16 Mac 2022

Drama Sayang Tak Dikenang Episod 1 Hingga 28 Di Slot Akasia TV3



Drama Sayang Tak Dikenang, Poster Drama Sayang Tak Dikenang, Sinopsis Drama Sayang Tak Dikenang, Drama Slot Akasia TV3, Drama Adaptasi Novel, Sayang Tak Dikenang Cast, ost sayang tak dikenang, review novel sayang tak dikenang, sayang tak dikenang wattpad, Pelakon Sayang Tak Dikenang, Fadlan Hazim, Ruhainies, Ezzanie Jasny, Syafnida Shuhaimi, Riz Amin, sayang tak dikenang full episode, sayang tak dikenang episod 1 hingga episod 28, ending sayang tak dikenang, episod akhir drama sayang tak dikenang,

Drama Sayang Tak Dikenang adalah drama terbaru di slot Akasia TV3 yang disiarkan bagi menggantikan drama 3 Nota Cinta yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Sayang Tak Dikenang ini adalah Fadlan Hazim, Ruhainies, Ezzanie Jasny, Syafnida Shuhaimi, Riz Amin, Andy Teh, Alif Muhaimin, Sera Melissa, Fad Anuar, Ku Faridah, Mahmud Ali Bashah, Fazlina Ahmad Daud, Ainina Ahmad B dan ramai lagi. Drama Sayang Tak Dikenang ini mempunyai 28 episod dan mula bersiaran di slot Akasia TV3 sejak 4 Mac 2022 yang lalu. Selain itu drama ini adalah adaptasi daripada Novel Sayang Tak Dikenang karya Wazrul Shah dan drama ini diarahkan oleh Feroz Kader serta diterbitkan oleh FJ Pictures Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ni, para pelakonnya juga best - best belaka. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Sayang Tak Dikenang beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Fadlan Hazim sebagai Raqib Tafzani
Ruhainies sebagai Ayu Izhani
Ezzanie Jasny sebagai Hattin Isabella
Andy Teh sebagai Erick
Syafnida Shuhaimi sebagai Camelia
Riz Amin sebagai Omar
Sera Melissa sebagai Amalin
Fad Anuar sebagai Fitri 
Alif Muhaimin sebagai Rizal
Mahmud Ali Bashah sebagai Raif
Fazlina Ahmad Daud sebagai Amira
Ainina Ahmad sebagai Azilah
Kak Girl sebagai Kak Roslaini
Jasmine Ashraff sebagai Asmidar
Mak Engku Fridah sebagai Nek Chik




Sinopsis Drama Sayang Tak Dikenang Lakonan Fadlan Hazim, Ruhainies dan Ezzanie Jasny - Slot Akasia TV3

Mengisahkan Ayu Izhani (Ruhainies) dan Hattin Isabella (Ezzanie Jasny), dua pupu yang bersahabat baik walaupun keluarga mereka tidak rapat. Mereka belajar di kolej yang sama. Setelah mendapat kerja, mereka tinggal di rumah sewa yang sama. Ayu dan Hattin berkenalan dengan lelaki yang sama tetapi nama yang berbeza. Raqib Tafzani (Fadlan Hazim) memperkenalkan dirinya sebagai Raqib kepada Ayu manakala Hattin mengenalinya sebagai Tafzani. Ayu mula terbuka hati untuk menerima Raqib yang rajin melayan keluarganya. Ibu Ayu mendesak Ayu supaya menerima Raqib sebagai suami. Hattin mendapat berita bahawa tunangnya, Omar curang dengan perempuan lain. Lebih teruk, Omar bertukar menjadi panas baran dan bersikap kasar dengan Hattin. Hattin merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan Ayu. Tafzani cuba menggoda Hattin selepas mendapat tahu dia telah putus tunang. Hattin mula dibuai dengan perasaan bahagia ketika bersama dengan Tafzani. Raqib ingin membatalkan perkahwinan dengan Ayu tetapi majlis terpaksa diteruskan apabila keluarga Raqib yang menetap di luar negara telah sampai di Malaysia. Di majlis perkahwinan itu, Hattin terkejut melihat Tafzani adalah suami kepada Ayu. Lantas, Hattin terus meninggalkan majlis tersebut. Selepas berkahwin, sikap Raqib berubah dari seorang penyayang menjadi suami yang dingin kepada Ayu. Raqib tidak menyentuh Ayu dan mula menunjukkan kebencian. 
Pada masa yang sama, Raqib masih tidak berputus asa untuk memikat hati Hattin. Selepas mengetahui tentang kisah silam keluarga mereka, Hattin mengambil kesempatan ini untuk menyakitkan hati Ayu kerana mahu membalas dendam untuk neneknya. 
Drama Sayang Tak Dikenang, Poster Drama Sayang Tak Dikenang, Sinopsis Drama Sayang Tak Dikenang, Drama Slot Akasia TV3, Drama Adaptasi Novel, Sayang Tak Dikenang Cast, ost sayang tak dikenang, review novel sayang tak dikenang, sayang tak dikenang wattpad, Pelakon Sayang Tak Dikenang, Fadlan Hazim, Ruhainies, Ezzanie Jasny, Syafnida Shuhaimi, Riz Amin, sayang tak dikenang full episode, sayang tak dikenang episod 1 hingga episod 28, ending sayang tak dikenang, episod akhir drama sayang tak dikenang,

Sinopsis Novel Sayang Tak Dikenang Karya Wazrul Shah

Pertemuan yang tidak disengajakan sewaktu pesta buku di PWTC telah menemukan Ayu Izzhani dan Raqib. Tidak semena-mena Ayu menjadi tunang sementara Raqib ketika lelaki itu diserang oleh Camelia. Namun pada saat Ayu berjumpa dengan tunangannya itu, sahabat sejatinya, Hattin juga bertemu dengan pilihan hati, Tafzani setelah hampir beberapa tahun hati Hattin tidak dihuni gara-gara peristiwa hitam yang membuatkan hatinya bernanah. Musim bunga mula mekar dalam hati Hattin. Namun langit tidak selalunya cerah. Ada sesuatu yang berlaku sehingga membuatkan episod kebahagiaan dua sahabat ini berubah kepada suatu peristiwa yang penuh duka dan tragis. Pada masa yang sama, Erick yang selama ini menyukai Ayu Izzhani datang menagih janji dan Raqib yang disayangi Ayu Izzhani mula membuat onar. Sementelah pula Tafzani seakan-akan mempunyai agenda yang tersembunyi sehingga menyebabkan renggangnya hubungan persahabatan di antara Ayu Izzhani dan Hattin. Bertahankah hubungan persahabatan itu? Dan apakah sebenarnya yang disembunyikan oleh Tafzani?

Lagu Tema / OST Drama Sayang Tak Dikenang

👄👄 Kisah Hati Lara nyanyian Naqiu

👄👄 Semakin Benci Semakin Cinta nyanyian Siti Sarah dan Shuib Sepahtu

Tonton Online Drama Sayang Tak Dikenang Full Episode

Selain di kaca TV, korang juga boleh menonton drama ini di sini 👉 disney+ hotstar Malaysia

Jom Baca Ini Juga ⏩⏩ Drama Hindi Meri Gudiya - Slot Sonia TV3


1 ulasan:



My Random Post