9 Okt 2019

Sinopsis Drama Sara Sajeeda (TV3)




Sara Sajeeda, Drama Bersiri TV3 2019, Drama Best, Drama Melayu TV3 2019, Drama Sara Sajeeda, Sinopsis Drama Sara Sajeeda, Slot Samarinda, TV3, Pelakon Pakistan, Arslan Asad Butt,  Anmol Baloch, Drama Baru Tiz Zqyah, Watak - Watak Pelakon Dalam Drama Sara Sajeeda, Senarai Pelakon Drama Sara Sajeeda, Tiz Zaqyah, Arslan Asad Butt, Anmol Baloch, Fahrin Ahmad, Fouziah Gous, Alif Muhaimin, Shahruddin Thamby, Mas Anizan, Uyaina Arshad, Haliza Misbun, Jasper Supayah, Poster Drama Sara Sajeeda,

Drama Sara Sajeeda adalah drama terbaru di slot Samarinda TV3 yang mula bersiaran sejak 3 Oktober 2019 yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Drama Sara Sajeeda ini disiarkan bagi menggantikan drama Rumah Siti Khadijah yang telah tamat episodnya. Lebih menarik bila drama ini menggandingkan pelakon Malaysia dengan pelakon Pakistan serta drama ini turut shooting di Pakistan. Antara pelakon drama Sara Sajeeda ini adalah Tiz Zaqyah, Arslan Asad Butt, Anmol Baloch, Fahrin Ahmad, Fouziah Gous, Alif Muhaimin, Shahruddin Thamby, Mas Anizan, Uyaina Arshad, Haliza Misbun, Jasper Supayah dan ramai lagi. Para pelakon dari Pakistan tu semua segak dan cantik okey hahaha, dah macam tengok cerita Bollywood gitu. Tiz Zaqyah dapat berlakon dengan pelakon Pakistan gitu, sebelum ini Tiz dah pernah bergandingan degan pelakon luar negara juga iaitu Jericho Rosales (Filipina) untuk drama Kusinero Cinta. Memang nampak menarik kan drama ini, apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye. Sebelum tu jom tengok juga watak - watak pelakon dalam drama Sara Sajeeda ini .
Sara Sajeeda, Drama Bersiri TV3 2019, Drama Best, Drama Melayu TV3 2019, Drama Sara Sajeeda, Sinopsis Drama Sara Sajeeda, Slot Samarinda, TV3, Pelakon Pakistan, Arslan Asad Butt,  Anmol Baloch, Drama Baru Tiz Zqyah, Watak - Watak Pelakon Dalam Drama Sara Sajeeda, Senarai Pelakon Drama Sara Sajeeda, Tiz Zaqyah, Arslan Asad Butt, Anmol Baloch, Fahrin Ahmad, Fouziah Gous, Alif Muhaimin, Shahruddin Thamby, Mas Anizan, Uyaina Arshad, Haliza Misbun, Jasper Supayah, Poster Drama Sara Sajeeda,
Tiz Zaqyah sebagai Sara
Arslan Asad Butt sebagai Fawaad Khan
Anmol Baloch sebagai Sajeeda
Fahrin Ahmad sebagai Megat
Fouziah Gous sebagai Nelissa
Shahruddin Thamby sebagai Ismadi
Mas Anizan sebagai Pn Sri Norizan
Uyaina Arshad sebagai Iman Dahlia
Alif Muhaimin sebagai Khalif
Jasper Supayah sebagai Rita




Sinopsis Drama Sara Sajeeda Lakonan Tiz Zaqyah

Mengisahkan tentang Sara, seorang pensyarah di sebuah kolej swasta yang dipaksa oleh ayahnya, Ismadi untuk berkahwin dengan menantu pilihannya, Megat. Namun begitu, hubungan cinta yang terjalin selama 4 tahun antara mereka berakhir setelah Sara memutuskan hubungan itu akibat tidak tahan dengan sikap Megat yang terlalu mengikut kata-kata ayahnya tanpa mempunyai pendirian sendiri. Fawaad, seorang jejaka dari Pakistan, pada mulanya menetap di luar negara telah kembali ke pangkuan keluarganya. Tidak lama kemudian, dia ditawarkan untuk bekerja sebagai jurutera di Malaysia. Fawaad tersepit di antara mengutamakan keluarganya yang telah lama ditinggalkan atau kerjayanya. Akhirnya, dia memilih untuk memulakan kehidupan baharu di Kuala Lumpur. Fawaad dan Sara bertemu dalam suatu insiden yang telah menambat hati Sara untuk mengenali Fawaad dengan lebih rapat.
Pengenalan atanra mereka mula berubah menjadi cinta namun tidak direstui oleh Ismadi. Sara ingin memperkenalkan Fawaad sebagai calon suami. 
Sara Sajeeda, Drama Bersiri TV3 2019, Drama Best, Drama Melayu TV3 2019, Drama Sara Sajeeda, Sinopsis Drama Sara Sajeeda, Slot Samarinda, TV3, Pelakon Pakistan, Arslan Asad Butt,  Anmol Baloch, Drama Baru Tiz Zqyah, Watak - Watak Pelakon Dalam Drama Sara Sajeeda, Senarai Pelakon Drama Sara Sajeeda, Tiz Zaqyah, Arslan Asad Butt, Anmol Baloch, Fahrin Ahmad, Fouziah Gous, Alif Muhaimin, Shahruddin Thamby, Mas Anizan, Uyaina Arshad, Haliza Misbun, Jasper Supayah, Poster Drama Sara Sajeeda,
Malangnya, Fawaad dikejutkan dengan berita gempa bumi yang melanda keluarganya sehingga dia terpaksa pulang ke negara asalnya.
Kembalinya Fawaad ke rumah, dia melihat keluarganya membuat persiapan perkahwinan untuknya. Dia rasa tertipu. Walaupun menolak pada mulanya, Fawaad akur dengan keputusan itu dan kasihan dengan nasib Sajeeda yang telah kehilangan kedua ibu bapanya dalam kejadian tanah runtuh dan gempa bumi. Setelah pulang ke Malaysia, Fawaad mula berbelah bahagi apabila Sara mengajui dia telah jatuh cinta dengan Fawaad sedangkan dia telah pun berkahwin dengan Sajeeda tanpa rasa cinta. Akhirnya, dia merahsikan perkahwinannya demi cintanya kepada Sara dan bersedia untuk mengahwininya meskipun tidak direstui Ismadi. Selepas berkahwin, Sara dapat menghidu pergerakan Fawaad yang seakan menyembunyikan sesuatu. Fawaad pula kerap menerima panggilan daripada Salma yang mahu anaknya pulang. Apakah nasib Sajeeda di kampung itu?

Lagu Tema / OST Drama Sara Sajeeda
⏩ Bicara Rasa nyanyian Ariff Bahran & Sarah Suhairi
⏩ Menangkah Cinta nyanyian Erra Fazira
⏩ Humnawa nyanyian Reena Nicky


~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~

3 ulasan:

  1. boleh tahan conflict dia.. menarik sebab libatkan plakon luar.

    BalasPadam
  2. Apa nama lagu hindi dekat dalam cerita tu.?cari dkt youtube tak jumpa lah.

    BalasPadam



My Random Post