6 Ogo 2019

Apa Yang Aku Beli Guna Duit Google Adsense Part 2




Apa Yang Aku Beli Guna Duit Google Adsense Part 2, Laptop Asus, Repair Laptop Di Kedai Komputer, Google Adsense, Format Laptop,

Kalau dalam entry INI aku ada cerita apa yang aku beli guna duit Google Adsense tu masa dapat second payment tu. Kali ini untuk bayaran ketiga dari Google Adsense tu aku decide untuk repair laptop lama aku. Laptop lama aku tu jenama Asus dan takdelah rosak mana pun, tapi rasanya laptop tu ada banyak virus, plus charger laptop tu pun hilang, mana entah aku letak, cari - cari tak jumpa kot. Jadi aku hantar laptop aku tu ke kedai komputer untuk diformat semula, pastu beli charger baru and repair sekali keyboard laptop tu yang dah banyak terkeluar hahaha. Jadi jumlah kos repair laptop tu semua adalah RM250. Baki duit Google Adsense tu, adalah aku beli barang -barang sikit kan. Kalau tak ada halangan Insyaallah pertengahan Ogos ini boleh cash out lagi Google Adsense buat kali keempat. Moga - moga bertambah rezeki untuk kita semua, amin...



2 ulasan:



My Random Post