Memaparkan catatan dengan label Zulhuzaimy. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Zulhuzaimy. Papar semua catatan

3 Sep 2022

Telefilem Janda Si Ayob (Awesome TV)



Telefilem Janda Si Ayob, Telemovie Janda Si Ayob, Telemovie Awesome TV, Sinopsis Telefilem Janda Si Ayob Awesome TV, Janda Si Ayob Cast, Pelakon Telefilem Janda Si Ayob, Zulin Aziz, Zul Huzaimy, Izzue Islam, Haleeda, Ezzaty Abdullah, Meor Mohd, Emilia Hanif, Riz Amin, Anne Abdullah,

Telefilem Janda Si Ayob telah pernah disiarkan pada tahun 2021 yang lalu dan kini telefilem ini akan diulang siarkan di Awesome TV saluran 123, Astro atau saluran 112, MyTV pada 4 September 2022 ini, jam 9.30 malam. Pelakon - pelakon telefilem Janda Si Ayob ini adalah Zulin Aziz, Zul Huzaimy, Izzue Islam, Haleeda, Ezzaty Abdullah, Meor Mohd, Emilia Hanif, Riz Amin, Anne Abdullah dan ramai lagi. Selain itu telemovie Janda Si Ayob ini diarahkan oleh Eez Jalaluddin dan diterbitkan oleh Fulus Pictures Sdn Bhd. Siapa pernah tengok telemovie ni? nampak macam lawak dan best je kan, apa pun jom tengok sinopsis ringkas telemovie Janda Si Ayob di bawah ini okey..




Sinopsis Telefilem Janda Si Ayob (Awesome TV)

Mengisahkan mengenai Zaleha yang mencari calon suami baru setelah bercerai dengan Ayob. Mak Melur mengajar Zaleha cara menggoda lelaki serta menyusun calon dan membuat temujanji untuk Zaleha. Apa yang berlaku seterusnya? dapatkah Zaleha menemui calon suami pilihan hatinya?..

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Review Drama Korea The Red Sleeve


👉👉 Review Drama Korea Voice 4
Read More

23 Apr 2021

Drama Kiblat Yang Hilang Full Episode Di Awesome TV



Drama Kiblat Yang Hilang, Drama Kiblat Yang Hilang Awesome TV, Drama Bulan Ramadan, Poster Drama Kiblat Yang Hilang, Info dan Sinopsis Drama Kiblat Yang Hilang, Sinopsis Penuh Drama Kiblat Yang Hilang, Pelakon - Pelakon Drama Kiblat Yang Hilang, Drama Baru Azhan Rani, Drama Baru Zulhuzaimy, Drama Baru Sweet Qismina, Drama Baru Neera Azizi, Drama Baru Wafariena,

Dalam banyak - banyak drama yang disiarkan di bulan Ramadan ini, drama Kiblat Yang Hilang adalah antara drama yang aku suka tonton. Drama Kiblat Yang Hilang ini mula bersiaran sejak 12 April yang lalu, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di Awesome TV. Antara pelakon drama Kiblat Yang Hilang ini adalah Azhan Rani, Neera Azizi, Sweet Qismina, Zul Huzaimy, Wafariena Roslan, Laila Nasir, Badrul Muhayat, Kartina Aziz, Farisha Irwayu, Riz Amin, Sefik Khair, Riz Amin, Zain Saidin dan ramai lagi. Selain itu drama ini mempunyai 23 episod dan diarahkan oleh Azri Izhar. Memang best layan drama ni, para pelakon pun mantap dan terbaik gitu. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon drama Kiblat Yang Hilang ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey.

Azhan Rani sebagai Iman / Lion
Neera Azizi sebagai Jannah
Sweet Qismina sebagai Solehah
Laila Nasir sebagai Maria
Kartina Aziz sebagai Kak Sal / Cik Sal
Zulhuzaimy sebagai Iki
Laila Nasir sebagai Maria




Sinopsis Penuh Drama Kiblat Yang Hilang Lakonan Azhan Rani, Zulhuzaimy, Sweet Qismina dan Neera Azizi

Maria seorang produser filem yang terkenal dan kaya, disaat dirinya senang dia mula mengabaikan keluarganya, serta tidak menghormati suaminya sehingga akhirnya mereka bercerai. Anak - anaknya Man, Iki, Solehah dan Jannah membesar tanpa berasa kasih sayangnya, mereka semua menumpang kasih pada Kak Sal pembantu rumah mereka. Setelah besar mereka agak dingin bila bersama dengan ibu mereka Maria. Segala - galanya berubah bila syarikat produksi Maria muflis dan menanggung hutang yang banyak. Maria akhirnya banyak menghabiskan masanya duduk di rumah dan memikirkan cara untuk melangsaikan segala hutang - hutangnya. Ketika dia berada di rumah barulah dia menyedari dirinya dah jauh daripada keluarganya, dia langsung tak tahu apa aktiviti anak - anaknya itu. Maria juga mula berasa menyesal kerana telah mengabaikan anak - anaknya selama ini. Walaubagaimanapun tak lama kemudian Maria mula menyedari yang anak - anaknya ada masalah mereka masing - masing. Iman atau Lion anak sulungnya tapi panas baran, manakala Solehah pula seorang yang alim tapi terlibat dengan ajaran sesat. Iki pula OKU tapi berbakat dalam lukisan dan boleh memasak. Manakala Jannah pula seorang instafamous dan seakan - akan membenci ibunya. Ketika Maria dah tak punya duit, Jannah terpaksa berhenti belajar dan tukar kolej lain kerana yuran kolejnya sangat mahal. Maria juga sudah tidak mampu untuk membayar gaji pembantu rumahnya Kak Sal. Apa yang berlaku seterusnya? dapatkan Maria dan anak - anaknya bersatu untuk menyelesaikan segala masalah.

Read More

22 Apr 2021

Drama Madam E-Wallet Lakonan Ziana Zain dan Ning Baizura (TV3)



Drama Madam E-Wallet Lakonan Ziana Zain dan Ning Baizura (TV3), Info dan Sinopsis Drama Madam E-Wallet, Pelakon - Pelakon Drama Madam E-Wallet, Drama Bulan Ramadan TV3, Drama Baru Ziana Zain, Drama Baru Ning Baizura, Poster Drama Madam E-Wallet,
Drama Madam E-Wallet Lakonan Ziana Zain dan Ning Baizura (TV3)

Drama Madam E-Wallet adalah antara drama yang disiarkan di bulan Ramadan ini iaitu bermula pada 13 April yang lalu setiap Isnin hingga Khamis, jam 6 petang di TV3. Antara pelakon drama Madam E- Wallet ini adalah Ziana Zain, Ning Baizura, Zul Huzaimy, Anas Ridzuan, Enot, Kiah Propa, Shiha Zikir, Azzahra Ahmad, Reza Hasbi, Nynaa Harizal, Hasnul Rahmat, Khatijah Tan, Mathni Ab Razak, Zoey Rahman, Daniel Fong, Razak Ahmad dan ramai lagi. Selain itu drama 10 episod ini diarahkan oleh Kyoll Hamzah dan diterbitkan oleh Orangetree Production Sdn. Bhd. wah para pelakon drama ini semuanya best - best belaka, plus aku suka dengan poster drama Madam E-Wallet ini sebab nampak cantik gitu. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon drama Madam E-Wallet ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey.

Ziana Zain sebagai Siti Asmidar
Ning Baizura sebagai Dato Qistina
Anas Ridzuan sebagai Omar
Azzahra Ahmad sebagai Mila
Hasnul Rahmat sebagai Sifu Jebat
Nynaa Harizal sebagai Sabrina
Mathni Ab Razak sebagai Joey
Zoey Rahman sebagai Salman
Daniel Fong sebagai Kim




Sinopsis Drama Madam E-Wallet Lakonan Ziana Zain dan Ning Baizura (TV3)

Selepas memenangi Anugerah Usahawan Terbaik di kampung, Siti Asmidah bukan saja membawa pulang hadiah wang tunai malah dia juga berpeluang untuk menyertai seminar keusahawanan selama 3 hari di Kuala Lumpur. Namun, apabila Siti Asmidah berada di seminar itu, dia diejek sebagai orang kampung yang berangan-angan untuk berjaya dalam perniagaan. Siti Asmidah putus asa dan pulang ke kampung dengan hampa. Orang sekeliling mula berkata-kata tentang Datuk Qistina yang sedang memburukkan dan mempertikaikan kredibiliti Siti Asmidah, malahan Datuk Qistina juga mengatakan beliau yang memenangi anugerah tersebut. Siti Asmidah enggan mengalah dan ingin menebus maruahnya. Dengan bantuan kawan-kawannya, Siti Asmidah mula menerokai aplikasi untuk kemudahan membeli belah dan transaksi mudah tanpa tunai atas talian. Apa yang berlaku seterusnya?..

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Kuali Mentua Lauk Menantu (TV2)

Read More


My Random Post