Memaparkan catatan dengan label Spoiler. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Spoiler. Papar semua catatan

1 Jun 2018

Sinopsis Drama Korea - My Mister

My Mister, Sinopsis My Mister, Sinopsis Drama Korea My Mister, 2018, Korean Drama, Drama Korea, TVN, Korean Drama My Mister, Pelakon Drama Korea My Mister, Lee Sun Kyun, IU, Park Ho San, Song Sae Byeok, Lee Ji Ah, Kim Young Min, Chang Ki Yong, Ahn Seung Kyoon,
Sinopsis Drama Korea - My Mister

Korean Drama My Mister ini adalah drama yang paling latest yang aku tengok, drama Korea My Mister ini disiarkan di TVN dan dilakonkan oleh Lee Sun Kyun, IU, Park Ho San, Song Sae Byeok, Lee Ji Ah, Kim Young Min, Chang Ki Yong, Ahn Seung Kyoon dan ramai lagi. Drama Korea My Mister ini mempunyai 16 episod dan merupakan drama terbaru IU selepas drama Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini ye.




Sinopsis Drama Korea - My Mister

Mengisahkan 2 Insan iaitu Park Dong Hoon (40-an) dan Lee Ji An (20-an) yang tertekan dan berdepan saat sukar dalam hidup mereka. Park Dong Hoon (Lee Sun Kyun) sudah berkahwin dengan Kang Yoon Hee dan mempunyai seorang anak lelaki yang masih kecil, isterinya seorang peguam dan Park Dong Hoon juga mempunyai 2 adik beradik lelaki iaitu Park Sang Hoon dan Park Ki Hoon. Abang sulungnya menganggur kerana perniagaannya telah bankrup manakala adik lelakinya pula tidak menentu kerjanya. Ibu dan adik - beradik Park Dong Hoon mengharapkan Dong Hoon akan terus bekerja di syarikat pembinaan yang terkemuka itu dan memujuknya supaya bertahan lama di syarikat berkenaan. Manakala Park Dong Hoon tidak gembira bekerja sebagai pengurus di syarikat berkenaan kerana merasakan dirinya seolah - olah tidak dihargai walaupun telah bekerja disitu hampir 20 tahun. Dirinya juga tidak dinaikkan pangkat walaupun berkelayakan, hal ini kerana Park Dong Hoon tidak suka membodek orang atasannya dan buat halnya sendiri saja, malah dirinya juga terkenal dengan sikapnya yang baik hati, jujur dan amanah. Tanpa dia sangka isterinya telah curang dengannya dan ada affair dengan Do Joon Young yang merupakan CEO di syarikat tempat dia bekerja.

Do Joon Young sengaja mencari jalan supaya Park Dong Hoon dapat dipecat dari syarikat tersebut. Manakala Lee Ji An (IU) pula berdepan dengan situasi yang sukar apabila sering diganggu dengan ceti haram / along yang bernama Kwang Il (Chang Ki Yong). Malah Lee Ji An juga harus menyara dan menjaga neneknya yang sakit dan tidak boleh berjalan, Lee Ji An juga mempunyai sejarah silam yang gelap apabila dia pernah membunuh ayah Kwang Il kerana telah menggangu keluarganya, namun dia didapati tidak bersalah dan dilepaskan. Disebabkan itulah Kwang Il sering menggangunya serta memukulnya sesuka hatinya kerana Lee Ji An telah membunuh ayahnya, namun dalam masa yang sama dia juga menyukai Lee Ji An. Lee Ji An terpaksa mencari wang yang banyak untuk membayar hutang Along itu jika tidak dia akan terus diganggu oleh mereka. Lee Ji An bekerja di syarikat yang sama dengan Park Dong Hoon namun dia tidak mempunyai kawan disitu dan hanya buat halnya sendiri saja. Sesuatu telah terjadi dan menyebabkan Lee Ji An terpaksa melibatkan dirinya dalam urusan Park Dong Hoon, malah Lee Ji An juga telah membuat tawaran pada Do Joon Young untuk membuat Park Dong Hoon dipecat, selepas dia mengetahui rahsia Do Joon Young yang ada affair dengan isteri Park Dong Hoon.
My Mister, Sinopsis My Mister, Sinopsis Drama Korea My Mister, 2018, Korean Drama, Drama Korea, TVN, Korean Drama My Mister, Pelakon Drama Korea My Mister, Lee Sun Kyun, IU, Park Ho San, Song Sae Byeok, Lee Ji Ah, Kim Young Min, Chang Ki Yong, Ahn Seung Kyoon,
Lee Ji An meminta sejumlah wang yang banyak dari Do Joon Young sebagai upahnya dan mula menjalankan tugasnya untuk rapat dengan Park Dong Hoon. Lee Ji An meminta Park Dong Hoon  belanjanya makan malam untuk satu bulan atas bantuannya sebelum ini, namun Park Dong Hoon tidak selesa untuk keluar berdua dengan Lee Ji An. Selain itu Lee Ji An juga telah wiretapping handphone Park Dong Hoon dan membolehkan dia mendengar segala perbualan Park Dong Hoon secara langsung serta dapat merakamnya. Lee Ji An selalu menghabiskan masanya mendengar segala perbualan Park Dong Hoon, sekaligus mengetahui semua perkara yang terjadi dalam hidup Park Dong Hoon. Semakin lama Lee Ji An mendengar segala perbualan tersebut semakin dia sedar yang Park Dong Hoon seorang lelaki yang amat baik. Malah Lee Ji An mula berasa simpati pada Park Dong Hoon. Malah Park Dong Hoon juga turut membantu Lee Ji An dalam menguruskan hal ehwal neneknya itu. Tanpa Lee Ji An sedar, dia secara tidak sengaja mula jatuh hati pada Park Dong Hoon dan dari ingin menjatuhkan Park Dong Hoon, dia mula berpihak pada Park Dong Hoon dan membantu Park Dong Hoon untuk terus kekal di syarikat tersebut.

Do Joon Young mahukan Lee Ji An terus rapat dengan Park Dong Hoon supaya skandal antara mereka boleh membuatkan Park Dong Hoon dipecat. Namun disebabkan Lee Ji An yang telah berpaling tadah, semua rancangan Do Joon Young tidak menjadi. Keadaan makin rumit apabila Park Dong Hoon mengetahui mengenai kecurangan isterinya itu, namun berpura - pura di depan isterinya, seolah - olah dia tidak tahu apa - apa. Dalam masa yang sama Lee Ji An tahu Park Dong Hoon tengah mengalami saat yang sukar dan cuba memberikan kata - kata semangat padanya untuk teruskan hidup. Lee Ji An turut meluahkan rasa cintanya pada Park Dong Hoon namun cintanya itu tidak berbalas kerana Park Dong Hoon seorang lelaki yang setia dan jujur, tidak mungkin Park Dong Hoon dapat membalas cintanya itu, tambahan lagi jarak usia mereka yang terlalu jauh dan Park Dong Hoon masih lagi suami orang. Apa yang bakal berlaku seterusnya? bolehkah mereka bersatu? akan bahagiakah mereka nanti?.



Read More

5 Mei 2018

Ending Season 8 The Walking Dead




The Walking Dead, Season 8, Season 9, Sinopsis Season 8 The Walking Dead, Ending Season 8 The Walking Dead, My Favorite, Drama Inggeris, English Series, 2018, Pelakon The Walking Dead, The Walking Dead Season 8 Cast, Andrew Lincoln, Norman Reedus, Lauren Cohan, Chandler Riggs, Danai Gurira, Melissa McBride, Lennie James, Alanna Masterson, Josh McDermitt, Christian Serratos, Seth Gilliam, Ross Marquand, Jeffrey Dean Morgan, Austin Amelio, Tom Payne, Pollyanna McIntosh,
Sinopsis & Season 8 Finale The Walking Dead

Tamat sudah musim kelapan english series The Walking Dead ini, aku dah follow drama ini dari season 1 lagi. Dalam entry ini akan ada banyak spoiler okey tentang segalanya yang berlaku dalam musim kelapan ini. Dalam season 8 ini menyaksikan Team Rick menentang Team Negan (Saviors). Aku masih ingat lagi di awal season 7 telah menunjukkan Negan membunuh Glenn dan Abraham dengan amat kejam sekali sekaligus memaksa Rick (lakonan Andrew Lincoln) and the geng mengikut saja arahan Negan (lakonan Jeffrey Dean Morgan)  dan ahli kumpulannya yang diberi nama The Saviors. Akibat tidak tahan dengan kekejaman Saviors, Rick memutuskan untuk berperang habis - habisan dengan Negan dan Saviors. Bermula season 8 ini team Rick bergabung dengan komuniti lain iaitu dari Hilltop dan The Kingdom untuk berperang dengan Saviors. Di penghujung musim ke -8 barulah team Oceanside membuat keputusan untuk membantu team Rick menentang team Negan. Tanpa disangka anak lelaki Rick iaitu Carl (lakonan Chandler Riggs) mati dan Carl sempat menasihati ayahnya dalam surat yang ditinggalkannya. Manakala orang kanan Negan iaitu Simon telah membunuh semua anggota kumpulan The Scavengers, cuma ketuanya saja yang terselamat iaitu Jadis / Anne (lakonan Pollyanna McIntosh).



Ada beberapa persoalan yang belum terjawab dalam season 8 ini iaitu ketika Jadis berjaya kidnap Negan itu, Jadis ketika itu seolah - olah sedang menunggu orang - orang dalam helikopter itu, tapi kemudian helikopter itu berlalu pergi. Siapa pula yang ada helikopter tu? kumpulan baru ke? Rick awalnya agak kejam juga sebab membunuh musuh tanpa ada sedikit belas kasihan, namun akhinya berubah dengan memberi Negan peluang untuk hidup. Manakala Maggie pula tidak berpuas hati dengan tindakan Rick yang membiarkan Negan hidup dan berkomplot dengan Daryl (lakonan 
Norman Reedus) serta seorang lagi untuk melakukan sesuatu. Ini bermakna watak Maggie memang penting dalam season 9 nanti, sebab dia pun dah jadi macam perangai Rick dulu, tapi dari pembacaan aku watak maggie yang dilakonkan oleh Lauren Cohan itu kemungkinan besar boleh dimatikan dalam season 9 nanti disebabkan Lauren Cohan ada sedikit masalah dengan pihak produksi tentang soal pembayaran dan telah pun menerima tawaran watak utama dalam drama yang lain. Jadi kemungkinan besar dia akan muncul sekejap saja dalam season 9 nanti. Apa pun aku harap watak Maggie akan terus kekal dalam The Walking Dead nanti, sayangnya kalau Lauren Cohan dah tak berlakon dalam drama ini dah, lagi pun dia berlakon drama ini dah lama iaitu dari musim kedua lagi.

Para pelakon The Walking Dead telah pun start shooting untuk season 9 bermula minggu ini, dah banyak gambar dekat internet yang menunjukkan lokasi shooting, diorang naik kuda dan sebagainya dalam internet. Watak Morgan lakonan Lennie James tidak akan muncul dalam season 9 nanti sebab dia akan muncul dalam drama lain yang merupakan prequel pada Drama The Walking Dead ini iaitu Fear The Walking Dead. Berbalik pada ending season 8 The Walking Dead ini, watak Eugene (lakonan Josh McDermitt) boleh dikatakan penyelamat pada team Rick kerana telah sabotaj peluru yang dia buat untuk team Saviors itu, sekaligus menjadi penyumbang terbesar pada kemenangan team Rick. Awalnya aku benci juga dengan watak Eugene ini sebab dia ni lemah dan macam lalang gitu, tapi akhirnya dia telah buktikan yang dia tidak mengkhianati team Rick. Rick telah membawa Negan ke Alexandria dan memutuskan untuk membiarkan Negan hidup dalam penjara seumur hidupnya. Morgan pula memutuskan untuk membawa haluannya sendiri dan pergi berjumpa Jadis dan menyampaikan pesanan Rick pada Jadis supaya datang ke Alexandria kerana Rick telah menerimanya untuk masuk dalam kumpulannya itu. Manakala Daryl pula tidak jadi membunuh Dwight, sebaliknya memberi kebebasan pada Dwight dan menyuruh Dwight untuk pergi mencari Sherry, namun menghalang Dwight kembali ke tempat mereka semula.

Saki baki team Saviors pula telah move on dan memulakan hidup baru yang lebih tenang dan aman damai serta berbaik - baik dengan team Rick. Dalam season 9 nanti kemungkinan besar Rick akan berhadapan dengan konflik dalaman yang ditimbulkan oleh Maggie dan Daryl itu, yang mana mereka tidak puas hati Negan masih hidup. Kemungkinan besar juga akan ada musuh baru dalam season 9 nanti. Season 8 The Walking Dead ini mempunyai 16 episod dan season 9 akan mula disiarkan di penghujung tahun 2018 nanti. 
Read More


My Random Post