30 Dis 2017

Because This Is My First Life - Korean Drama Review

Review Drama Korea - Because This Is My First Life, Korean Drama, Drama Korea, K - Drama, Korean Drama Because This Is My First Life Cast, Pelakon Drama Korea Because This Is My First Life, Lee Min Ki, Jung So Min, Esom, Park Byung Eun, Kim Ga Eun, Kim Min Suk, Kim Min Kyu, Lee Chung Ah, Ending Drama Because This Is My First Life, Happy Ending, Perkahwinan, Marriage Contact, Cinta, Cat, Sinopsis This Is My First Life, My Review, Review By Miss Banu, Korean Drama Review,
Review Drama Korea - Because This Is My First Life

Hari ini aku nak buat Review Drama Korea Because This Is My First Life yang release pada 9 Oktober 2017 dan tamat disiarkan pada 28 November yang lalu. Antara Pelakon Drama Korea Because This Is My First Life ini adalah Lee Min Ki, Jung So Min, Esom, Park Byung Eun, Kim Ga Eun, Kim Min Suk, Kim Min Kyu, Lee Chung Ah dan ramai lagi. Drama 16 episod ini disiarkan bagi menggantikan Drama Argon dan kemudiannya akan digantikan dengan Drama Rude Miss Young Ae season 16. Selain itu pengarah drama ini pernah mengarah drama - drama best seperti Let's Eat, Let's Eat 2, Bring It On, Ghost manakala penulis skrip drama ini pula pernah menulis skrip drama - drama popular seperti Flower Boy Ramyun Shop, The Queen Of Office, Hogu's Love dan banyak lagi. Patutlah Lee Chung Ah pun ada berlakon dalam drama ini sebab Lee Chung Ah ini adalah heroin untuk drama Flower Boy Ramyun Shop itu, jadi dah penulis skrip orang yang sama, jadi apa salahnya ambil pelakon yang dah pernah bekerjasama sebelum ini kan. Dah lama rasanya Lee Min Ki ini tidak berlakon dalam drama kan, jadi drama ini merupakan antara drama terbarunya.

Jung So Min baru saja sukses dengan drama lakonannya iaitu My Father Is Strange, cepat betul dia buat comeback dengan drama baru. Sejujurnya aku suka dengan jalan cerita drama ini yang santai dan lebih dekat dengan penonton kerana Drama Because This Is My First Life ini mengupas isu - isu yang kita semua alami dalam kehidupan seharian, terutamanya dalam isu perkahwinan, rumah, kerja, gaji dan sebagainya. Aku suka tengok karakter watak Lee Min Ki sebagai Nam Se Hee yang pelik dan unik itu. Ingatkan Nam Se Hee itu memang originally pelik macam itu tapi rupanya ada sebab dia jadi begitu. Agak kesian juga dengan watak Jung So Min itu iaitu sebagai Yoon Ji Ho yang tiada kerja tetap mahu pun tempat tinggal yang disukainya. Kemudian berlakulah perkahwinan kontrak antara Nam Se Hee dan Yoon Ji Ho atas sebab - sebab tertentu, yang mana Yoon Ji Ho berkahwin adalah disebabkan rumah semata- mata. Apa pun memang frust juga dengan Nam Se Hee ini sebab susah betul nak tahu perasaannya dan emosinya dalam banyak hal, patutlah Yoon Ji Ho pun akan rasa frust bila tak dapat nak tahu mahu pun mengagak perasaan sebenar Nam Se Hee itu, sebab dia tak ada emosi, dah macam robot pun ada juga hahaha.

Berdasarkan komen yang aku baca, ramai betul yang suka dengan drama ini, disamping plot drama ini boleh dikaitkan dengan kehidupan seharian. Selain dari kisah pasangan utama drama ini, ada 2 lagi pasangan lain yang merupakan kawan kepada Ji Ho yang turut mempunyai kisah yang menarik iaitu Yang Ho Rang lakonan Kim Ga Eun, Sim Won Seok lakonan Kim Min Suk serta Woo Soo Ji lakonan Esom dan Ma Sang Goo lakonan Park Byung Eun. Gandingan Kim Ga Eun dan Kim Min Suk sebagai pasangan kekasih dalam drama ini memang nampak sepadan dan sweet saja. Ini adalah kali ketiga aku menonton drama lakonan Kim Ga Eun selepas drama Jackpot dan Reunited Worlds. Manakala Kim Min Suk pula ada berlakon dalam Drama Age Of Youth 2 sebelum ini. Pasangan Yang Ho Rang dan Sim Won Seok ini memang nampak bahagia sangat tapi siapa sangka mereka berdua mempunyai persepsi dan pandangan yang berbeza mengenai perkahwinan setelah 7 tahun bercinta. Aku suka dengan cita - cita dan impian Yang Ho Rang yang simple tapi bermakna, dimana dia hanya menginginkan sebuah keluarga bahagia dan ingin menjadi isteri, ibu dan juga menantu yang baik. Berbeza dengan Won Seok yang tidak nampak akan apa perlunya berkahwin sedangkan mereka sudah bahagia. 



Perbezaan pendapat tersebut menjadi antara sebab utama hubungan Yang Ho Rang dan Won Seok goyah dan putus akhirnya. Manakala bagi Woo Soo Ji pula, dia tak perlukan lelaki mahu pun perkahwinan dalam hidupnya kerana dia bahagia dengan hidupnya sekarang yang merupakan seorang wanita berdikari dan bekerjaya. Namun begitu Woo Soo Ji tetap berhadapan dengan cabaran di tempat kerjanya apabila perlu berdepan dengan pekerja lelaki mahu pun orang atasannya yang memandang rendah pada wanita. Kehadiran Ma Sang Goo dalam hidupnya sedikit sebanyak mengubah persepsinya mengenai cinta dan juga perkahwinan, kerana Ma Sang Go merupakan seorang lelaki yang baik, memahami, bijak, caring dan juga cepat emosi. Aku suka tengok hubungan persahabatan Woo Soo Ji, Yang Ho Rang dan Yoon Ji Ho yang tetap kekal dan rapat seperti dulu, walaupun masing - masing mengalami pelbagai masalah. Berbalik pada main couple iaitu Ji Ho dan Se Hee yang saling menyukai tapi mempunyai masalah untuk saling memahami. Awalnya aku ingatkan Nam Se Hee ini tidak berperasaan, macam robot saja, tapi rupanya dia hanya memendam semua perasaannya itu. Malah dia juga memahami setiap perlakuan Ji Ho serta sedar yang Ji Ho dah jatuh hati padanya. Selain itu aku juga suka setiap kali Yoon Ji Ho marah atau pun terasa hati dengan Nam Se Hee, dia akan tunjuk depan - depan perasaannya itu hahaha.

Scene paling best adalah ketika Yoon Ji Ho merajuk dan marah dengan kata - kata Nam Se Hee selepas pergi ke rumah ibu bapa untuk menolong mereka. Akhirnya Ji Ho menyuruh Nam Se Hee turut pergi ke rumah ibu bapanya dan menolong mereka untuk membuat kerja - kerja tertentu sebagai bayaran pada perkhidmatannya pada ibu bapa Nam Se Hee sebelum ini. Selepas Nam Se He ke rumah ibu bapa Ji Ho dan Ji Ho turut berada di sana dan mereka berdua dapat meluangkan masa di sana bersama - sama, mereka mulai menjadi rapat selepas itu. Aku suka part bila Nam Se Hee mula membuka hatinya pada Yoon Ji Ho itu. Selain itu aku juga suka dengan Yeon Bok Nam lakonan Kim Min Kyu yang awalnya nampak macam lelaki misteri yang jahat yang sentiasa berdekatan dengan Ji Ho, tapi rupanya tu semuanya hanya salah faham rupanya hahaha. Scene - scene kelakar dalam drama ini memang best sebab memang lawak, apa pun aku agak annoying sikit dengan Ji Ho yang suka cakap slow - slow dengan suara yang agak perlahan. Dalam banyak - banyak watak dalam drama ini, aku paling suka dengan kucing yang dibela oleh Nam Se Hee itu. Serius comel dan adorable betul kucing tu hehehe, mesti susah diorang nak rakam aksi - aksi menarik dari kucing itu kan, yela kucing tu bukan boleh di arah pun, kita yang kena ikut dan melayan kerenah dan ragam kucing tersebut.

Aku paling tak suka dengan sikap Yoon Ji Ho dalam dua episod terakhir drama ini, bila dia buat keputusan sendiri saja dan meninggalkan Nam Se Hee sendirian. Rasa marah dan geram pula dengan Yoon Ji Ho di dua episod terakhir drama ini. Patutnya dia beritahu sajalah apa yang dia tak puas hati pada Nam Se Hee itu supaya Nam Se Hee itu dapat memahami dirinya dengan lebih baik lagi. Selain itu aku juga suka dengan perangai dan sikap Ko Jung Min yang merupakan bekas kekasih Nam Se Hee itu yang sangat baik, cool dan tenang. Apa pun Ending Drama Korea Because This Is My First Life ini memang happy endinglah kan, jadi secara keseluruhannya memang enjoy juga menonton drama ini, walaupun ada scene - scene yang aku tak berapa suka, antaranya bila Yoon Ji Ho itu buat perangai dan tingalkan Nam Se Hee itu. Apa pun drama ini tetap menghiburkan dan aku bagi 7 Bintang dari 10 Bintang untuk drama ini.

3 ulasan:



My Random Post