14 Sep 2019

Telefilem Orang Gaji Puaka (Astro Citra)




Orang Gaji Puaka, Telefilem, Telemovie,Telefilem Orang Gaji Puaka, Telemovie Orang Gaji Puaka, Sinopsis Penuh Telefilem Orang Gaji Puaka, Novel Orang Gaji Puaka, Karya Daisy Zahra, adaptasi novel seram terbaik anugerah buku negara 2017, Senarai Pelakon Telefilem Orang Gaji Puaka, Sasqia Dahuri, Marissa Yasmin, Riz Amin, Meor Mohd, Puteri Rafasya, Poster Telefilem Orang Gaji Puaka,
Telefilem Orang Gaji Puaka Lakonan Sasqia Dahuri, Riz Amin dan Marissa Yasmin

Telefilem Orang Gaji Puaka telah pun disiarkan di Astro Citra pada 7 September 2019 yang lalu. Telefilem ini adalah adaptasi daripada Novel Orang Gaji Puaka karya Daisy Zahra yang merupakan novel seram terbaik anugerah buku negara 2017. Antara pelakon telefilem Orang Gaji Puaka ini adalah Sasqia Dahuri, Marissa Yasmin, Riz Amin, Meor Mohd, Puteri Rafasya dan ramai lagi. Aku dah tengok telemovie Orang Gaji Puaka ni, boleh tahan best juga, aku suka tengok lakonan Marissa Yasmin dalam telefilem ini iaitu sebagai Mariam atau Kak Yam. Seram dan seriau kalau dapat orang gaji perangai macam tu hehe. Selain itu telefilem Orang Gaji Puaka ini diarahkan oleh Feroz Kader dan diterbitkan oleh FJ Pictures Sdn Bhd. Apa pun jom tengok sinopsis telemovie ini di bawah okey..




Sinopsis 
Telefilem Orang Gaji Puaka


Sara (Sasqia Dahuri) dikatakan hanya jatuh tangga, tapi kecederaannya yang membawa kepada koma menimbulkan tanda tanya. Sara mempunyai seorang anak perempuan yang masih kecil bernama Mia (Puteri Rafasya) dan suami Sara iaitu Irham (Riz Amin) banyak bergantung pada orang gaji mereka iaitu Kak Yam (Marissa Yasmin) untuk menguruskan rumah dan juga menjaga Mia. Irham juga turut mencari orang gaji baru untuk membantu Kak Yam tapi hampir semua orang gaji baru tersebut akan menghilangkan diri selepas bekerja di situ. Hanya Kak Yam saja yang kekal bekerja disitu, Irham juga turut mengalami kejadian pelik dan dia dinasihati oleh Shahrul (Meor Mohd), kawan baik Irham untuk pergi berjumpa ustaz. Shahrul juga berasa curiga dengan orang gaji Irham iaitu Kak Yam dan turut menyuruh Irham untuk membawa ustaz datang ke rumahnya itu. Namun Irham enggan kerana dia terlalu mempercayai Kak Yam dan yakin kak Yam adalah orang yang baik. Ketika sedang koma, Sara bermimpi yang dia menjadi orang gaji baru di rumahnya itu, melalui mimpi itu dia mengetahui apa yang berlaku pada semua orang gajinya yang terdahulu dan kemudian dia tersedar daripada koma. Setelah sedar dari koma, Sara tidak begitu mempedulikan mimpinya itu kerana ia sekadar mimpi saja dan Kak Yam juga melayannya dengan baik. Setelah pulang ke rumah, Sara mula diganggu dengan kelibat misteri yang seakan - akan cuba memberitahunya sesuatu. Apa sebenarnya yang berlaku?..

Jom Baca Ini juga ➔ Baca Online Novel Cinta Belum Tamat Tempoh
➔ Review Drama Korea The Fiery Priest


~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~

4 ulasan:

  1. Syg dah terlepas tayangan...

    BalasPadam
  2. alaa bestnyaa jalan cerita dia. nak tgok laa


    blogwalking sini ya dari https://theathra.blogspot.com/

    BalasPadam



My Random Post