8 Jul 2020

Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku 2 (TV3)




Drama 7 Hari Mencintaiku 2, Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku 2, OST Drama 7 Hari Mencintaiku 2 Nyanyian Dato Sri Siti Nurhaliza, Senarai Pelakon Drama 7 Hari Mencintaiku 2, Shukri Yahaya, Siti Saleha, Kazar Saisi, Liza Abdullah, Jasmin Hamid, Shaharuddin Tambi, Wan Sharmila, Syazwan Zulkifli, Jaja Iliyes, Bil Azali, Dhia Irdina, Puteri Rafasya, Faye Kusairi, Idris Mat Diah, Anne Abdullah, Wafariena Roslan, Razzuan, Syaffiq Sahli, Sean Lee, Poster Drama 7 Hari Mencintaiku 2, Drama Baru Siti Saleha, Drama Baru Shukri Yahaya,

Selepas Drama 7 Hari Mencintaiku berjaya mencatat rating tinggi dan menjadi fenomena suatu ketika dulu, kini drama ini kembali lagi ke musim kedua yang juga merupakan adaptasi daripada Novel 7 Hari Mencintaiku 2 karya Siti Rosmizah. Antara pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 2 ini adalah Shukri Yahaya, Siti Saleha, Kazar Saisi, Liza Abdullah, Jasmin Hamid, Shaharuddin Tambi, Wan Sharmila, Syazwan Zulkifli, Jaja Iliyes, Bil Azali, Dhia Irdina, Puteri Rafasya, Faye Kusairi, Idris Mat Diah, Anne Abdullah, Wafariena Roslan, Razzuan, Syaffiq Sahli, Sean Lee dan ramai lagi. Drama 7 Hari Mencintaiku 2 ini mempunyai 33 episod dan mula bersiaran di slot Akasia TV3 bermula 2 Julai 2020 yang lalu, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam. Selain itu drama ini diarahkan oleh Jamal Khan dan diterbitkan oleh SR One Sdn Bhd. Tak silap aku lama diorang shooting drama ni dari sebelum PKP kemudian shooting tertangguh sebab PKP dan kemudian bersambung semula. Lebih menarik bila drama 7 Hari Mencintaiku 2 ini berjaya mengekalkan ramai pelakon asal, cuma ada beberapa pelakon yang terpaksa digantikan sebab ada komitmen lain seperti Aman Graseka yang digantikan oleh Kazar, Zila Bakarin digantikan oleh Jasmin Hamid dan lain - lain lagi.

Kalau dalam musim pertama Dayang Nurfaizah yang menyanyikan lagu OST drama tersebut dengan tajuk Lelaki Teragung. Manakala dalam drama ini pula, Dato Sri Siti Nurhaliza yang menyanyikan lagu tema / OST Drama 7 Hari Mencintaiku 2 ini dengan tajuk Aku Bidadari Syurgamu. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..




Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku 2 Lakonan Shukri Yahaya dan Siti Saleha 
(Akasia TV3)

Mia Adriana (Siti Saleha) dan Khuzairi (Shukri Yahaya)melayari hidup bahagia berumah tangga. Ditambah pula dengan kehadiran cahaya mata kedua. Di saat mereka diulit bahagia. Puan Hayati (Jasmin Hamid) dan Dato’ Johari (Shaharuddin Tambi) kembali dengan dendamnya. Hebat Puan Hayati mengatur rancangan. Mia Adriana termakan dengan kata-katanya. Syakila (Faye Kusairi) tak kurang hebatnya. Mia hilang hormat pada Pak Samad (Kazar Saisi), seorang lelaki yang dihormatinya selama ini. Mak Leha (Liza Abdullah) mula membenci Mia Adriana. Badai terus-terusan melanda keluarga Pak Samad. Nadia (Jaja Iliyes) putus tunang dengan Zaidi (Bil Azali). Helmi (Syazwan Zulkifli) bercerai dengan Sofi (Wan Sharmila) dan Khuzairi pula bergolak rumah tangganya. Nurul Ain (Wafariena Roslan) muncul dalam hidup mereka. Mak Leha berkenankan gadis ini. Nurul Ain begitu sempurna di matanya. Helmi pula cuba menyedarkan emaknya akan agenda tersirat Nurul Ain. Khuzairi betul-betul gembira selepas mengetahui isterinya mengandung anak yang kedua. Mia pula belum bersedia kerana dia takut jika sepanjang kehamilannya, rumah tangganya bergolak dan terpaksa bersalin sendirian sepertimana dia bersalinkan Alisa dahulu. Helmi pula mula bersikap dingin dengan Sofi disebabkan mereka masih belum dikurniakan cahaya mata. Helmi terlalu mengharapkan anak dari perkahwinannya lebih-lebih lagi selepas dia mengetahui Mia mengandung anak yang kedua. 
Drama 7 Hari Mencintaiku 2, Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku 2, OST Drama 7 Hari Mencintaiku 2 Nyanyian Dato Sri Siti Nurhaliza, Senarai Pelakon Drama 7 Hari Mencintaiku 2, Shukri Yahaya, Siti Saleha, Kazar Saisi, Liza Abdullah, Jasmin Hamid, Shaharuddin Tambi, Wan Sharmila, Syazwan Zulkifli, Jaja Iliyes, Bil Azali, Dhia Irdina, Puteri Rafasya, Faye Kusairi, Idris Mat Diah, Anne Abdullah, Wafariena Roslan, Razzuan, Syaffiq Sahli, Sean Lee, Poster Drama 7 Hari Mencintaiku 2, Drama Baru Siti Saleha, Drama Baru Shukri Yahaya,
Puan Hayati pula berjaya dengan rancangan jahatnya, di mana Nadia tiba-tiba mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan dengan Zaidi disebabkan cintanya beralih arah kepada Fariz (Razzuan Rosli), lelaki yang dikenali melalui Puan Hayati. Pak Samad mengamuk, begitu juga dengan Mak Leha. Demi isterinya, Khuzairi sanggup buat apa sahaja di mana dia tidak akan mengambil Syakila bekerja di kliniknya walaupun pada mulanya dia sudahpun bersetuju disebabkan Syakila merayu-rayu kepadanya. Mia tahu niat sebenar Syakila ingin bekerja di klinik adalah untuk memikat Khuzairi semula kerana Khuzairi adalah cinta sejatinya. Ketika berada di rumah Pak Samad, Puan Hayati sengaja cari peluang untuk mendekati Pak Samad, pura-pura pengsan dan memegang Pak Samad semata-mata untuk melihat Mak Leha cemburu. Dalam pada itu, Helmi menceraikan Sofi dengan talak satu disebabkan rasa tercabar dengan bapa mentuanya iaitu Dato Johari yang memburuk-burukan dirinya di depan Sofi. Dia menuduh Sofi mandul. Dia juga akan berkahwin dengan Linda kerana dia inginkan zuriat di dalam perkahwinannya. Puan Hayati membuat fitnah kononnya Pakk Samad cuba mengodanya dan mengambil kesempatan semasa mereka bersama-sama. Sebenarnya Hayati cuba memasang perangkap dan merancang supaya Mia bercerai dengan Khuzairi.

Jom Baca Ini juga ðŸ‘‰ðŸ‘‰ Review dan Sinopsis Drama Korea Extraordinary You

4 ulasan:

  1. best-best juga para pelakon dalam cite ni :)

    BalasPadam
  2. mak kitewwww tak pernah miss tengok drama ni hehe

    BalasPadam
  3. semoga selalu sehat dan kunjungan blognya bertambah ramai, salam kenal dan terima kasih

    BalasPadam



My Random Post