17 Mac 2022

Drama Kerana Dia Suka Lakonan Fikry Ibrahim dan Rita Nadira (TV3)



Drama Kerana Dia Suka, Info dan Sinopsis Drama Kerana Dia Suka, Poster Drama Kerana Dia Suka, Drama Kerana Dia Suka Full Episode, Ending Drama Kerana Dia Suka, Episod Akhir Drama Kerana Dia Suka, Kerana Dia Suka Cast, Pelakon Drama Kerana Dia Suka, Fikry Ibrahim, Rita Nadira, Trisha Ooi, Aidit Noh, Rozita Che Wan, Fendi London, Riz Amin, Nasha Aziz, Nafiez Zaidi, Mimi Ernida, Ezany Nizarif, Marisa Yasmin, Harris Annuar,

Drama Kerana Dia Suka adalah drama terbaru di slot Lestary TV3 dan mula bersiaran di TV3 sejak 9 Mac 2022 yang lalu, setiap hari Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam. Drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Cinta Amnesia yang telah tamat episodnya dan drama ini juga adalah adaptasi daripada novel Kerana Dia Suka karya Marissa. Antara pelakon drama Kerana Dia Suka ini adalah Fikry Ibrahim, Rita Nadira, Trisha Ooi, Aidit Noh, Rozita Che Wan, Fendi London, Riz Amin, Nasha Aziz, Nafiez Zaidi, Mimi Ernida, Ezany Nizarif, Marisa Yasmin, Harris Annuar dan ramai lagi. Selain itu drama Kerana Dia Suka ini diarahkan oleh Kyoll Hamzah dan diterbitkan oleh Zeel Production Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Kerana Dia Suka ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

  • Fikry Ibrahim sebagai Idham
  • Rita Nadira sebagai Wardina
  • Nasha Aziz sebagai Seha
  • Rozita Che Wan sebagai Hajah Mariah
  • Riz Amin sebagai Ijoi
  • Ezany Nizariff sebagai Dato Zaki
  • Marissa Yasmin sebagai Datin Frida
  • Nafiez Zaidi sebagai Sufian
  • Zain Saidin sebagai Encik Khalid
  • Mimi Ernida sebagai Aida
  • Nadia Kesuma sebagai Datin Aspha
  • Aidit Noh sebagai Riz
  • Nina Smith sebagai Nurlisa
  • Trisha Ooi sebagai Zaimah




Sinopsis Drama Kerana Dia Suka Lakonan Fikry Ibrahim dan Rita Nadira Slot Lestary TV3

Wardina kecewa apabila tunangnya Sufian ditangkap khalwat dengan wanita lain. Semasa Sufian terpaksa mengahwini Aida, Wardina membawa diri ke Kundasang, Sabah untuk merawat lukanya. Di sana dia bertemu dengan seorang lelaki tampan bernama Idham. Timbul perasaan suka antara satu sama lain tetapi mereka tidak boleh bersama kerana Idham sudah bertunang.Wardina tidak mahu jadi orang ketiga.
Drama Kerana Dia Suka, Info dan Sinopsis Drama Kerana Dia Suka, Poster Drama Kerana Dia Suka, Drama Kerana Dia Suka Full Episode, Ending Drama Kerana Dia Suka, Episod Akhir Drama Kerana Dia Suka, Kerana Dia Suka Cast, Pelakon Drama Kerana Dia Suka, Fikry Ibrahim, Rita Nadira, Trisha Ooi, Aidit Noh, Rozita Che Wan, Fendi London, Riz Amin, Nasha Aziz, Nafiez Zaidi, Mimi Ernida, Ezany Nizarif, Marisa Yasmin, Harris Annuar,
Sinopsis Novel Kerana Dia Suka karya Marissa 

“Tapi saya nak awak percaya yang saya benar-benar tak bersalah. Saya tetap cintakan awak sampai saya mati.”Itu kata-kata Sufian, tunangnya apabila baru saja kena tangkap khalwat dengan Aida. Lagi kurang sebulan saja majlis perkahwinan mereka, tapi kini semuanya tinggal kenangan. Rasa tawar hati itu membawa Wardina ke bumi Kundasang bersama teman baiknya, Zaimah. Tak sangka, dia dipertemukan dengan lelaki serabut alam bernama Idham. Serupa perompak punya. Tapi lelaki itu memang sesuatu.
“Aku rasa lelaki tu minat kaulah.”
“Merepek!”
Wardina menolak sekerasnya namun Zaimah tetap dengan pendiriannya. Dan akhirnya Idham menjelaskan statusnya.
“Saya dah bertunang.” - Idham
Sumpah, Wardina takkan terlibat dengan milik orang. Dia sudah rasa sakitnya apabila calon suami yang diharapkan dirampas orang lain. Terus dia letakkan jarak pada hubungan mereka. Namun, Idham seolah-olah lupa pada status yang disandangnya. Diajaknya Wardina keluar makan bersama, malah sampai pernah bermalam di rumah keluarga Wardina di kampung. Ajaibnya, semakin lama, hati Wardina kian terpaut pada lelaki serabut alam itu.
“Awak tak risau ke tunang awak nampak? Tak pasal nanti putus tunang terus.” -Wardina “Dia tak kesah pun. Selama ni dia langsung tak hiraukan saya. Entah suka atau tidak dengan pertunangan ni.” - Idham
Namun satu pengakuan dari bibir Idham buat Wardina bagai tersedar daripada mimpinya.
“Saya ingat nak putuskan pertunangan saya.” -Idham
“Apa?” – Wardina
“Ya, saya nak putuskan pertunangan saya. Saya dah tak sanggup nak teruskan. Tak guna kalau saya tak ada hati langsung dengan dia.” – Idham
“Kenapa baru sekarang awak buat keputusan tak nak teruskan pertunangan awak?
Kenapa tak dari mula lagi?” – Wardina
“Saya cuba untuk menerima dia sebab masa tu saya tak ada sesiapa tapi sekarang saya rasa saya dah jatuh cinta dengan seorang gadis.”- Idham
Tiba-tiba Wardina rasa cukup lega. Sesungguhnya Idham dengan dia sekadar sebatas teman. Tak lebih dari itu. Dia lega kerana dia takkan jadi pihak ketiga sama sekali kerana Idham sudah jatuh cinta dengan gadis lain. Atau mungkin dia orang keempat atau kelima. Malangnya perasaan lega itu bersulam perasaan kesal. Ya, kesal kerana telah jatuh hati pada lelaki serabut alam itu!

Lagu Tema / OST Drama Kerana Dia Suka

👄 Kan Kan Kan nyanyian Zarol Zarif

Tonton Online Drama Kerana Dia Suka Full Episode

Selain di kaca TV, korang juga boleh menonton drama ini di sini 👉 disney+ hotstar Malaysia



2 ulasan:



My Random Post