Memaparkan catatan dengan label Drama Bila Aidil Ada Fitri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Drama Bila Aidil Ada Fitri. Papar semua catatan

2 Jun 2018

Episod 7 Hingga 9 Drama Bila Aidil Ada Fitri

Sinopsis Episod 7 Hingga 9 Drama Bila Aidil Ada Fitri, Drama Bila Aidil Ada Fitri, Novel, Drama Adaptasi Novel, Astro Oasis, Drama Bulan Ramadan, Sweet, Romantik Komedi, Pelakon Drama Bila Aidil Ada Fitri, Pelakon - Pelakon Drama Bila Aidil Ada Fitri ini adalah Ungku Ismail Aziz, Siti Saleha, Fikhree Bakar, Talha Harith, Zaki Azeman, Aida Khalida, Hilal Azman, Hairie Othman, Kuza, Zul Helmi, Putri Qaseh, Poster, 2018,
Sinopsis Episod 7 Hingga 9 Drama Bila Aidil Ada Fitri

Diam tak diam dah nak masuk episod 10 dah drama Bila Aidil Ada Fitri ini, jalan ceritanya makin sweet dan comel gitu. Aku suka tengok scene Aidil (Ungku Ismail Aziz) dan Amar (Fikhree Bakar) yang bergaduh macam budak - budak tu, comel giler hehehe. Watak Qarizh (Talha Harith) tu memang misteri sikit, nampak dia macam mental dan obses dengan Fitri Syafia (Siti Saleha) ni. Pelakon - Pelakon Drama Bila Aidil Ada Fitri ini adalah Ungku Ismail Aziz, Siti Saleha, Fikhree Bakar, Talha Harith, Zaki Azeman, Aida Khalida, Hilal Azman, Hairie Othman, Kuza, Zul Helmi, Putri Qaseh dan ramai lagi. Apa pun hari ini aku nak share Sinopsis Episod 7 Hingga Episod 9 Drama Bila Aidil Ada Fitri ini, jadi selamat membaca okey.



Sinopsis Drama Bila Aidil Ada Fitri Episod 7 Hingga 9


Seperti biasa Fitri Syafia (Siti Saleha) akan singgah ke rumah Datin Mariam (Aida Khalida) untuk membantu Datin Mariam membuat kerja - kerja amal di bulan Ramadan ini. Ketika sampai di rumah Datin Mariam, Fitri ternampak kelibat Aidil (Ungku Ismail) dan terus pergi berjumpa dengannya untuk mengucapkan terima kasih atas pemberian bunga itu. Aidil keliru sebab bukan dia yang menghantar bunga pada Fitri tapi kemudian Aidil hanya mendiamkan dirinya dan membiarkan Fitri berfikir yang bunga itu dihantar olehnya. Aidil, Datin Mariam dan Fitri keluar bersama dan kemudian Amar (Fikhree Bakar) dan ibunya juga turut ada, Aidil kemudian bersembang dengan Amar dan memberi Amar amaran supaya jangan dekat dengan Fitri atau cuba mengorat Fitri. Amar hanya tersenyum melihat gelagat Aidil yang cemburu dengannya, Aidil kemudiannya terpaksa bergegas pergi berjumpa dengan kawan baiknya Ayman (Halim Radzi) yang kini tengah menghadapi masalah rumahtangga. Ayman selalu meluahkan masalahnya pada Aidil dan Aidil menjadi pendengar setia pada setiap masalah Ayman. Ketika Aidil tiada disitu, Amar menggunakan peluang itu untuk mengajak Fitri menemaninya untuk pergi beli kasut yang telah Fitri jumpa sebelum ini. Amar sengaja mengajak Fitri supaya Aidil akan cemburu nanti manakala Fitri pula stress dengan perangai Amar yang sengaja post gambar mereka berdua di media sosial dan Fitri risau jika gambar tersebut akan membuat Aidil salah faham dan marah.

Ketika Fitri berjalan ke keretanya, dia terkejut apabila Qarizh (Talha Harith) menyapanya dan Fitri yakin Qarizh telah mengekorinya. Qarizh obses dengan Fitri dan dia ingin menjadikan Fitri isterinya walau apa pun yang terjadi. Ibu Qarizh tak mampu nak mengawal Qarizh yang kali ini sudah nekad untuk dengan rancangannya. Fikri (Zaki Azeman) adik Fitri juga terserempak dengan Qarizh di suatu tempat dan sempat berborak seketika. Fikri turut risau dengan kemunculan Qarizh secara tiba - tiba dan yakin Qarizh akan menggangu kakaknya nanti. Qarizh turut menelefon Fitri namun Fitri tidak suka Qarizh menghubunginya lagi. Aidil yang dulunya selalu jual mahal dan buat muka serius dengan Fitri kini mula berubah, Aidil dah mula mengusik Fitri dengan kata - kata cinta dan membuatkan Fitri keliru dan gelabah. Manakala Fikri pula sangsi dengan sikap bossnya Amar yang gemar berahsia dalam bekerja. Fitri masih terserempak dengan Qarizh, kali ini Qarizh tiba - tiba muncul di pasaraya dan hal ini membuatkan Fitri makin yakin yang Qarizh sedang memerhatikannya. Namun Qarizh menafikan yang dia mengekori Fitri. Tak lama kemudian, ketika Fitri keluar dengan Aidil, mereka terserempak pula dengan mak Qarizh. Fitri sempat beramah mesra dengan mak Qarizh walaupun dirinya kurang selesa, mak Qarizh sempat meminta maaf pada Fitri atas kelakuan Qarizh dan Fitri hanya tersenyum. Aidil mula keliru mengenai mak Qarizh dan hairan kenapa mak Qarizh meminta maaf pada Fitri. Namun Fitri cepat - cepat mengubah topik dan pergi dari situ. 



Apa yang bakal berlaku seterusnya? klik link di bawah ini untuk baca sinopsis drama ini episod 1 hingga 6 yang lalu ➔ Sinopsis Drama Bila Aidil Ada Fitri Episod 1 Hingga 6
Read More

27 Mei 2018

Drama Bila Aidil Ada Fitri Episod 1 Hingga 6




Drama Bila Aidil Ada Fitri, Drama Melayu, Drama Bersiri, Sinopsis Episod 1 Hingga 6 Drama Bila Aidil Ada Fitri, My Favorite Drama, Astro, 2018, Drama Bulan Ramadan, Pelakon, Ungku Ismail Aziz, Siti Saleha, Fikhree Bakar, Talha Harith, Zaki Azeman, Aida Khalida, Hilal Azman, Hairie Othman, Kuza, Zul Helmi, Putri Qaseh,
Sinopsis Drama Bila Aidil Ada Fitri Episod 1 Hingga 6

Ada banyak drama menarik yang disiarkan di bulan Ramadan ini, antara salah satu drama yang aku layan adalah drama Bila Aidil Ada Fitri. Drama ini merupakan adaptasi daripada Novel Raya = Aidil + Fitri karya Yumi Hyra dan disiarkan di Astro Oasis dan Astro Maya HD. Seronok layan drama ini sebab kelakar, sweet dan juga islamik gitu, aku suka setiap kali Ungku Ismail berlakon drama - drama yang bergenre romantik komedi ini memang menyerlah watak dan lakonannya itu. Gandingannya dengan Siti Saleha pun comel dan sweet. Pelakon - Pelakon Drama Bila Aidil Ada Fitri ini adalah Ungku Ismail Aziz, Siti Saleha, Fikhree Bakar, Talha Harith, Zaki Azeman, Aida Khalida, Hilal Azman, Hairie Othman, Kuza, Zul Helmi, Putri Qaseh dan ramai lagi. Jadi dalam entry ini, aku nak share sinopsis drama Bila Aidil Ada Fitri dari episod 1 hingga episod 6, silakan baca ramai - ramai ye hehe.



Sinopsis Drama Bila Aidil Ada Fitri Episod 1 Hingga 6

Mengisahkan Fitri Syafia yang berasa gembira dan selesa dengan kerjayanya sebagai Personal Shopper. Fitri mula mengenali Datin Mariam selepas menyelamatkannya dari diragut oleh peragut. Datin Mariam terhutang budi pada Fitri dan mula mengupah Fitri menjadi personal assistantnya dan juga personal shopper untuk anak lelakinya Aidil yang bekerja sebagai Juruterbang. Datin Mariam juga tertarik dengan personaliti Fitri yang baik hati dan sentiasa ceria, malah dirinya juga berharap Fitri akan menjadi bakal menantunya nanti. Fitri ditugaskan untuk membeli barang - barang dapur untuk anak lelaki Datin Mariam sepanjang bulan Ramadan. Datin Mariam menyangka Aidil tiada di rumah dan menyuruh Fitri menghantar barang - barang dapur tersebut ke rumah Aidil. Ketika Fitri meletakkan barang - barang dapur tersebut di rumah Aidil, Aidil baru saja lepas mandi dan terkejut melihat Fitri berada di rumahnya. 

Begitu juga dengan Fitri yang menyangka Aidil adalah perompak dan cepat - cepat mengacukan pisau pada Aidil dan menghalau Aidil keluar dari rumahnya sendiri. Aidil berasa benggang dan marah dengan situasi tersebut, mujurlah datin Mariam datang tepat pada masanya dan menyelesaikan segala salah faham antara Aidil dan Fitri. Sejak dari itu Aidil mula berasa tidak puas hati dengan Fitri namun segalanya berubah bila Fitri dengan seikhlas hatinya meminta maaf pada Aidil dan Aidil memaafkannya. Sejak dari itu Aidil gemar bergaduh dengan Fitri dan dalam masa yang sama mereka sama - sama jatuh hati antara satu sama lain. Namun Aidil sengaja jual mahal dengan Fitri tapi cepat berasa cemburu jika ada lelaki lain yang cuba rapat dengan Fitri, terutamanya Amar yang merupakan sepupunya. Amar yang suka bersaing dengan Aidil sengaja melayan Fitri dengan mesra supaya Aidil berasa cemburu. 

Datin Mariam sengaja cuba merapatkan Aidil dan Fitri dan kelihatan Aidil sentiasa mencari peluang untuk berjumpa dengan Fitri. Suatu malam ketika Fitri berbuka puasa dengan Datin Mariam, Aidil dan Amar, seorang lelaki yang bernama Qarizh datang menegur Fitri. Fitri yang terkejut dengan kemunculan Qarizh mengajak Qarizh untuk berbual di luar restoran. Qarizh mengingatkan Fitri tentang janji mereka dan Fitri menyuruh Qarizh pergi dari situ. Qarizh berasa tidak senang hati melihat Fitri rapat dengan lelaki lain dan menggesa ibunya untuk cepat - cepat pergi meminang Fitri. Namun ibunya menyuruh Qarizh bersabar dan menunggu sehingga 1 Syawal nanti. Qarizh kemudiannya cuba menelefon Fitri beberapa kali, tapi bila Fitri menjawab panggilannya, Qarizh hanya mendiamkan diri. Qarizh juga membelikan bunga buat Fitri dan meletakkan bunga tersebut di pintu pagar rumah Fitri. Manakala Fitri pula menyangka bunga tersebut diberi oleh Aidil dan berasa gembira melihat bunga tersebut.

Qarizh yang melihat Fitri dari jauh berasa senang hati bila melihat Fitri gembira menerima bunga pemberiannya itu. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.
Read More


My Random Post