9 Okt 2018

Sinopsis Drama Korea Miss Hammurabi




Miss Hammurabi, Ms Hammurabi, Korean Drama, Drama Korea, 2018, JTBC, Sinopsis Miss Hammurabi, Korean Drama Miss Hammurabi, 2018, Miss Hammurabi Cast, Pelakon Drama Korea Miss Hammurabi, Go Ara, L, Sung Dong Il, Ryu Deok Hwan, Lee Elijah, Lee Tae Sung, Cha Soo Yeon, Cha Soon Bae, Watak, Poster Drama Ms Hammurabi,
Sinopsis Drama Korea Miss Hammurabi

Okey kali ini aku nak kongsi sinopsis Drama Korea yang bertajuk Miss Hammurabi / Ms. Hammurabi dengan korang semua. Aku dah habis pun menonton drama ini dan drama ini mengisahkan tentang perjalanan hidup sebagai seorang judge / hakim. Selalunya kita dah biasa tengok drama - drama yang berkisarkan tentang peguam dan kali ini kita dapat menonton pula tentang drama - drama yang berkisarkan hakim pula. Sesuatu yang baru gitu, tambahan lagi ini kali pertama aku menonton drama yang mengisahkan tentang hakim / judge di mahkamah. Memang menarik jalan cerita drama ini, jadi memang berbaloi menonton drama Korea Miss Hammurabi yang mempunyai 16 episod ini. Apa pun jom tengok siapa pelakon drama ini serta watak - watak yang mereka bawakan di bawah ini okey.

Senarai Pelakon dan Watak - Watak Dalam Drama Miss Hammurabi

Go Ara sebagai Park Cha Oh Reum 
L sebagai Im Ba Reun
Sung Dong Il sebagai Han Se Sang
Ryu Deok Hwan sebagai Jung Bo Wang
Lee Elijah sebagai Lee Do Yeon
Lee Tae Sung sebagai Min Yong Joon
Cha Soo Yeon sebagai Hong Eun Ji
Cha Soon Bae sebagai Sung Gong Choong




Sinopsis Miss Hammurabi - Korean Drama

Mengisahkan hakim newbie iaitu Park Cha Oh Reum yang baru masuk bekerja dan berada dalam team Hakim Senior Han Se Sang. Selain Park Cha Oh Reum, hakim Im Ba Reun turut berada dalam team hakim Han Se Sang, tapi Im Ba Reun sudah mempunyai sedikit pengalaman menjadi hakim berbanding Park Cha Oh Reum yang masih baru. Lebih menarik lagi bila Im Ba Reun dan Park Cha Oh Reum sudah saling mengenali antara satu sama lain kerana mereka satu sekolah. Im Ba Reun agak terkejut melihat personaliti P.C.Oh Reum yang berubah dengan drastiknya berbanding zaman sekolah dulu, Park Cha Oh Reum kini sangat ceria, banyak cakap, sentiasa tersenyum, yakin dan teguh berpegang dengan prinsipnya. Park Cha Oh Reum berpegang kuat dengan prinsip "An eye for an eye, and a tooth for a tooth." dan berazam untuk mengubah dunia dengan caranya sendiri. Im Ba Reun berasa risau dan yakin Park Cha Oh Reum akan mengalami banyak masalah jika dia masih berpegang dengan prinsipnya itu kerana dunia kehakiman itu tidak seindah yang disangka.
Miss Hammurabi, Ms Hammurabi, Korean Drama, Drama Korea, 2018, JTBC, Sinopsis Miss Hammurabi, Korean Drama Miss Hammurabi, 2018, Miss Hammurabi Cast, Pelakon Drama Korea Miss Hammurabi, Go Ara, L, Sung Dong Il, Ryu Deok Hwan, Lee Elijah, Lee Tae Sung, Cha Soo Yeon, Cha Soon Bae, Watak, Poster Drama Ms Hammurabi,
Ketika baru bertugas, Park Cha Oh Reum memang kelihatan bersemangat dan ingin membantu semua orang. Malah dia juga seorang yang sangat berani menyuarakan pendapatnya secara terbuka dan membuatkan orang atasannya tidak menyenangi sikap dan personalitinya. Malah Park Cha Oh Reum juga sentiasa menimbulkan masalah pada kumpulannya. Manakala Im Ba Reun pula sentiasa menasihati dan tidak setuju dengan tindakan yang diambil oleh P.C.O.Reum ini, tapi akhirnya tanpa disedari dia sentiasa berada di belakang P.C.O Reum dan menyokongnya. Pelbagai kes yang perlu diadili tapi keputusan setiap kes berkenaan tidak disukai oleh Park Cha Oh Reum kerana baginya ianya kelihatan tidak adil dan berat sebelah. Makin lama Park Cha Oh Reum makin banyak musuh dan dirinya turut dipulaukan oleh hakim yang lain. Lama - kelamaan Park Cha Oh Reum mula meragui dirinya sendiri, sama ada dia sesuai atau layak untuk menjadi seorang hakim / judge.

Han Se Sang pula seorang ketua yang baik dan sporting, walaupun kadangkala dia pening melayan kerenah Park Cha Oh Reum yang selalu bawa masalah padanya. Selain itu, siapa sangka yang Im Ba Reun sudah lama jatuh cinta pada Park Cha Oh Reum sejak zaman sekolah lagi. Tak lama kemudian Im Ba Reun memberanikan diri meluahkan perasaannya pada Park Cha Oh Reum dan Park Cha Oh Reum pula terpaksa menolak cinta Im Ba Reun kerana dia belum bersedia untuk bercinta. Penolakan tersebut membuatkan Im Ba Reun kecewa dan berasa menyesal kerana telah meluahkan perasaannya itu, sekaligus membuatkan suasana kerja antara mereka menjadi pelik, awkward dan kurang selesa. Apa yang berlaku seterusnya?..

5 ulasan:

  1. dah download cerita ni tapi tak tengok tengok


    jemput join ga sha ; http://www.shfyqhazhr.com/2018/10/giveaway-planner-2019-by-shfyqhazhrcom.html

    BalasPadam
  2. Mesti best...
    nieyl tgh layan drama lawless lawyer :)

    BalasPadam
  3. Mood mengkorea belum mai. A few dh baca review ttg drama ni, mmg dh msk to watch list 😊

    BalasPadam
  4. saya tengok sebab ada L jadi main lead. haha. cuci mata tengok dia :P

    BalasPadam



My Random Post