tapi lagaknya seperti Sabrina pula yang rampas suaminya tu. Memang patut Sabrina tu bagi pengajaran pada Vivy supaya dia rasa sakitnya dimadukan. Plan Sabrina nanti adalah dengan menggunakan Ellis untuk menyakiti hati Vivy hahaha. Episod 50 hingga episod 54 drama Syurga Yang Kedua ini memang best bagi aku. Selain itu aku agak menyampah pula dengan perangai bapa Sabrina iaitu Daud gilakan perempuan lain iaitu Rozie yang merupakan pekerjanya. Perangai Mira yang merupakan anak Rozie yang asyik menggalakkan maknya couple dengan Daud tu juga membuatkan aku makin menyampah.

Antara pelakon drama Syurga Yang Kedua ini adalah Fasha Sandha, Elizad Sharifuddin, Zarul Husin, Azizah Mahzan, Fazlina Ahmad Daud, Dato Jalaluddin Hassan, Beego, Afifah Nasir, Dynas Mokhtar, Sherry Ibrahim dan ramai lagi. Jadi hari ini, aku nak buat rangkuman Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua dari Episod 50 hinggalah ke episod 54. Bagi yang nak baca sinopsis episod - episod awal drama ini bolehlah try klik label Drama Syurga Yang Kedua dan kemudian akan keluar semua entry mengenai drama ini. Atau pun korang boleh taip dan search di kotak search yang disediakan di sidebar blog ini. So jom tengok sinopsis drama ini dari episod 50 hingga 54 di bawah ini ye, Selamat Membaca okey.

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 50 Hingga Episod 54

Vivy kecewa kerana menyangka Daniel telah lupa akan birthdaynya manakala Fazira pula risau dengan kesihatan Ellis yang tidak menentu. Malah Sabrina juga turut tahu yang Ellis sakit selepas Ellis pengsan ketika keluar dengannya. Selain itu, ada seseorang telah mengirimkan gambar kahwin Daniel menerusi handphone pada Sabrina manakala Azril masih cuba menganggu Vivy dan meluahkan rasa sayangnya pada Vivy. Delaila yang ternampak kelakuan Azril itu mula mengamuk sambil mengacukan pisau pada Azril dan Vivy. Mastura merayu pada Vivy untuk berjumpa dengan anak kandungnya Yusof. Sabrina akhirnya tahu yang Vivy adalah madunya selepas menerima gambar - gambar kahwin Daniel dan Vivy di handphonenya dari pengirim misteri. Manakala Azril dan Dato Sherry akhirnya bersepakat untuk menghantar Delaila ke hospital mental. Walaubagaimanapun tak lama kemudian, Dato Sherry bertindak menghalau Azril keluar dari rumahnya kerana Azril sudah tidak ada kaitan dengan keluarganya, ini ditambah lagi Delaila juga tiada di situ. Hal tersebut telah membuatkan Azril berasa amat marah dengan Dato Sherry dan ingin melihat kejatuhan Dato Sherry suatu hari nanti. Selain itu, Sabrina sengaja mengajak Daniel dan Vivy untuk makan bersamanya, di samping memerhati gerak - geri Daniel dan Vivy.



Sabrina kemudian ke tandas dan menangis di sana kerana kecewa dan sedih dengan perbuatan Daniel dan Vivy padanya. Rozie ingin berhenti kerja kerana bimbang akan memusnahkan rumahtangga Daud, namun Daud telah menghalang Rozie dari berhenti kerja. Sabrina kemudiannya pergi berjumpa dengan pengirim gambar misteri itu yang kemungkinan besarnya adalah Azril. Sabrina memutuskan untuk tunggu dan lihat permainan Vivy dan Daniel itu. Azril juga mengajak Vivy untuk berjumpa dan memberitahunya yang dia tahu rahsia Vivy mengenai baby Yusof namun Azril berazam untuk mencari bukti. Manakala Vivy pula sedikit terkejut namun akhirnya tidak mempedulikan ugutan Azril itu kerana sedar Azril tidak ada bukti. Sabrina makin rapat dengan Ellis dan berbual panjang dari hati ke hati mengenai Daniel. Tak lama kemudian Vivy datang ke rumah Sabrina untuk bertemu Alia kerana Sabrina dah lama tak bawa Alia ke rumah Dato Sherry. Sabrina melayan Vivy seperti biasa namun tiba - tiba menghalang Vivy dari naik ke atas untuk melihat Alia yang tiba - tiba menangis. Berdasarkan layanan Sabrina terhadapnya, serta perangai Sabrina yang sedikit pelik, membuatkan Vivy syak yang Sabrina dah tahu mengenai rahsia perkahwinannya dengan Daniel namun Vivy masih tidak pasti, Vivy juga turut memberitahu Daniel mengenai hal ini.

Sabrina kerap keluar rumah tanpa beritahu Daniel, malah Daniel juga pernah nampak Sabrina bertemu dengan seorang lelaki. Tak lama kemudian Sabrina ke rumah Dato Sherry dan membawa Alia bersamanya dan menyuruh Vivy untuk menjaga Alia, malah Sabrina juga ingin masuk ke bilik Vivy dan Daniel itu tapi dihalang oleh Dato Sherry. Sabrina makin kerap berjumpa dengan Ellis manakala Shidah pula dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan suaminya itu. Tak lama kemudian, ketika Daniel pulang ke rumah, dia amat terkejut melihat Sabrina sudah memotong rambutnya menjadi pendek seperti Vivy. Hal tersebut telah membuatkan Daniel berasa tidak sedap hati dengan perangai Sabrina yang makin pelik dan syak Sabrina telah tahu sesuatu tapi dia masih tidak pasti. Kemudian Sabrima berjumpa dengan Ellis dan bertanya pada Ellis sama ada Ellis masih cintakan Daniel, Ellis menafikannya namun Sabrina mengatakan yang dirinya tidak kisah jika Ellis rapat dengan Daniel. Ellis mula berasa serba - salah, pelik dan keliru dengan perangai Sabrina yang seolah - olah merestui jika dia menjadi isteri Daniel. Selain itu, Azril berjumpa dengan Daniel dan Daniel meluahkan masalahnya pada Azril mengenai Sabrina, Azril juga sempat memberi nasihat pada Daniel.

Selepas itu Azril pergi berjumpa dengan Mastura pula, manakala Sabrina pula telah pergi keluar makan dengan Ellis. Ketika mereka sedang makan, Vivy telah menelefon Ellis dan dari situ Sabrina mengetahui yang Ellis turut mengenali Vivy. Ellis juga turut terkejut mengetahui Sabrina berkawan baik dengan Vivy. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.

4 ulasan:



My Random Post