24 Ogo 2018

Sinopsis Telemovie Mimpi Sumi (NTV7)




Mimpi Sumi, Telemovie, Telefilem, Telemovie Mimp Sumi, 2018, Slot Luna, NTV7, Pedofilia, Child Abuse, Cast, Pelakon Telemovie Mimpi Sumi, Sazzy Falak, Redza Rosli, Alyssa Dezek, Melanie Tan, Zizan Nin, Telefilem Mimpi Sumi, Sinopsis Telemovie Mimpi Sumi, Lukisan, 2018,
Sinopsis Telemovie Mimpi Sumi (Slot Luna NTV7)

Telefilem Mimpi Sumi ini disiarkan di channel ntv7 dan antara pelakon telemovie Mimpi Sumi ini adalah Sazzy Falak, Redza Rosli, Alyssa Dezek, Melanie Tan, Zizan Nin dan ramai lagi. Telemovie Mimpi Sumi ini mengangkat kisah mengenai pedofilia dan kesannya pada sebuah keluarga. Bila tengok sinopsis telemovie ini membuatkan aku teringat satu lagi telemovie lama lakonan Elly Mazlein dan Azhar Sulaiman yang turut memfokuskan mengenai isu pedofilia ini. Maklumlah isu dalam telemovie seperti ini sangat jarang dipaparkan di Malaysia, walaubagaimanapun jalan cerita kedua - dua telemovie tersebut memang berbezalah kan. Berbalik pada telemovie mimpi sumi ini, aku suka dengan jalan ceritanya yang misteri dan suspen gitu, lakonan para pelakon juga terbaik. Selain itu telemovie ini diarahkan oleh Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamarudin dan diterbitkan oleh Aquila Emas Sdn Bhd. Apa pun jom tengok sinopsis telemovie ini, okey..




Sinopsis Telemovie Mimpi Sumi Slot Luna NTV7

Keluarga baru Daniella (Sazzy Falak) cukup bahagia apabila anaknya Eyda (Alyssa Dezek) and suami barunya Asyar (Redza Rosli) serasi bersama. Eyda gemar melukis dan selalu menunjukkan lukisannya pada ibunya, walaubagaimanapun Daniella gagal memahami maksud di sebalik lukisan yang cuba disampaikan oleh anaknya itu. Bagi Daniella dia merasakan dirinya bertuah kerana mendapat suami sebaik Asyar yang sangat memahami dan baik hati. Keadaan sedikit kecoh bila bekas suami Daniella iaitu Haikal (Zizan Nin) tiba - tiba muncul dan ingin berjumpa dengan anaknya iaitu Eyda. Daniella yang yakin Haikal sudah berubah menjadi baik cuba menemukan Eyda dengan Haikal secara perlahan - lahan dan meminta Haikal untuk memberinya masa. Tak lama kemudian Daniella menemui anaknya Eyda mati selepas terjatuh dari tingkat atas rumah mereka.
Mimpi Sumi, Telemovie, Telefilem, Telemovie Mimp Sumi, 2018, Slot Luna, NTV7, Pedofilia, Child Abuse, Cast, Pelakon Telemovie Mimpi Sumi, Sazzy Falak, Redza Rosli, Alyssa Dezek, Melanie Tan, Zizan Nin, Telefilem Mimpi Sumi, Sinopsis Telemovie Mimpi Sumi, Lukisan, 2018,
Daniella tidak dapat menerima kematian Eyda dan menjadi kurang waras, manakala Haikal pula marah dan menyalahkan Daniella kerana tidak menjaga Eyda dengan baik. Asyar pula sentiasa bersabar melayan kerenah Daniella yang tidak begitu waras. Akhirnya setelah beberapa lama barulah Daniella menjadi dirinya semula dan mula bekerja seperti biasa. Daniella turut membawa satu lukisan Eyda untuk diletakkan di pejabatnya. Namun kawan baiknya yang meneliti lukisan Eyda mula curiga dengan maksud lukisan tersebut. Daniella mula berasa tidak sedap hati dan merasakan anaknya itu pernah dicabul oleh seseorang. Akhirnya Daniela merujuk semua lukisan Eyda itu pada doktor psikiatri, apa yang berlaku seterusnya?.

12 ulasan:

  1. Lukisan dia memang pelik and agak scary kan?

    Mija's blog

    BalasPadam
  2. Habis itu...siapa sumi? 😰

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak silap saya sumi tu merujuk pada dakwat sumi yang digunakan oleh Eyda untuk melukis..

      Padam
  3. 4.4.2020 ulang tayang semula..tv3 slot cerekarama

    BalasPadam
  4. Jdi.. Asyar la yg cabul eyda kan? Nmpk tk semestinye btul" baik kan

    BalasPadam
  5. Redza pegang watak pedofile dan bunuh anak tiri dia. Sekian. Penat aku tunggu citer ni lewat malam

    BalasPadam
  6. Terbaik jln cte drama ni.sy suke sngt..bru lpas kua tv3

    BalasPadam
  7. x faham ending dia...kenapa tiba2 suami dia mati...ape yg pelik sgt pada screensaver komputer pompuan tuh? sape Raysa? arghhhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terbalikkan nama asyar >> raysa

      Padam



My Random Post