Memaparkan catatan dengan label Hollywood. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hollywood. Papar semua catatan

13 Okt 2018

List Of English Movies In September 2018





Bermula 30 Ogos 2018 hingga 17 September 2018 yang lalu, Astro ada memberikan siaran percuma semua channelnya untuk para pelanggan Astro. Alang - alang dah dapat tengok semua channel, aku pun tak lepaskan peluang untuk menonton filem - filem berbahasa Inggeris di Astro. Kira punya kira dapatlah menonton 18 english movie hehehe, siap buat list gitu. Jom tengok senarai filem tersebut beserta barisan pelakon setiap movie berkenaan di bawah ini ye..

1) Unforgettable (2017)
Pelakon: Rosario Dawson, Katherine Heigl, Geoff Stults, Cheryl Lad, Isabella Kai Rice dan ramai lagi.
English Movie, Hollywood, Hollywood Movie, Unforgettable Movie, 2017, List of English Movies in September 2018, Unforgettable Cast, Pelakon Filem Unforgettable, Rosario Dawson, Katherine Heigl, Geoff Stults, Cheryl Lad, Isabella Kai Rice, Thriller, Suspen, Poster, Blog Dari Hati Miss Mulan, Sinopsis,
Aku suka jalan ceritanya yang simple tapi suspen, plus pelakonnya ada Katherine Heigl gitu, wataknya sebagai Tessa memang menjadi dan sesuai dengannya. Mengisahkan Tessa yang berkongsi hak penjagaan anak perempuannya dengan bekas suaminya. Tessa mula cemburu bila dapat tahu yang bekas suaminya sudah ada tunang bernama Julia dan Tessa tidak dapat move on dengan hidupnya sebaliknya cuba membuat bekas suaminya berpisah dengan tunangnya itu dan kemudian kembali padanya.

2) The Mummy (2017)
Pelakon: Tom Cruise, Sofia Boutella, Annabelle Wallis, Jake Johnson, Russell Crowe dan ramai lagi.
Dah lama nak tengok filem ini, akhirnya dapat juga tengok kat TV, walaupun di penghujung cerita macam bosan sikit hehe.

3) Enhanted (2007)
Pelakon: Amy Adams, Patrick Dempsey, James Marsden, Idina Menzel, Susan Sarandon dan ramai lagi. Menarik dan kelakar juga jalan ceritanya, bila watak kartun datang ke alam realiti memang huru - haralah jawabnya hehe. Suka lakonan Amy Adams dalam filem ini, comel dan cute sangat.

4) Cinderella (2015)
Pelakon: Lily James, Richard Madden, Cate Blanchett, Holliday Grainger dan ramai lagi
Rasanya semua pun tahu jalan cerita Cinderella ini kan, apa pun syok juga layan movie ini masa tengah bosan..

5) Beauty and The Beast (2017)
Pelakon: Emma Watson, Dan Stevens, Luke Evans, Kevn Kline dan ramai lagi.
Filem yang bergenre muzikal, kadang -kadang bila tengok filem muzikal ni senang untuk buat aku mengantuk hahaha. Tapi aku suka tengok set filem ini yang nampak gah dan cantik gitu.

 


6)
Shut In (2016)

Pelakon: Naomi Watts, Oliver Platt, Charlie Heaton, David Cubitt, Jacob Tremblay dan ramai lagi..
Ada scene - scene suspen juga dalam filem ini, tapi jalan cerita filem ini agak biasa - biasa saja bagi aku.

7) Taken Heart (2017)
Pelakon: Gina Holden, Natasha Calis, Raffaello Degruttola, Matthew Ziff dan ramai lagi..
Jalan cerita movie ini simple dan suspen juga yang mengisahkan tentang seorang ibu yang cuba menyelamatkan anak perempuannya dari menjadi mangsa pemerdagangan organ manusia.

8) Lights Out (2016)
Pelakon: Teresa Palmer, Gabriel Bateman, Alexander DiPersia, Maria Bello dan ramai lagi.
Dah beberapa kali juga aku tengok movie Light Out ini, sebab sentiasa ada ulangan filem ini di TV hehe. Jalan ceritanya best, aku suka bila diorang gunakan konsep gelap dan cerah untuk menunjukkan kehadiran hantu tu.
Movie The Glass Castle (2017), English Movie, Hollywood, Hollywood Movie, List of English Movies in September 2018, The Glass Castle Cast, Pelakon Filem The Glass Castle, Brie Larson, Ella Anderson, Naomi Watts, Woody Harrelson, Sarah Snook, Max Greenfield, Poster, Sinopsis The Glass Castle,
9) The Glass Castle (2017)
Pelakon: Brie Larson, Ella Anderson, Naomi Watts, Woody Harrelson, Sarah Snook, Max Greenfield dan ramai lagi.

Filem The Glass Castle ini mempunyai jalan cerita yang best dan ada pengajarannya, mengisahkan tentang kehidupan sebuah keluarga yang miskin, dimana anak - anak mereka terpaksa berdikari sendiri disebabkan sikap ibu bapa mereka yang tidak bertanggungjawab.

10) The Chronicles Of Narnia : The Lion, The Witch and The Wardrobe (2005)
Pelakon: William Moseley, Anna Popplewell, Skandar Keynes, Georgie Henley, Tilda Swinton dan ramai lagi.
Merupakan siri pertama untuk filem The Chronicles Of Narnia, aku suka part permulaan cerita ini sampai di pertengahan, part diorang dah start perang dan lawan - lawan tu aku dah rasa bosan.

11) A Bigger Splash (2015)
Pelakon: Tilda Swinton,  Matthias Schoenaerts, Ralph Fiennes, Dakota Johnson dan ramai lagi..
Di permulaan cerita mungkin sedikit boring, tapi bila masuk di pertengahan sampai ke penghujung cerita, filem ini dah jadi best sebab tiba - tiba ianya jadi suspen sekejap hehehe.

12) Stronger (2017)
Pelakon: Jake Gyllenhaal, Tatiana Maslany, Miranda Richardson, Clancy Brown dan ramai lagi.
Filem Stronger ini berdasarkan kisah benar mengenai kisah hidup seorang lelaki yang kehilangan kedua - dua belah kakinya akibat serangan bom yang berlaku di sebuah acara larian maraton yang disertai oleh teman wanitanya. Apa pun memang best menonton filem - filem yang berdasarkan kisah benar ni, banyak pengajaran gitu, lakonan para pelakon pun terbaik.

13) Thor : Ragnarok (2017)
Pelakon: Chris Hemsworth, Tom Hiddleston, Cate Blanchett, Tessa Thompson, Mark Ruffalo dan ramai lagi.
Aku bukanlah pengikut filem Thor ni, dan aku tak tengok pun siri - siri filem Thor sebelum ini, tapi aku suka dengan jalan cerita Thor : Ragnarok ni sebab senang nak faham dan tak complicated. Selain tu Bromance Thor dengan Hulk juga lawak dan comel gitu hahaha. Malah filem ini juga dikatakan sebagai the best of the Thor trilogy.

14) Going The Distances (2010)
Pelakon: Drew Barrymore, Justin Long, Charlie Day, Jason Sudeikis, Christina Applegate, Kelli Garner dan ramai lagi.
Jalan cerita movie ni pun simple saja yang mengisahkan suka duka perhubungan jarak jauh antara sepasang kekasih. Scene yang paling aku suka bila diorang memutuskan untuk berpisah demi kebahagian masing - masing, berbanding melakukan pengorbanan kerana akhirnya pengorbanan itu mungkin akan dikesali kelak.

15) Keeping Up With Joneses (2016)
Pelakon: Zach Galifianakis, Jon Hamm, Isla Fisher, Gal Gadot, Matt Walsh dan ramai lagi.
Filem Keeping Up With Joneses ini bergenre komedi aksi yang mengisahkan satu pasangan suami isteri yang mengesyaki jiran mereka adalah spy yang berkhidmat untuk orang jahat. Filem ini biasa - biasa saja, bolehlah nak layan kalau boring - boring tu kan..

16) Mother! (2017)
Pelakon: Jennifer Lawrence, Javier Bardem, Ed Harris, Michelle Pfeiffer, Domhnall Gleeson dan ramai lagi.
Jalan cerita movie ni best, tapi ramai juga susah nak faham sebab ianya ada maksud tersirat gitu. Aku pun malas nak pikir makna di sebalik jalan ceritanya, jadi just enjoy the movie hehe

17) xXx: Return Of Xander Cage (2017)
Pelakon: Vin Diesel, Donnie Yen, Deepika Padukone, Kris Wu, Ruby Rose, Tony Jaa, Nina Dobrev dan ramai lagi.
Ada ramai pelakon best dalam filem ini, meriah betul ada pelakon dari Bollywood, Thailand, China semua bergabung berlakon bersama dalam filem ini. Merupakan filem Hollywood pertama Deepika Padukone, walaubagaimanapun jalan cerita filem ini setakat okey jela, tak adalah best sangat pun. Tarikan utama filem ini adalah kerana pelakonnya.

18) The Tourist (2010)
Pelakon: Angelina Jolie, Johnny Depp, Paul Bettany, Timothy Dalton, Christian De Sica dan ramai lagi..
Aku suka filem The Tourist ini, lawa betul Angelina Jolie dalam movie ni, jalan ceritanya pun menarik, siap ada plot twist gitu di penghujung cerita.

Read More

25 Feb 2018

Minions, Despicable Me 3 & The Scorch Trials

Minions, Despicable Me 3 & The Scorch Trials, Movie, Hollywood, Film, Filem, English Movie, English Film, My Review, My Opinion, My Favorite, Cartoon, Kartun, About Me,
Poster By Source, Fair use, Link

Minions, Despicable Me 3 & The Scorch Trials

Memang dah jadi seperti tabiat dan juga hobi untuk aku update dalam blog, setiap filem atau drama yang telah aku tonton. Untuk entry ini aku tak adalah nak review panjang - panjang mengenai 3 filem Hollywood ini, cuma sekadar pendapat aku saja mengenai 3 movie ini. Aku kalau ikutkan bukanlah peminat cerita -  cerita kartun mahu pun anime dan sebagainya, rasanya masa aku kecil dulu, antara kartun yang aku layan adalah seperti Dragon Ball, Sailormoon, Doraemon, Anak - Anak Sidek dan Shin Chan je kot hahaha. Eh lupa pula filem Frozen pun aku suka juga hahaha, Tapi filem seperti Despicable Me, Despicable Me 2, Minions dan juga Despicable Me 3 ini memang seronok pula untuk ditonton sebab lawak juga tengok telatah Gru dan Minions itu, termasuklah dengan anak - anak angkat Gru seperti Margo, Edith dan Agnes itu. Masa tengok filem Despicable Me dan juga Despicable Me 2 itu, aku memang terfikir juga, macam manalah Gru boleh jumpa minions ni semua, dan dari mana asal usul Minions ini. Lepas itu ada filem Minions yang release pada tahun 2015 yang merupakan spin off / prequel pada Despicable Me yang memberi jawapan tentang semua persoalan aku mengenai Minions ini. Menerusi filem itu, barulah tahu macam mana Minions dan Gru boleh berjumpa, plus dalam movie ini juga kita dapat mendengar suara Sandra Bullock untuk watak Scarlet Overkill itu.



Bagi aku Despicable Me 1 dan 2 serta movie Minions ini memang best betul tapi Despicable Me 3 maybe tidak sebagus seperti movie yang terdahulu tapi masih menghiburkan. Lawak pula aku tengok sikap Minions dalam Despicable Me 3 ini, apabila diorang semua boring dan memberontak kerana Gru dah jadi baik dan tak mahu jadi jahat lagi. Lalu minions tu semua slumber gitu je meninggalkan Gru. Dalam movie ini juga Gru tahu dia ada adik - beradik kembar yang bernama Dru dan Gru juga terpaksa menumpaskan musuh barunya yang bernama Balthazar Bratt. Apa pun semua filem tersebut memang seronok untuk di tonton dan kelakar.
Minions, Despicable Me 3 & The Scorch Trials, Movie, Hollywood, Film, Filem, English Movie, English Film, My Review, My Opinion, My Favorite, Cartoon, Kartun, About Me, The Maze Runner, Pelakon, Maze Runner Cast, Dylan O' Brien, Kaya Scodelario, Ki Hong Lee,
Poster By Source (WP:NFCC#4), Fair use, Link

Bagi aku filem The Maze Runner (2014) memang sangat best, suspen dan mendebarkan manakala filem Maze Runner : The Scorch Trials adalah sequel pada siri pertama yang release pada tahun 2015.
Dalam siri kedua ini, diorang masih mengekalkan pelakon - pelakon asal seperti Dylan O' Brien, Kaya Scodelario, Ki Hong Lee dan ramai lagi. Dalam filem ini diorang memang banyak berjalan dan berlari mencari perlindungan yang selamat. Bagi aku filem Maze Runner : The Scorch Trials ini okey cuma tak sebagus seperti filem yang pertama. Namun ramai yang cakap filem ketiga siri ini iaitu Maze Runner : The Death Cure sangat best, ramai yang bagi review positif mengenai siri ketiga filem ini. 
Read More

18 Jun 2017

Kisah Psiko Dalam Filem Get Out (English Movie)

Get Out, Filem, Movie, English Movie, Sinopsis, Review, Psychiatrist, Hypnotherapist, Hypnotizes, Misteri, Thriller, Seram, Psikologi, Psiko, Watak, Rose Armitage, Chris, Dean, Missy, Rod, Logan King, Andre, Pelakon, Daniel Kaluuya, Allison Wiliams, Lil Rel Howery, Bradley Whitford, Caleb Landry, Jones, Stephen Root, Catherine Keener, Lakeith Stanfield, Pengarah, Jordon Peele, Movie 2017,
Review dan Sinopsis Filem Get Out (English Movie)

Hari ini aku nak buat review English Movie yang bertajuk Get Out yang release pada 24 Februari 2017 yang lalu. Filem Get Out ini diarahkan oleh Jordon Peele dan dilakonkan oleh Daniel Kaluuya, Allison Wiliams, Lil Rel Howery, Bradley Whitford, Caleb Landry, Jones, Stephen Root, Catherine Keener, Lakeith Stanfield dan ramai lagi. Aku tertarik nak tengok filem ini selepas membaca review filem ini yang positif dalam surat khabar dan sememangnya filem ini memang best, penuh suspen, unik, menarik dan best. Filem ini tidak memerlukan hantu untuk menimbulkan rasa seram, misteri dan takut pada penonton, sebaliknya hanya bergantung pada jalan ceritanya yang unik dan menarik saja. Selain itu filem ini turut memfokuskan tentang isu - isu psikologi dan juga isu perkauman antara orang kulit putih dan juga orang kulit hitam. Dalam filem ini juga banyak elemen - elemen kejutan dan plot twist terutamanya tentang identiti Rose dan keluarganya yang sebenarnya. Pelakon - pelakon filem ini juga memberikan lakonan yang hebat dan menyakinkan. Babak - babak suspen dalam filem Get Out ini memang best sampai aku sendiri pun rasa takut jika aku berada di tempat Chris yang telah di hypnotizes dan kemudian dirinya menjadi kaku, lumpuh.

Akhirnya badannya dan fikirannya akan diambil alih oleh orang lain dan dirinya pula berada di suatu tempat yang digelar "The Sunken Place". Dari apa yang aku baca, sepatutnya ending movie Get Out ini berakhir dengan tragis dan sedih, walaubagaimanapun nasiblah original endingnya ditukar menjadi lebih happy ending untuk watak Chris itu, sekaligus membuat penonton lebih berpuas hati. Sesuai dengan tajuk filem ini, aku sememangnya berharap agar Chris cepat - cepat keluar dari rumah keluarga Rose itu, kerana sejak awal lagi Chris dapat merasai ada sesuatu yang tidak kena dengan perangai pelik orang gaji di rumah tersebut. Apa pun filem Get Out ini memang seronok ditonton dan mempunyai jalan cerita yang sukar nak dijangka apa yang akan jadi seterusnya. Aku sertakan sekali sinopsis filem ini dibawah, selamat membaca ye.

Sinopsis Filem Get Out ( English Movie)

Jalan cerita bermula dengan kehilangan Andre Hayworth yang diculik, kemudian jalan cerita mula berkisarkan tentang Chris Washington yang merupakan seorang Photographer yang berbakat besar dan juga kekasihnya Rose Armitage. Rose mengajak Chris untuk ke rumah keluarganya untuk bertemu dengan ibu bapanya, awalnya Chris agak keberatan kerana bimbang dengan penerimaan keluarga Rose terhadap dirinya yang merupakan orang kulit hitam. Rose menyakinkan Chris yang keluarganya berfikiran terbuka dan akhirnya Chris bersetuju untuk mengikut Rose pulang ke rumah keluarganya. Ibu Bapa Rose melayan Chris dengan baik sekali, cuma abang Rose iaitu Jeremy yang berkelakuan sedikit pelik. Begitu juga dengan 2 orang gaji di rumah tersebut iaitu Walter dan Georgina yang juga berkelakuan amat pelik sekali. Di waktu malam, Chris tidak dapat tidur lalu memutuskan untuk berjalan - jalan di luar rumah, kemudian Ibu Rose iaitu Missy Armitage mengajak Chris untuk berbual - bual. Missy merupakan seorang psychiatrist dan hypnotherapist yang cuba berborak dengan Chris tentang kisah silamnya sewaktu kecil kemudian Chris dihypnotizes olehnya sehingga menjadi kaku dan lumpuh. Keesokannya Chris terbangun dari tidurnya dan menyangka itu semua hanya mimpi.

Kemudian rumah Rose dipenuhi oleh ramai tetamu yang datang kerana ibu bapa Rose mengadakan jamuan makan. Tetamu - tetamu di rumah tersebut juga sering memandang dan memerhatikan gelagat Chris. Dalam banyak - banyak tetamu yang datang Chris memilih Logan King untuk berborak kerana Logan juga merupakan orang berkulit hitam sepertinya. Chris kemudian perasan yang wajah Logan King ini seiras dengan Andre Hayworth yang hilang sebelum ini. Chris kemudiannya cuba mengambil gambar Logan King menerusi Handphonenya secara senyap - senyap. Namun Chris lupa nak off flash kamera handphonenya itu dan menyebabkan Logan King terkaku seketika dan mula mengamuk dan memarahi Chris dan menyuruh Chris untuk Get Out (keluar) dari situ. Chris benar - benar rasa bersalah dan tidak menyangka Logan King akan mengamuk seperti itu, Misy kemudiannya berjaya menenangkan Logan King. Chris mula menelefon dan menceritakan semua kejadian pelik yang berlaku di rumah itu pada sahabat baiknya iaitu Rod Williams. Rod kemudiannya menasihati Chris untuk cepat keluar dari rumah itu, selepas itu Chris dan Rose keluar dari rumah itu untuk seketika bagi menenangkan fikiran dan Chris mula berhasrat untuk pulang, namun Rose cuba memujuk Chris untuk tinggal lebih lama di rumahnya.

Ketika ketiadaan Chris dan Rose di rumah itu, bapa Rose iaitu Dean Armitage yang merupakan seorang doktor Neurosurgeon mengadakan satu lelongan misteri. Terdapat gambar Chris disitu dan seolah - olah lelongan itu dibuat bagi menjual Chris pada mereka yang berminat. Jim Hudson berjaya membeli Chris dengan harga yang tertinggi sekali. Pada malam tersebut, Chris menggesa Rose untuk berkemas kerana dirinya ingin pulang pada malam itu juga, tidak lama selepas itu Chris menjumpai satu kotak kecil yang mengandungi gambar - gambar mesra Rose bersama orang gaji di rumah tersebut iaitu Walter dan Georgina. Menerusi gambar itu, Chris dah dapat mengagak yang Rose bukan seperti yang disangkakannya selama ini. Chris tahu mungkin dirinya yang akan menjadi mangsa selepas ini. Seperti yang dijangkanya, keluarga Rose menghalang Chris dari keluar dari rumah itu dan akhirnya Chris pengsan. Apabila dia sedar, tangan dan kakinya telah diikat dan terdapat sebuah TV di depannya, Ibu bapa Rose menggunakan TV tersebut untuk berkomunikasi dengan Chris dan menerangkan segalanya pada Chris dan kemudiannya menghypnotizes Chris. Ketika Chris sedar dia mendapat satu idea untuk menghalang dirinya dari di hypnotizes oleh Missy dengan memasukkan kapas di telinganya dan selepas itu dia berpura - pura pengsan dan menanti peluang untuk keluar dari situ.

Manakala kawan Chris iaitu Rod Williams mula bimbang dengan keadaan Chris kerana tidak dapat menghubungi Chris langsung. Rod turut menghubungi Rose namun Rose cuba menipu Rod dengan mengatakan Chris dah pulang, namun Rod langsung tidak mempercayai Rose dan akhirnya Rod cuba melaporkan kehilangan Chris pada polis, namun polis tidak mempercayai ceritanya itu dan memaksa Rod untuk pergi sendiri ke rumah keluarga Rose itu. Apa yang berlaku seterusnya? kalau anda semua nak tahu, kenalah tonton filem ini nanti ye. Memang berbaloi menontonnya, ending filem ini memang happy ending dan aku bagi 9 bintang dari 10 bintang untuk filem Get Out ini.

Gambar diatas credit to BagoGames at Flickr



Read More


My Random Post