18 Ogo 2020

Sinopsis Drama Jalan Sesat Ke Syurga (Astro Prima)




Drama Jalan Sesat Ke Syurga, Slot Tiara, Astro Prima, Drama Baru Aaron Aziz, Drama Baru Elizad, Sinopsis Drama Jalan Sesat Ke Syurga, Poster Drama Jalan Sesat Ke Syurga, OST Drama Jalan Sesat Ke Syurga,

Drama Jalan Sesat ke Syurga adalah drama terbaru di slot Tiara di Astro Prima yang mula bersiaran sejak 3 Ogos 2020 yang lalu, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 Petang. Antara pelakon drama Jalan Sesat Ke Syurga ini adalah Aaron Aziz, Elizad Sharifuddin, Jalaludin Hassan, Aleza Shadan, Zulhelmy, Nelissa Nizam, Syrul Ezwan, Zalfa Zin, Sri Idrina, Ziema Din dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Shuhaimi Zulkefli dan diterbitkan oleh Nuansa Sdn Bhd. Sejujurnya aku tengok drama ni dan aku suka dengan jalan ceritanya yang unik dan lari dari kebiasaannya serta tidak clisye. Kebiasaannya kebanyakan drama Melayu memang sepesen je, tapi drama Jalan Sesat Ke Syurga ini menampilkan kelainan dengan menonjolkan kisah benar yang sememangnya berlaku dalam masyarakat kini. Drama Jalan Sesat Ke Syurga memaparkan kisah mengenai ajaran sesat dan mempunyai 34 episod. Best tengok drama ni, apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye.




Sinopsis Drama Jalan Sesat Ke Syurga Slot Tiara Astro Prima Lakonan Aaron Aziz dan Elizad Sharifuddin

Mengisahkan Inara (Elizad Sharifuddin) yang datang dari keluarga berpengaruh, Inara awalnya seorang yang suka enjoy dan berpeleseran. Suatu peristiwa berlaku hingga menyebabkan Inara mati hidup semula. Selepas kejadian itu Inara mula insaf dan ingin belajar agama Islam dengan lebih serius dan mendalam. Manakala Hamzah (Dato Aaron Aziz) pula adalah bekas penagih dadah yang telah kembali ke pangkal jalan. Hamzah membuka sebuah Cafe dan menjadikan Cafenya itu sebagai tempat untuk komuniti masyarakat belajar tentang agama Islam. Hamzah juga mengumpul dan mengambil bekas - bekas penagih dadah yang lain untuk bekerja di cafenya itu serta turut memberi semangat kepada mereka semua untuk berubah menjadi lebih baik. Hamzah dan Inara mula rapat setelah Inara kerap mengunjungi cafenya itu. 
Drama Jalan Sesat Ke Syurga, Slot Tiara, Astro Prima, Drama Baru Aaron Aziz, Drama Baru Elizad, Sinopsis Drama Jalan Sesat Ke Syurga, Poster Drama Jalan Sesat Ke Syurga, OST Drama Jalan Sesat Ke Syurga,
Inara juga mula belajar tentang agama Islam daripada Hamzah. Ibu Inara iaitu Asyirah (Aleza Shadan) dan ayah Inara iaitu Zaqwan (Dato Jalaludin Hassan) mahukan Inara untuk join persatuan mereka iaitu Hawa Islam dan Gerakan Elit. Bagi Asyirah dan Zaqwan mereka mahu kan Inara untuk join kumpulan mereka kerana Inara dianggap sebagai manusia terpilih. Inara kemudian cuba mengikut aktiviti persatuan Hawa Islam yang diketuai ibu Inara, Asyirah. Walaubagaimanapun Inara terkejut melihat aktiviti yang dianjurkan oleh Hawa Islam yang bercanggah sama sekali dengan ajaran Islam yang sebenarnya. Inara mula keliru dan yakin yang ibu dan ayahnya dah terpesong dan terlibat dengan ajaran sesat. Inara juga cuba menjauhi persatuan Hawa Islam mahu pun Gerakan Elit. Inara hanya mempercayai Hamzah sahaja dan Inara juga mengajak Hamzah untuk berkahwin dengannya. 
Drama Jalan Sesat Ke Syurga, Slot Tiara, Astro Prima, Drama Baru Aaron Aziz, Drama Baru Elizad, Sinopsis Drama Jalan Sesat Ke Syurga, Poster Drama Jalan Sesat Ke Syurga, OST Drama Jalan Sesat Ke Syurga,
Asyirah ibu Inara menentang keras tentang perkahwinan Inara dan Hamzah. Berbeza dengan Zaqwan ayah Inara yang merestui perkahwinan Inara dan Hamzah. Zaqwan sebenarnya mahukan Hamzah untuk join Gerakan Elit setelah Hamzah menjadi menantunya. Manakala mak Inara pula meletakkan syarat mahukan Hamzah membawa masuk Inara dalam persatuan Hawa Islam selepas berkahwin untuk mendapat restu ibu Inara sepenuhnya. Akhirnya Hamzah bersetuju untuk mengikut kata ibu Inara, Hamzah dan Inara sebenarnya telah berpakat untuk berpura - pura masuk ke dalam persatuan Hawa Islam dan Gerakan Elit bagi memantau kegiatan mereka serta mencari jalan untuk membawa ibu bapa Inara keluar dari persatuan sesat tersebut sekaligus cuba memulihkan semula pegangan dan akidah ibu bapa Inara yang telah jauh terpesong. Namun usaha mereka tidak semudah yang disangka, banyak cabaran dan halangan yang perlu mereka hadapi. Apa yang berlaku seterusnya?..
Drama Jalan Sesat Ke Syurga, Slot Tiara, Astro Prima, Drama Baru Aaron Aziz, Drama Baru Elizad, Sinopsis Drama Jalan Sesat Ke Syurga, Poster Drama Jalan Sesat Ke Syurga, OST Drama Jalan Sesat Ke Syurga,
Lagu Tema / lagu sisipan (OST Drama Jalan Sesat Ke Syurga)
➧ Luka nyanyian Kumpulan Madam
➧ Hujan Ini nyanyian kumpulan Rabithah
➧ Kembali nyanyian Raqib Majid 
➧ Semalam nyanyian Aina Abdul
➧ Sumpah nyanyian Aina Abdul
➧ Lembaran Juzuk Cinta nyanyian Halim Ahmad dan Furqan Fawwaz
➧ Picisan nyanyian Adzrin
➧ Hadiah nyanyian Amylea
➧ Doa Istiqamah nyanyian Rabithah feat The Truth
➧ Hitam Putih nyanyian UNIC dan Ustaz Elyas Ismail
➧ Merindu nyanyian Iza;an
➧ Jiwa nyanyian kumpulan Neon
➧ Lumpuh nyanyian Izzal Anuar
➧ Lakaran nyanyian Layla Sania
➧ Kiriman Cinta nyanyian Ikhwan Fatanna
➧ Cukup nyanyian Rizal Rashid

5 ulasan:

  1. kena tengok drama ni sbb jln ceritanya lain drp yg lain...

    BalasPadam
  2. Tgk episod 1 jer ari tu lepas tu dh x follow dh... mst makin best dh skrg

    BalasPadam
  3. tak follow cerita ni..nanti sekali nak tengok jugaklah

    BalasPadam
  4. i tgg habis baru i dah starts tgk sekaligus

    BalasPadam
  5. Nice Info
    Singgah
    Salam kenal
    Saya baru belajar blog
    ini blog baru saya : https://www.templateppt.eu.org/

    BalasPadam



My Random Post