Memaparkan catatan dengan label Kuih Raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kuih Raya. Papar semua catatan

9 Jun 2018

Resepi Biskut Raya Chocolate Chip




Cara - Cara Membuat Biskut Chocolate Chip, Bahan - Bahan untuk membuat Biskut Chip Coklat,
Cara - Cara Membuat Biskut Chocolate Chip

Resepi diatas ini credit untuk owner resepinya. Kena tengok betul - betul untuk part bahan - bahan tu sebab tulisan tak berapa nampak, boleh klik untuk besarkan ye. Apa pun biskut Chocolate Chip ini memang sedap pun, sekali makan memang tak boleh berhenti kan hehe. Selamat Mencuba.



Read More

17 Mei 2018

Resepi Kuih Raya Putu Kacang

Cara Nak Buat Kuih Putu Kacang, Resepi Kuih Raya Putu Kacang,
Resepi Kuih Raya - Putu Kacang

Putu Kacang sememangnya jadi kegemaran aku sekeluarga, memang sedap terutamanya kalau Putu Kacang tu jenis yang lembut dan rapuh bukannya keras. Kalau Hari Raya, aku akan pastikan untuk membuat tempahan Putu Kacang ini. Sebenarnya setiap kali hari raya aku memang akan beli saja kuih raya sebab senang dan mudah berbanding nak buat sendiri. Apapun aku ada jumpa resepi Putu Kacang ni kat Facebook, credit to Page Jom Buat Biskut. Kat bawah ni aku kongsikan resepinya, jadi pada yang rajin nak mencuba membuatnya bolehlah rujuk resepi Putu Kacang yang aku share ni ye. Selamat Mencuba :)




Resepi Kuih Raya - Putu Kacang

Bahan asas kuih ini ialah kacang hijau dan gula sebagai perasa manis. Sangat ringkas tetapi agak susah untuk mendapat kuih yang tahan lama terutama jika kadar kelembapan kuih masih tinggi. Maka kuih ini perlu dijemur (zaman dulu) tapi zaman sekarang saya tak tahu sama ada ianya tetap masih dijemur atau ada kaedah lain untuk mengeringkannya. Kalau zaman dulu kuih ni akan dijemur sangat lama untuk memastikan kesegarannya terjamin.

Resepi putu kacang

Bahan - Bahan untuk membuat Putu Kacang
500g tepung kacang hijau
500g gula di mesin halus
sedikit air untuk lembabkan tepung supaya senang di terap

cara - cara membuat Putu Kacang
1. Gaul tepung dan gula.
2. Percikkan sedikit air hingga tepung dapt di terap. Jgn terlapau lembab, nanti putu akan jadi liat.
3. Perap adunan dlm 1/2 jam
4. Tekan dlm acuan putu kacang. Ketuk sedikit tapi perlahan saja, untuk keluarkan putu kacang.
5. Bila dah siap, jemur sekejap atau panaskan oven pada 100 darjah selama 10 minit. offkan oven. masukkan putu kacang ke dalam oven dan tutup pintu oven. Biarkan hingga oven sejuk dalam 1/2 jam.
6. Susun dalam bekas kedap udara.

P/s - Salam Ramadan dan Selamat Berpuasa pada semua pembaca blog ini.
Read More

23 Apr 2018

Resepi Biskut Sarang Semut Rangup

Cara - Cara Membuat Biskut Sarang Semut, Cara - Cara Membuat Kuih Raya Sarang Semut


Cara - Cara Membuat Biskut Sarang Semut Rangup

Hari ini aku nak kongsikan salah satu Biskut Kegemaran aku terutamanya ketika musim - musim perayaan, pendek katanya orang panggil Kuih Raya Sarang Semut. Walaupun belum masuk bulan puasa, tapi aku saja nak berkongsi Resepi Biskut Sarang Semut ini, lagi pun tak perlu tunggu Raya untuk buat biskut - biskut ini, hari tak raya pun boleh buat dan makan biskut juga, betul tak? hehehe. Selain Almond London, Snow Almond, Biskut Tart, Semperit Dahlia, Biskut Sarang Semut ini juga antara favorite aku. Sedap dan ranggup biskut ini. Kalau ada masa lapang bolehlah cuba resepi ini, tapi pada kebiasaannya aku memang ambil jalan mudah dengan membeli saja biskut ini tapi masa perayaan jela. Lagipun sejak kecil, mak aku lebih selesa beli segala kuih raya berbanding buat kuih raya tu sendiri, lagi pun oven kat rumah ini dah rosak, jadi malas nak beli baru, baik beli saja biskut - biskut tu semua. 



Resepi yang aku kongsikan di sini credit untuk Facebook Jom Belajar Buat Biskut. Jadi pada yang rajin dan suka membuat segala biskut yang rangup dan sedap, maka bolehlah cuba resepi Biskut Sarang Semut ni. Tengok gambar pun dah nampak sedap, kalau biskut tersebut ada di depan aku sekarang, memang dah lama habis aku makan hahaha. Di entry yang akan datang, mungkin aku akan kongsikan resepi membuat Biskut Samperit / Semperit Dahlia pula. Teringat pula raya tahun lepas apabila 3 balang biskut semperit habis di makan secara beramai - ramai dalam masa yang sekejap saja. Biskut dah sedap kan memang lajulah masuk dalam mulut. Aku tak nak membebel panjang lagi, jadi korang boleh tengok resepi berkenaan kat bawah ini ye. 


BISKUT SARANG SEMUT RANGUP


- 1 Buku Buttercup (250g)

- 1 1/4 Cawan Gula Kastor

- 1 Cawan Tepung Naik Sendiri

- 2 1/2 Cawan Tepung Gandum

- 1/2 Cawan Tepung Jagung
- 1 Cawan Tepung Kastard
- 1/2 Sudu Teh Baking Powder
- 1 Sudu Teh Esen Vanilla
- 1 Biji Telur
- Chocolate Rice

Cara - Cara membuat Biskut Sarang Semut

1. Pukul buttercup dan gula kastor hingga agak kembang sedikit.
2. Masukkan telur dan esen vanilla kemudian pukul lagi hingga kembang dan sebati.
3. Masukkan semua jenis tepung dan baking powder. Pukul lagi hingga sebati. Pukul dengan perlahan. Tinggalkan sedikit tepung gandum untuk masukkan last sekali sambil uli dengan tangan, supaya kita boleh kurangkan bila adunan dah jadi doh.
4. Pastikan ianya menjadi doh bila kita genggam, kalau lembik, masukkan lagi tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli lagi sehingga jadi doh yang tidak melekat ditangan.
5. Sagat doh menggunakan sagat timun. Sagat sikit-sikit supaya tak tertekan dan melekat. atau masukkan ke dalam acuan berlubang (alat penekan ubi kentang), dan tekan doh keluar
6. Masukkan kedalam cup dan taburkan choclate rice diatasnya.
7. Susunkan dalam loyang dan bakar pada suhu 180 selama 10-15 minit.

Selamat Mencuba..
Read More


My Random Post