13 Feb 2019

Drama Adaptasi Novel Suamiku Mr. Blind




Suamiku Mr. Blind, Novel Suamiku Mr. Blind, Karya Novelis DanisyaRahmat, Unifi TV, Drama Adaptasi Novel, Watak Pelakon, Cast, Pelakon Drama Suamiku Mr. Blind, Nazrief Nazri, Janisa Jalil, Zoey Rahman, Intan Najuwa, Dayana Roza, Bella Nazari, Khaty Azian, Gen Darwish, Puteri Rayyana Rayqa, Natasya Mahyan, Roslan Salleh, Sinopsis Novel Suamiku Mr. Blind, Cover Novel Suamiku Mr. Blind,
Drama Adaptasi Novel Suamiku Mr. Blind

Nampaknya kali ini giliran novel Suamiku Mr. Blind karya novelis Danisyarahmat yang akan diadaptasi menjadi drama 30 episod dan akan disiarkan di Unifi TV saluran HyppSensasi 116. Antara pelakon drama Suamiku Mr. Blind ini adalah Nazrief Nazri, Janisa Jalil, Zoey Rahman, Intan Najuwa, Dayana Roza, Bella Nazari, Khaty Azian, Gen Darwish, Puteri Rayyana Rayqa, Natasya Mahyan, Roslan Salleh dan ramai lagi. Manakala pelakon hebat Rusdi Ramli akan menjadi pengarah drama Suamiku Mr. Blind ini. Nampak menarik juga jalan cerita drama ini. Apa pun jom tengok sinopsis novel Suamiku Mr. Blind serta watak - watak pelakon drama ini di bawah ye..




Nazrief Nazri sebagai Aidil Zafran
Janisa Jalil sebagaiAin Shuhada 
Zoey Rahman sebagai Rayyan
Intan Najuwa sebagai Wani 
Dayana Roza sebagai Melissa
Bella Nazari sebagai Dato Adila
Khaty Azian sebagai Puan Sri Azizah
Gen Darwish sebagai Dani
Puteri Rayyana Rayqa sebagai Auni


“Kalau kau buta lagi bagus. Tak adalah nak menyemak buat masalah di sekolah lagi.” Ain Syuhada, pengawas yang sebesar anak gajah itu ingin balas dendam kerana ditolak jatuh ke dalam lumpur sawah.
Racun serangga jenama Redinsect segera disembur ke muka Aidil Zafran.
“Aku tak nampak apa-apalah!”
Ah, sudah! Sungguh Ain Syuhada tidak menyangka racun serangga itu mampu meragut penglihatan Aidil Zafran. Kalau dia sanggup jadi hamba tebusan seumur hidup untuk membayar apa yang telah dilakukan kepada Aidil Zafran pun, dia masih tak akan mampu melunaskan hutangnya itu.
“Jangan muncul di hadapan aku lagi. Aku tak mahu dengar nama kau lagi. Apa saja yang berkaitan dengan kau, aku tak mahu tahu.” – AIDIL ZAFRAN.
Cuma kalau dah namanya jodoh, larilah ke penghujung dunia sekalipun, pasti akan bertemu juga. Sebelas tahun kemudian… Aidil Zafran menerima seorang pekerja baru di syarikatnya.
“Errr… Saya Ain… Ain Syuhada Ismail. PA bos.”
AIN SYUHADA muncul kembali dalam hidup Aidil Zafran tanpa dirancang sedangkan Aidil Zafran tidak dapat mengenal pasti siapa Ain Syuhada. Dah namanya pun mr. blind!
Hati Aidil Zafran diketuk perasaan yang luar biasa sewaktu bersama PAnya yang menjaganya penuh kasih. Cinta mula datang walaupun tidak terlihat, maklumlah cinta itu buta!
Pada saat pernikahan Ain Syuhada dengan Rayyan Aziz dibatalkan, Aidil Zafran datang dengan rela menjadi galang ganti. Namun, saat lafaz akad dilafazkan, masih relakah dia apabila identiti Ain Syuhada terbongkar?
“Kau sengaja nak perangkap aku, kan? Kau jangan ingat bila aku dah kahwin dengan kau, aku dapat maafkan kau. Aku akan pastikan kau hidup merana, Ain.”
Benarkah cinta itu hilang saat dendam merajainya?

uamiku Mr. Blind, Novel Suamiku Mr. Blind, Karya Novelis DanisyaRahmat, Unifi TV, Drama Adaptasi Novel, Watak Pelakon, Cast, Pelakon Drama Suamiku Mr. Blind, Nazrief Nazri, Janisa Jalil, Zoey Rahman, Intan Najuwa, Dayana Roza, Bella Nazari, Khaty Azian, Gen Darwish, Puteri Rayyana Rayqa, Natasya Mahyan, Roslan Salleh, Sinopsis Novel Suamiku Mr. Blind, Poster Drama Drama Suamiku Mr. Blind,

4 ulasan:

  1. macam best je baca sinopsis tu..

    BalasPadam
  2. sis kat mana ye saya boleh tgk drama ni??? puas saya carikkk

    BalasPadam
  3. Dimana bisa tengok cerita full nya kok pada hilang tinggal cuplikan2 aj....

    BalasPadam



My Random Post