5 Sep 2018

Lazada Shopathon Blogger Contest

Lazada Shopathon Blogger Contest, Lazada Malaysia, Lazada Blogger Contest, 9.9 Festival Sale, Diskaun, Jualan Murah, Online Shopping, Sale Di Lazada, 2018,
Lazada Shopathon Blogger Contest

Hari ini aku nak join Lazada Shopathon Blogger Contest pula, untung - untung kalau ada rezeki dapatlah menang nanti kan hehe. Good news untuk semua sebab Lazada ada buat jualan hebat gitu iaitu 9.9 Festival Sale yang akan berlangsung pada 6 hingga 9 September 2018 ini. Wah jadi haruslah shopping di Lazada nanti kan, sebab barang - barang semua murah - murah belaka, memang rugi kalau tak shopping masa Lazada buat sale gempak ni kan. So save the date okey dan selamat bershopping di Lazada 9.9 Festival sale tu nanti okey. 

Select three products on Lazada that you have always wanted to buy. 

Berikut adalah 3 produk / barang yang aku teringin sangat nak beli hehe, jom tengok..

1) Urbanlite Echo 20 inch + 24 inch + 28 inch Spinner Hard Case Combo Bundle Luggage - Coffee ULH 7904
Lazada Shopathon Blogger Contest, Lazada Malaysia, Lazada Blogger Contest, 9.9 Festival Sale, Diskaun, Jualan Murah, Online Shopping, Sale Di Lazada, 2018, Travel Beg, Travel Luggage,

2) Electrolux 7.5kg Washing Machine ELE-EWF85743
Lazada Shopathon Blogger Contest, Lazada Malaysia, Lazada Blogger Contest, 9.9 Festival Sale, Diskaun, Jualan Murah, Online Shopping, Sale Di Lazada, 2018, Washing Machine, Mesin Basuh,

3) Midea 2 Door Refrigerator MD-232V (210L) - 5 Star Energy Saving
Lazada Shopathon Blogger Contest, Lazada Malaysia, Lazada Blogger Contest, 9.9 Festival Sale, Diskaun, Jualan Murah, Online Shopping, Sale Di Lazada, 2018, Midea 2 Door Refrigerator, Peti Ais,

Read More

4 Sep 2018

Tajul Tersingkir Dari Big Stage Minggu Ke - 5




Tajul, Big Stage, Tersingkir, Minggu Kelima Big Stage, Pertandingan Nyanyian, Penyanyi, Dominasi BBNU, Peserta Big Stage, Tajul Big Stage, Tajul Arif, Adik Achik Spin, 2018, Astro Ria, Biodata Tajul, Profil,
Tajul Tersingkir Di Minggu Kelima Big Stage

Ingatkan Tajul akan bertahan dalam pertandingan nyanyian Big Stage ini sebab undiannya selalu tinggi tapi tak sangka pula minggu ini tersingkir. Kesian juga pada Tajul sebab selalu kena kritik, tapi tahniah juga buat Tajul sebab berani mencuba dan berani masuk pertandingan walaupun dah popular kan. Minggu ini Tajul menyanyikan lagu Sulit yang merupakan nyanyian asal Aman Aziz dan mendapat pujian daripada juri jemputan Altimet. Selain Tajul, Ariff Bahran dan Afieq Shazwan turut berada di kedudukan bottom three. Minggu ini ramai peserta yang mendapat markah sederhana daripada juri dan hanya Baby Shima yang mendapat markah tertinggi untuk minggu kelima Big Stage ini. Baby Shima menyanyikan lagu Asalkan Kau Bahagia dan menukar music arrangement lagu tersebut menjadi rancak. Minggu ini terdapat kejutan juga dimana Dato Seri Siti Nurhaliza telah memilih lagu untuk para peserta Big Stage dan terdapat pusingan battle untuk para peserta nanti. Maklumlah selepas Tajuk keluar, jumlah peserta menjadi 6 peserta saja, jadi dah sesuailah untuk battle kan, dah macam Gegar Vaganza pula kan hehe.




Kalau Tajul tak tersingkir pada minggu ini, dia ditugaskan untuk menyanyikan lagu penglipurlara (Hazama) untuk minggu hadapan. Nampak macam Tajul tidak begitu selesa dengan lagu tersebut tapi nak buat macam mana kan, tersingkir pula, tak ada rezeki, Apa pun jom tengok biodata ringkas Tajul di bawah ini okey..


Profil / Biodata Tajul


Nama Penuh: Tajul Arif Noor B. Md Shari
Tarikh Lahir: 1 April 1998
Umur: 20 tahun
Asal: Felda Sendayan, Negeri Sembilan
Label: FMC Music
Senarai Lagu - Lagu nyanyian Tajul : Sedalam Dalam Rindu, Melamar Rindu, Hasrita, Kembalilah Rindu, Disana Cinta Disini Rindu (duet bersama Wany Hasrita), Rindu Dalam Benci (duet bersama Wany Hasrita)
Read More

2 Sep 2018

Movie Review - Happy Death Day




Happy Death Day, Filem, Movie, English Movie, Movie Review, 2017, Pelakon, Happy Death Day Cast, Jessica Rothe, Israel Broussard, Ruby Modine, Rachel Matthews, Charles Aitken, Rob Mello, Suspen, Seram, Best, Happy Death Day Review, Happy Death Day 2, Prequel, Sinopsis Happy Death Day, My Opinion, My Favorite, 2018, Ending Happy Death Day,
Movie Review - Happy Death Day

Ikutkan dah lama dah tengok movie ni dan dah lama juga nak buat review movie ni tapi tak berkesempatan, baru sekarang dapat buat review simple tentang English Movie Happy Death Day ini. Khabarnya tak lama lagi akan ada Happy Death 2 yang merupakan prequel pada movie yang pertama ini. Antara pelakon movie Happy Death ini adalah Jessica Rothe, Israel Broussard, Ruby Modine, Rachel Matthews, Charles Aitken, Rob Mello dan ramai lagi. Filem ini diarahkan oleh Christopher B. Landon dan filem ini release pada Oktober 2017 yang lalu. Selain itu English Movie Happy Death Day ini mengisahkan tentang seorang pelajar kolej yang dibunuh ketika hari jadinya dan kemudian mula hidup di hari yang sama berulang kali. Hal ini menyebabkan pelajar berkenaan iaitu Theresa / Tree perlu mencari siapa pembunuhnya dan menghalang kematiannya. Setiap hari Tree akan hidup dan mati di hari yang sama berulang kali, macam - macam cara yang dia lakukan untuk cari pembunuhnya dan masa untuknya juga makin suntuk kerana dia makin lemah. 




Aku suka dengan jalan cerita movie ini yang suspen dan buat kita tertanya - tanya mengenai siapa pembunuh tree dan motif pembunuhan tu sendiri. Plot twist movie ini juga terbaik sebab tak sangka kan, ingatkan orang lain tapi suprise hahaha. Aku juga suka dengan perubahan sikap Tree yang awalnya pentingkan diri dan tak pedulikan perasaan orang lain mula berubah menjadi baik. Movie ini tak seram pun sebab lebih pada pembunuhan kan, selain itu mengikut dari pembacaan aku, sepatutnya ending movie ini lain dan original endingnya lebih sadis dan kejam tapi nasib baiklah ending tu tak jadi diguna pakai. Jadi ending Happy Death Day ini memang happy ending gitu, jadi memang best layan movie ini dan aku bagi 8.8/10 Bintang untuk movie ini.
Read More

27 Ogo 2018

Sissy Imann Tersingkir Dari Big Stage




Sissy Imann, Penyanyi, Pertandingan, Realiti TV, Pertandingan Nyanyian Big Stage, Big Stage, Astro, Tersingkir, Minggu Keempat Big Stage, Profil Sissy Imann, Biodata Sissy Imann, 2018, Lagu, Nyanyian, Juri Big Stage, Peserta Big Stage, Senarai Lagu Sissy Imann,
Sissy Iman Tersingkir Di Minggu Ke - 4 Big Stage

Konsert minggu ke - 4 Big Stage yang bertemakan "Tapi Bukan Aku" menyaksikan para peserta Big Stage perlu menyanyikan lagu di luar kebiasaan mereka. Jadi ada macam - macam lagu pelbagai bahasa yang dinyanyikan para peserta seperti lagu Arab, lagu Jawa / Jepun, lagu Kpop, lagu orang putih dan lain - lain lagi. Walaubagaimanapun nasib tak menyebelahi Sissy Iman apabila tersingkir setelah berada di kadudukan bottom three bersama Ariff Bahran dan Tajul. Sissy yang sentiasa konsisten setiap minggu gagal menyerlah di minggu ini serta mendapatkan kritikan daripada juri ketika menyampaikan lagu dangdut Senggol - Senggolan Cubit - Cubitan nyanyian asal Mas Idayu. Malah Mas Idayu turut menjadi juri jemputan untuk minggu ini. Antara isu yang menjadi perhatian netizen dalam minggu ke - 4 Big Stage ini adalah berkaitan Imuniti. Juri tetap Dato Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir ingin menggunakan imuniti pada minggu ini untuk menyelamatkan peserta yang tersingkir sekaligus menginginkan tiada peserta yang tersingkir pada minggu ini. Namun sebelum mengetahui peserta mana yang tersingkir, juri perlu memilih terlebih dahulu sama ada Sissy Iman, Ariff Bahran mahu pun Tajul untuk diselamatkan.




Hal tersebut membuatkan juri sedikit tidak puas hati, namun Faizal Tahir akhirnya memilih Ariff Bahran untuk diselamatkan kerana markahnya lebih tinggi dari markah Tajul dan Sissy Iman dan lebih adil. Actually aku agak excited nak tengok Tajul nyanyi lagu Amboi nyanyian asal Altimet tu, tapi aku setuju dengan juri yang Tajul kelihatan kurang bertenaga menyampaikan lagu Amboi itu. 
Antara peserta Big Stage pilihan aku yang aku rasakan menyerlah pada minggu ke - 4 ini adalah Sarah Suhairi yang menyanyikan lagu Kpop popular masa kini dari Blackpink itu. Cara dia menyanyi dan sebutan bahasa Korea tu memang sempurna, siap rapping dalam bahasa Korea, wah susah kot nak nyanyi lagu Korea, tergeliat lidah nak sebut semua perkataan tu, tapi Sarah Suhairi nyanyi releks je, siap menari walaupun kurang sihat sebab selsema. Penyanyi asal pun payah kot nak nyanyi live kan, selain itu aku suka juga dengan persembahan Baby Shima tu, walaupun aku tahu dia memang dah pernah rakam dan nyanyi lagu Mawar Putih Tanda Perpisahan ini dan lagu tersebut turut jadi lagu tema telemovie Mawar Putih Tanda Perpisahan lakonan Rosyam Nor dan Nad Zainal. Jadi aku memang dah agak Baby Shima boleh nyanyi lagu ni dengan baik dan sedap suara dia masa nyanyi lagu ini.

Persembahan Syafiq Farhain, Wani Kayrie dan juga Afieq Shazwan juga tak kurang hebatnya, semua menarik, rancak dan best. Minggu ke - 5 nanti entah siapa yang akan tersingkir kan?. Apa pun jom tengok Biodata Ringkas Sissy Iman di bawah ini okey..
Sissy Imann, Penyanyi, Pertandingan, Realiti TV, Pertandingan Nyanyian Big Stage, Big Stage, Astro, Tersingkir, Minggu Keempat Big Stage, Profil Sissy Imann, Biodata Sissy Imann, 2018, Lagu, Nyanyian, Juri Big Stage, Peserta Big Stage, Senarai Lagu Sissy Imann,
Biodata Sissy Imann

Nama Penuh: Sissy Imann Bt Mohammad Kamil​
Nama Komersil: Sissy Imann
Tarikh Lahir: 24 Oktober 1995​​
Umur: 23 tahun
Asal: Kuala Lumpur
Label: FMC Music
Senarai Lagu Nyanyian Sissy Iman: Mungkin Kamu, Jatuh, Keliru, Benar Ku Tak Bohong, Entah Apa Rasa Ft Eyza Bahra,

Read More

24 Ogo 2018

Sinopsis Telemovie Mimpi Sumi (NTV7)




Mimpi Sumi, Telemovie, Telefilem, Telemovie Mimp Sumi, 2018, Slot Luna, NTV7, Pedofilia, Child Abuse, Cast, Pelakon Telemovie Mimpi Sumi, Sazzy Falak, Redza Rosli, Alyssa Dezek, Melanie Tan, Zizan Nin, Telefilem Mimpi Sumi, Sinopsis Telemovie Mimpi Sumi, Lukisan, 2018,
Sinopsis Telemovie Mimpi Sumi (Slot Luna NTV7)

Telefilem Mimpi Sumi ini disiarkan di channel ntv7 dan antara pelakon telemovie Mimpi Sumi ini adalah Sazzy Falak, Redza Rosli, Alyssa Dezek, Melanie Tan, Zizan Nin dan ramai lagi. Telemovie Mimpi Sumi ini mengangkat kisah mengenai pedofilia dan kesannya pada sebuah keluarga. Bila tengok sinopsis telemovie ini membuatkan aku teringat satu lagi telemovie lama lakonan Elly Mazlein dan Azhar Sulaiman yang turut memfokuskan mengenai isu pedofilia ini. Maklumlah isu dalam telemovie seperti ini sangat jarang dipaparkan di Malaysia, walaubagaimanapun jalan cerita kedua - dua telemovie tersebut memang berbezalah kan. Berbalik pada telemovie mimpi sumi ini, aku suka dengan jalan ceritanya yang misteri dan suspen gitu, lakonan para pelakon juga terbaik. Selain itu telemovie ini diarahkan oleh Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamarudin dan diterbitkan oleh Aquila Emas Sdn Bhd. Apa pun jom tengok sinopsis telemovie ini, okey..




Sinopsis Telemovie Mimpi Sumi Slot Luna NTV7

Keluarga baru Daniella (Sazzy Falak) cukup bahagia apabila anaknya Eyda (Alyssa Dezek) and suami barunya Asyar (Redza Rosli) serasi bersama. Eyda gemar melukis dan selalu menunjukkan lukisannya pada ibunya, walaubagaimanapun Daniella gagal memahami maksud di sebalik lukisan yang cuba disampaikan oleh anaknya itu. Bagi Daniella dia merasakan dirinya bertuah kerana mendapat suami sebaik Asyar yang sangat memahami dan baik hati. Keadaan sedikit kecoh bila bekas suami Daniella iaitu Haikal (Zizan Nin) tiba - tiba muncul dan ingin berjumpa dengan anaknya iaitu Eyda. Daniella yang yakin Haikal sudah berubah menjadi baik cuba menemukan Eyda dengan Haikal secara perlahan - lahan dan meminta Haikal untuk memberinya masa. Tak lama kemudian Daniella menemui anaknya Eyda mati selepas terjatuh dari tingkat atas rumah mereka.
Mimpi Sumi, Telemovie, Telefilem, Telemovie Mimp Sumi, 2018, Slot Luna, NTV7, Pedofilia, Child Abuse, Cast, Pelakon Telemovie Mimpi Sumi, Sazzy Falak, Redza Rosli, Alyssa Dezek, Melanie Tan, Zizan Nin, Telefilem Mimpi Sumi, Sinopsis Telemovie Mimpi Sumi, Lukisan, 2018,
Daniella tidak dapat menerima kematian Eyda dan menjadi kurang waras, manakala Haikal pula marah dan menyalahkan Daniella kerana tidak menjaga Eyda dengan baik. Asyar pula sentiasa bersabar melayan kerenah Daniella yang tidak begitu waras. Akhirnya setelah beberapa lama barulah Daniella menjadi dirinya semula dan mula bekerja seperti biasa. Daniella turut membawa satu lukisan Eyda untuk diletakkan di pejabatnya. Namun kawan baiknya yang meneliti lukisan Eyda mula curiga dengan maksud lukisan tersebut. Daniella mula berasa tidak sedap hati dan merasakan anaknya itu pernah dicabul oleh seseorang. Akhirnya Daniela merujuk semua lukisan Eyda itu pada doktor psikiatri, apa yang berlaku seterusnya?.
Read More

23 Ogo 2018

Penyanyi Bertanding Dalam Program Big Stage




Artis Malaysia, Penyanyi, Penyanyi Malaysia, Penyanyi Baru, Dominasi BBNU, Budak - Budak Baru Nak Up, Pertandingan, Big Stage, Astro, 2018, Program Big Stage, Realiti TV, Pertandingan Nyanyian, Senarai Peserta Big Stage, Ariff Bahran, Fara Hazel, Andi Bernadee, Baby Shima, Tajul, Afieq Shazwan, Sarah Suhairi, Wani Kayrie, Syafiq Farhain, Sissy Iman, Tersingkir, Finalis Big Stage, Final Big Stage, Lagu, Nyanyian, Lagu Best, Penghibur, Juri Tetap, Dato Seri Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, Hos Big Stage, Alif Satar, Sherry Al - Hadad,
10 Penyanyi Baru Berentap Dalam Program Big Stage 

Program realiti nyanyian Big Stage berjaya menghimpunkan 10 penyanyi baru yang lebih dikenali dengan gelaran budak - budak baru nak up untuk bertanding sesama mereka. Antara peserta Big Stage ini adalah Ariff Bahran, Fara Hazel, Andi Bernadee, Baby Shima, Tajul, Afieq Shazwan, Sarah Suhairi, Wani Kayrie, Syafiq Farhain dan Sissy Iman. Hos untuk program Big Stage ini adalah Alif Satar dan Sherry Al - Hadad, manakala juri tetap Big Stage ini adalah Dato Seri Siti Nurhaliza dan juga Faizal Tahir. Ahad ini berlangsung minggu ke 4 program Big Stage dan kelihatan Sarah Suhairi sering dipuji juri disebabkan persembahannya yang menarik. Sissy Iman pula sering mendapat markah yang tinggi daripada juri, apa pun para peserta yang lain turut memberikan saingan yang sengit. Susah nak agak siapa yang akan ke final Big Stage nanti kan, minggu ketiga Big Stage agak menarik sebab bertemakan Duet jadi meriahlah pentas tu dengan kehadiran ramai artis kan.




Apa pun memang enjoy menonton Big Stage ini, setakat ini sudah ada beberapa peserta yang tersingkir iaitu Farah Hazel tersingkir di minggu kedua Big Stage yang ketika itu menyanyikan lagu Cinta Tersimpul Rapi yang merupakan nyanyian asal Anis Suraya. Manakala Andi Bernadee pula tersingkir di minggu ketiga yang ketika itu menyanyikan lagu Tak Pernah Hilang nyanyian asal Kaer dan Amylea. Ariff Bahran hampir - hampir tersingkir di minggu pertama Big Stage tapi dia terselamat bila tiada penyingkiran di minggu pertama. Juri jemputan juga bertukar setiap minggu iaitu Noh Salleh di minggu pertama, diikuti Tomok dan Mark Adam di minggu ketiga Big Stage. #BigStage #DominasiBBNU
Artis Malaysia, Penyanyi, Penyanyi Malaysia, Penyanyi Baru, Dominasi BBNU, Budak - Budak Baru Nak Up, Pertandingan, Big Stage, Astro, 2018, Program Big Stage, Realiti TV, Pertandingan Nyanyian, Senarai Peserta Big Stage, Ariff Bahran, Fara Hazel, Andi Bernadee, Baby Shima, Tajul, Afieq Shazwan, Sarah Suhairi, Wani Kayrie, Syafiq Farhain, Sissy Iman, Tersingkir, Finalis Big Stage, Final Big Stage, Lagu, Nyanyian, Lagu Best, Penghibur, Juri Tetap, Dato Seri Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, Hos Big Stage, Alif Satar, Sherry Al - Hadad,
Peserta Big Stage Yang Layak ke Minggu ke - 4

Read More

19 Ogo 2018

Sinopsis Telemovie Retak (Cerekarama TV3)




Retak, Telemovie, Telefilem, Telemovie Retak, Cerekarama Retak, TV3, Kisah Sedih, Cancer, Pregnant, 2018, Sinopsis Telefilem Retak, Pelakon Telemovie Retak, Azrel Ismail, Ayda Jebat, Riz Amin, Liza Rafar, Shariza Mahmud,
Sinopsis Telemovie Retak Lakonan Ayda Jebat - Cerekarama TV3

Telemovie Retak sudah pun disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada 18 Ogos yang lalu, telefilem Retak ini disiarkan bersempena hari raya Aidiladha tak lama lagi. Antara pelakon telemovie Retak ini adalah Azrel Ismail, Ayda Jebat, Riz Amin, Liza Rafar, Shariza Mahmud dan ramai lagi. Manakala pengarah telemovie Retak ini adalah Azman Hj Yahya dan diterbitkan oleh JS Pictures Sdn Bhd. Memang menarik telemovie ini, sedih jalan ceritanya, plus ada Ayda Jebat gitu. Apa pun jom tengok sinopsis ringkas telemovie ini di bawah ye.




Sinopsis Telemovie Retak Lakonan Ayda Jebat dan Azrel Ismail 

Mengisahkan tentang pasangan bahagia Iskandar dan Saida, namun kebahagiaan dan rumah tangga mereka diuji selepas Saida beberapa kali mengalami keguguran. Atas nasihat doktor, Saida tidak digalakkan untuk mengandung lagi dan hal ini membuatkan Saida berasa rendah diri dan sedih. Orang sekeliling pula menghasut dan menjadi batu api supaya Iskandar meninggalkan Saida. Awalnya Iskandar sangat positif dan memberi sokongan pada Saida namun tak lama kemudian Iskandar mula berubah sikap dan membuatkan Saida menderita, walaubagaimanapun Saida nekad dengan keputusannya. Apa yang berlaku seterusnya?
Retak, Telemovie, Telefilem, Telemovie Retak, Cerekarama Retak, TV3, Kisah Sedih, Cancer, Pregnant, 2018, Sinopsis Telefilem Retak, Pelakon Telemovie Retak, Azrel Ismail, Ayda Jebat, Riz Amin, Liza Rafar, Shariza Mahmud, Retak Main Cast,
Read More

18 Ogo 2018

Segmen Bloglist Blog Nieyl

Segmen Bloglist Blog Nieyl, Blogger Segmen, Blog,

Hari ini aku nak join Segmen Bloglist Blog Nieyl dan tarikh tutup segmen bloglist ini adalah pada 19 Ogos. Jadi cepat - cepat join okey, aku pun last minit join ni..Hope blog ini terpilih masuk bloglist Nieyl tu hehehe. Good Luck untuk semua..



Read More

15 Ogo 2018

Drama Cinta Lemon Madu (Lestary TV3)




Cinta Lemon Madu, Drama Cinta Lemon Madu, Drama Melayu, 2018, Drama Bersiri, Slot Lestary, TV3, Cinta Lemon Madu Cast, Pelakon Drama Cinta Lemon Madu, Aidil Aziz, Riena Diana, Ruhainies, Eyra Hazali, Epy Kodiang, Kazar Saisi, Mubarak Majid, Helvera Susanti, Siti Noor Fadilla, Eylla Diefila, Zya Naziha, Carolia, Sweet, Cinta,
Drama Cinta Lemon Madu Lakonan Aidil Aziz & Ruhaines

Drama Cinta Lemon Madu telah disiarkan di Slot Lestary TV3 bermula 8 Ogos yang lalu menggantikan Drama Andainya Takdir 2. Antara barisan pelakon - pelakon drama Cinta Lemon Madu ini adalah Aidil Aziz, Riena Diana, Ruhainies, Eyra Hazali, Epy Kodiang, Kazar Saisi, Mubarak Majid, Helvera Susanti, Siti Noor Fadilla, Eylla Diefila, Zya Naziha, Carolia dan ramai lagi. Setahu aku drama Cinta Lemon Madu ini telah disiarkan lebih awal di portal Tonton dan baru sekarang drama ini disiarkan di TV pula. Pelakon Riena Diana pun ada berlakon dalam drama ini juga, kalau ada yang ingat, Riena Diana ini famous dengan watak Dr Qhadeeja menerusi drama Nur yang disiarkan di TV3 pada bulan Ramadan yang lalu. Episod drama Cinta Lemon Madu ini juga tak panjang sangat, hanya 13 episod saja, jadi bolehlah layan kan, plus jalan ceritanya juga nampak menarik gitu.




Sinopsis Drama Cinta Lemon Madu Lakonan Aidil Aziz & Ruhaines

Firash (Aidil Aziz) telah diambil sebagai anak angkat dalam keluarga berada semenjak kematian ibunya dari kecil. Haida, adik angkat Firash telah dijodohkan untuk berkahwin dengannya kerana ibu mereka risaukan kenakalan Haida (Ruhainies). Sikap Haida yang masih muda dan masih mahu berseronok tidak disenangi Firash dan Firash sentiasa rasa terabai. Sehinggalah Firash berjumpa dengan Aisyah (Riena Diana) ketika menyelamatkannya dari peragut, Firash mula terjatuh hati kepada Aisyah. Apa yang berlaku seterusnya?.
Read More

13 Ogo 2018

Blogwalking Time #August2018

Blogwalking Time #August2018, Segmen Blogwalking Bulan Ogos, Blogwalking, Bloglist, Blogger Segmen,

Hari ini aku nak join segmen Blogwalking Time #August2018 yang dianjurkan oleh Nadia Farhana. Syarat penyertaan juga sangat mudah dan simple, bloglist akan diupdate sehingga 31 August 2018, so cepat - cepat join okey. Kalau nak join boleh klik Banner ye, selamat berblogwalking.


Read More

9 Ogo 2018

Episod Akhir Drama Jangan Benci Cintaku




Jangan Benci Cintaku, Drama Jangan Benci Cintaku, Slot Akasia, TV3, Novel Jangan Benci Cintaku, Novelis Emy Roberto, Drama Adaptasi Novel, Drama Melayu, Drama Bersiri, Poster, Jangan Benci Cintaku Cast, Senarai Pelakon, Saharul Ridzwan, Zahirah Macwilson, Niena Baharun, Luqman Hafidz, Izzue Islam, Amelia Henderson, Daler Yusuf, Dilla Ahmad, Esma Dainal, Azizah Mahzan, Azhar Amir, Catriona Ross, Episod Akhir Drama Jangan Benci Cintaku, Watak, Poster Drama, Sinopsis Episod 28 Drama Jangan Benci Cintaku, Watak, Fika, Shah, Husna, Nek Pah, Irwan, Syazwi, Damia, Faris, Ending Drama Jangan Benci Cintaku, Happy Ending, 2018,
Episod Akhir Drama Jangan Benci Cintaku

Akhirnya drama Jangan Benci Cintaku melabuhkan tirainya dan episod terakhir drama ini iaitu episod 28 telah pun disiarkan pada 7 Ogos yang lalu. Selepas ini drama Cinta Bukan Kristal lakonan Sharnaaz Ahmad, Ayda Jebat dan Nina Iskandar akan bersiaran bagi menggantikan drama Jangan Benci Cintaku ini. Berbalik pada episod akhir drama ini memang dramatik sikit di permulaan cerita namun tetap happy ending gitu, siap ada plot twist gitu. Jalan cerita episod akhir drama Jangan Benci Cintaku ini bermula dengan Husna (lakonan Niena Baharun) yang dikatakan cuba membunuh diri, namun doktor mengesahkan yang Husna tidak membunuh diri tapi dia cenderung untuk mencederakan diri sendiri dan merupakan masalah mental juga. Shah (lakonan Saharul Ridzwan) serba salah dan tidak mahu meninggalkan Husna sendirian, namun Faris (lakonan Luqman Hafidz) berjaya menyakinkan Shah untuk ke Perth dan berjumpa dengan Fika (lakonan Zahirah Macwilson). Husna juga marah bila Shah tiada disisinya manakala Syazwi mengalah dan cuba membuat Shah dan Fika untuk berdamai dan berbaik semula. Shah berterus - terang dan menelefon Husna di depan Fika dan memberitahu Husna yang hubungan mereka putus.




Namun tindakan Shah itu tidak disenangi Fika kerana Shah senang - senang saja campak Husna ke tepi bila dah tak diperlukan. Manakala Damia (lakonan Amelia Henderson) pula respek dan jatuh hati dengan Syazwi (lakonan Izzue Islam) yang gentleman meninggalkan Fika untuk kebahagiaan Fika dan Shah, walaupun hati Syazwi terluka. Akhirnya Fika memaafkan Shah dan kembali bersama, manakala Husna pula pergi berjumpa Nek Pah (lakonan Azizah Mahzan) dan Nek Pah pula berhati - hati dan cuba menjaga hati dan perasaan Husna kerana Nek Pah tahu yang Husna sakit. Namun Husna mula marah bila terdengar perbualan Nek Pah dan ibu Shah dan akhirnya Husna bertindak untuk mencari Fika. Setelah berjumpa Fika, Husna gagal mengawal emosinya dan cuba mencederakan Fika dan kelihatan Fika hampir - hampir keguguran, namun nasib baik kandungannya selamat. Shah makin membenci Husna, manakala Husna sedar akan kesilapannya dan meminta maaf pada Fika dan Fika memaafkannya. Selain itu kelihatan Syazwi dan Damia makin rapat dan 9 bulan kemudian Fika pun bersalin dan bahagia dengan hidupnya. Tak lama kemudian ketika keluar bersama Shah, Fika terserempak dengan Husna dan kelihatan Husna makin ceria gitu.
Jangan Benci Cintaku, Drama Jangan Benci Cintaku, Slot Akasia, TV3, Novel Jangan Benci Cintaku, Novelis Emy Roberto, Drama Adaptasi Novel, Drama Melayu, Drama Bersiri, Poster, Jangan Benci Cintaku Cast, Senarai Pelakon, Saharul Ridzwan, Zahirah Macwilson, Niena Baharun, Luqman Hafidz, Izzue Islam, Amelia Henderson, Daler Yusuf, Dilla Ahmad, Esma Dainal, Azizah Mahzan, Azhar Amir, Catriona Ross, Episod Akhir Drama Jangan Benci Cintaku, Watak, Poster Drama, Sinopsis Episod 28 Drama Jangan Benci Cintaku, Watak, Fika, Shah, Husna, Nek Pah, Irwan, Syazwi, Damia, Faris, Ending Drama Jangan Benci Cintaku, Happy Ending, 2018,
Manakala Shah terserempak dengan Faris di tandas, jadi ramai juga penonton yang terkejut dan tak menyangka yang Faris akan bercinta dengan Husna sebab sebelum ini diorang boleh dikatakan bermusuh. Ingatkan Faris dengan Damia kan, tapi boleh pula ada twist sikit di ending drama Jangan Benci Cintaku ini. Jadi last sekali happy ending sebab Fika dan Shah hidup bahagia hehe. Walaubagaimanapun pelik juga bila watak Irwan tidak diceritakan langsung di episod akhir drama ini. Bila baca di tweet di Twitter ramai juga yang menyampah dengan watak Shah ini sebab lemah dan tak dapat buat keputusan dan akhirnya 2 perempuan terseksa disebabkan tindakannya itu. Apa pun memang syok layan drama ini, tertanya - tanya juga adakah drama Cinta Bukan Kristal mampu mengulang kejayaan drama ini sebab fokus utama drama tersebut adalah tentang orang ketiga juga.

Read More


My Random Post