2 Sep 2019

Sinopsis Filem Sangkar (2019)




Sangkar, Filem, Movie, Filem Melayu, Malay Movie, Filem Sangkar, Sangkar Movie, Sinopsis Filem Sangkar, Filem Baru Remy Ishak, Filem Baru Zul Ariffin, Filem Kedua Mira Filzah, Biodata Penuh Mira Filzah, Poster Filem Sangkar, Pelakon Filem Sangkar, Zul Ariffin, Remy Ishak, Mira Filzah, Achey Bocey, Fadlan Hazim, James Mcsweeney, Carliff Carleel, Andy Teh, Rashid Salleh, Ray Era, Nik Adam Mika, Niezam Zaidi, Arman Graseka, Filem Melayu 2019,
Sinopsis Filem Sangkar Lakonan Zul Ariffin, Remy Ishak dan Mira Filzah

Filem Sangkar kini sudah ditayangkan di pawagam bermula 29 Ogos yang lalu. Filem Sangkar ini mengisahkan tentang dua pejuang MMA (seni bela diri campuran) tempatan dan permusuhan antara mereka, serta perjuangan demi maruah dan keluarga. Antara pelakon filem Sangkar ini adalah Zul Ariffin, Remy Ishak, Mira Filzah, Achey Bocey, Fadlan Hazim, James Mcsweeney, Carliff Carleel, Andy Teh, Rashid Salleh, Ray Era, Nik Adam Mika, Niezam Zaidi, Arman Graseka dan ramai lagi. Selain itu filem aksi ini diarahkan oleh Kabir Bhatia dan diterbitkan oleh Primeworks Studios, Astro Shaw, Infinitus Gold dan mm2 Entertainment. Filem Sangkar ini juga adalah filem kedua Mira Filzah selepas filem Rise : Ini Kalilah. Banyak komen - komen yang aku baca di Twitter mengatakan filem Sangkar ini best dan menarik. Apa pun jom tengok sinopsis filem ini di bawah okey.




Sinopsis Filem Sangkar ( #SangkarMovie )

Mengisahkan tentang Adam (Zul Ariffin), seorang pejuang MMA yang angkuh, telah memenangi sebuah pertarungan dengan taktik kotornya. Apabila dicabar di luar Sangkar, Adam secara tidak sengaja mencederakan pihak lawannya, Johan (Remy Ishak). Adam dibelenggu rasa bersalah dan risau kerana Johan tahu bahawa dialah punca menyebabkan kecederaan itu. Tetapi lama kelamaan, Adam secara tidak sengaja telah menjadi sebahagian daripada hidup Johan. Dia kemudian mendapat tahu kecederaan yang telah menimpa Johan itu telah menyebabkan Liya (Mira Filzah) dan Reza (Nik Adam Mika), ahli keluarga Johan hilang punca rezeki dan harapan. Untuk menebus kesalahannya, Adam kembali bertarung di pertarungan bawah tanah untuk mendapatkan habuan supaya dapat membantu Johan sekeluarga. Johan pula sedang bertarung dengan kesihatan dan pemulihan demi keluarganya, Pada saat ini, Adam mengingatkan tujuan diri sebagai pejuang MMA dan ambil cabaran untuk melawan dengan pejuang MMA antarabangsa. Bolehkan dia berjaya?

Jom Baca Ini juga ➔ Biodata Terkini Mira Filzah

~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~

2 ulasan:

  1. at first ingatkan macam movie Brothers tapi plot dia lain. Boleh tengok ni nanti

    BalasPadam



My Random Post