30 Mac 2019

Sinopsis Saya Jual Ye Bang - Astro First Eksklusif




Saya Jual Ye Bang, Super Tele, FTV, Filem Televisyen, Telemovie, Telefilem, Telefilem Mega Saya Jual Ye Bang, Sinopsis Saya Jual Ye Bang, Astro Eksklusif, Poster Telefilem Saya Jual Ye Bang, Cast, Pelakon Telemovie Saya Jual Ye Bang, Zizan Razak, Uqasha Senrose, Nadiyah Sahab, Dato’ AC Mizal, Idris Khan, Vicha, Bell Ngasri, Ray ERA, Adaptasi Filem Taiwan Ace Of Sales, Romantik Komedi, Telefilem Astro 2019, Telemovie Astro 2019,
Sinopsis Filem Televisyen Saya Jual Ye Bang Siaran Astro First Eksklusif

Filem Televisyen (FTV) / Super - Tele  Saya Jual Ye Bang ini bergenre romantik komedi dan diarahkan oleh Kabir Bathia serta sudah disiarkan di Astro First Eksklusif (saluran 480) dan On Demand bermula 14 Mac 2019 yang lalu. Antara pelakon telefilem Saya Jual Ye Bang ini adalah Zizan Razak, Uqasha Senrose, Nadiyah Sahab, Dato’ AC Mizal, Idris Khan, Vicha, Bell Ngasri, Ray ERA dan ramai lagi. Super - Tele Saya Jual Ye Bang ini adalah adaptasi dari filem Taiwan berjudul “Ace of Sales” (2016). Manakala lagu tema / OST Saya Jual Ye Bang ni dinyanyikan oleh Zizan Razak bertajuk Kau Takkan Tahu. Apa pun jom tengok sinopsis cerita ini di bawah ye..




Sinopsis Saya Jual Ye Bang Lakonan Zizan, Uqasha dan Nadiyah Shahab

Mengisahkan tentang Rose (Uqasha Senrose), seorang pegawai pemasaran yang bercita-cita tinggi, mempunyai seorang suami yang sangat penyayang dan sentiasa merendah diri iaitu Amin (Zizan Razak), seorang mekanik. Walaupun tidak memiliki kehidupan yang mewah dan hidup dalam keadaan serba sederhana, namun Rose dan Amin merupakan pasangan yang sangat bahagia. Suatu hari, Rose tiba-tiba diberhentikan kerja di atas kesalahan yang tidak disengajakan. Setelah berbulan-bulan lamanya Rose menganggur, akhirnya Rose ditawarkan kerja sebagai jurujual di sebuah pasaraya, namun pekerjaan itu agak mencabar dan Rose tidak mampu untuk mencapai sasaran jualan bulanan yang dikehendaki oleh majikannya. 

Pada masa yang sama, Rose turut tertekan dengan sikap rakan sekerja yang dilihat kerap kali memperlekehkannya kerana kegagalan beliau menjual produk syarikat. Oleh kerana sebuah insiden yang mengelirukan, beliau berkenalan dengan seorang usahawan tersohor, Datuk Jaki (Dato’ AC Mizal) yang mengajar beliau selok belok perniagaan dan cara-cara untuk menjadi seorang jurujual hebat. Dari situ, beliau mengorak selangkah lagi dan terlibat dengan dunia pengacaraan di mana namanya kemudian menjadi sebutan dan popular. Rose mula lalai akan tanggungjawabnya sebagai isteri dan mengabaikan Amin. Pada masa yang sama, pengurus Rose, Mr. Sam (Idris Khan) turut cuba mendekati Rose. Rose kini dalam dilema dan rumahtangganya bersama Amin dilihat semakin goyah. Bagaimana pula dengan Amin yang begitu mencintai isterinya?

~Blog Dari Hati Miss Mulan~ darihatimissmulan.blogspot.com

1 ulasan:



My Random Post