Memaparkan catatan dengan label Nina Iskandar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nina Iskandar. Papar semua catatan

20 Sep 2019

Drama Rumah Siti Khadijah (Samarinda TV3)




Rumah Siti Khadijah, Drama Rumah Siti Khadijah, Slot Samarinda, TV3, Sinopsis Drama Rumah Siti Khadijah, OST Drama Rumah Siti Khadijah, Drama Melayu, Drama Bersiri TV3 2019, Sinopsis Drama Rumah Siti Khadijah Setiap Episod, Senarai Pelakon Drama Rumah Siti Khadijah, Farahdhiya, Intan Ladyana, Faezah Elai, Nina Iskandar, Sherry Al Jeffri, Azhan Rani, Zaidi Omar , Zulkifli Ismail, Rahhim Omar, Jay Iswazir, Kamarool Yusoff, Khayrisyah Kemal, Poster Drama Rumah Siti Khadijah,
Drama Rumah Siti Khadijah Slot Samarinda TV3

Drama Rumah Siti Khadijah adalah drama terbaru di slot Samarinda TV3 dan sudah bersiaran sejak 10 September 2019 yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Jalan cerita untuk setiap episod berbeza dan drama ini mempunyai 13 episod dan diarahkan oleh Heykal Hanifah serta diterbitkan oleh Luqsar Kreatif Sdn Bhd. Antara pelakon drama Rumah Siti Khadijah ini adalah Farahdhiya, Intan Ladyana, Faezah Elai, Nina Iskandar, Sherry Al Jeffri, Azhan Rani, Zaidi Omar , Zulkifli Ismail, Rahhim Omar, Jay Iswazir, Kamarool Yusoff, Khayrisyah Kemal dan ramai lagi. Manakala lagu tema / OST Drama Rumah Siti Khadijah ini bertajuk Jiwa Raga dan dinyanyikan oleh Liya Bank. Nampak menarik drama ini kan, disamping ada pengajaran gitu. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..




Sinopsis Drama Rumah Siti Khadijah

Rumah Siti Khadijah adalah sebuah rumah pemulihan akhlak untuk remaja bermasalah yang ingin kembali ke pangkal jalan. Setiap penghuni mempunyai masalah dan konflik kehidupan yang berbeza sehingga mereka diberi perlindung an di Rumah Siti Khadijah. Rumah Siti Khadijah diwarisi oleh Sakinah (Farahdhiya) yang merupakan anak angkat kepada seorang hartawan, Datin Siti Khadijah. Setiap warden di rumah Siti Khadijah iaitu Amira (Faezah Elai), Zara (Intan Ladyana) dan Fika (Nina Iskandar) mempunyai kisah silam tersendiri dan mereka berusaha untuk melindungi gadis-gadis ini.Amira telah dipaksa oleh bapanya untuk berkahwin dengan seorang ustaz yang mengamalkan ajaran sesat di mana dia akan dijadikan isteri yang kelima. Zara pula menghadapi masalah keluarga apabila kedua-dua ibu bapanya sering bergaduh. Zara melarikan diri dari rumah dan terlanjur. Manakala Fika pula telah diperkosa oleh pakcik yang memeliharanya setelah kematian ibu bapanya.
Rumah Siti Khadijah, Drama Rumah Siti Khadijah, Slot Samarinda, TV3, Sinopsis Drama Rumah Siti Khadijah, OST Drama Rumah Siti Khadijah, Drama Melayu, Drama Bersiri TV3 2019, Sinopsis Drama Rumah Siti Khadijah Setiap Episod, Senarai Pelakon Drama Rumah Siti Khadijah, Farahdhiya, Intan Ladyana, Faezah Elai, Nina Iskandar, Sherry Al Jeffri, Azhan Rani, Zaidi Omar , Zulkifli Ismail, Rahhim Omar, Jay Iswazir, Kamarool Yusoff, Khayrisyah Kemal, Poster Drama Rumah Siti Khadijah,
Aku sertakan sekali sinopsis episod pertama hingga keempat drama ini..

Sinopsis Drama Rumah Siti Khadijah Episod Sumbang Mahram
Mengisahkan tentang Dura yang berusia 15 tahun menjadi mangsa kerakusan datuknya sendiri. Abangnya, Lukman sering bekerja di luar daerah kerana dia bertanggungjawab menyara keluarga. Lama-kelamaan, Lukman nampak perubahan sikap Dura yang seolah-olah dalam ketakutan dan menjadi pendiam. Di hadapan Lukman, datuknya berpura-pura menjadi seorang yang penyayang.  Lukman tidak sangka datuk mereka sanggup melakukan kerja yang terkutuk itu.

Sinopsis Drama Rumah Siti Khadijah Episod Call Girl
Mengisahkan tentang Fatin seorang gadis peramah yang datang meminta kerja di butik pakaian milik Sakinah. Sakinah memuji sifat Fatin yang pandai memikat hati pelanggannya. Fatin hidup bersama adik dan ayahnya, Marzuki setelah ibu bapanya bercerai. Marzuki seorang kaki perempuan sering mendera Fatin dan adiknya jika tidak mendapat wang. Lama-kelamaan, Sakinah sedar perubahan sikap Fatin. Satu hari, Sakinah terserempak dan melihat sisi hidup Fatin yang membuat kerja sampingan sebagai ‘Call Girl’. Sakinah mula  mengekorinya dan cuba membantu Fatin agar berubah dan kembali ke pangkal jalan.

Sinopsis Drama Rumah Siti Khadijah Episod Pil Khayal
Menceritakan hidup Mel, seorang anak tunggal yang dibesarkan dalam keluarga berada. Kesibukan ibu bapanya yang kerap ke luar negara sering meninggalkan Mel dengan pembantu rumahnya, Kak Ecah. Segala kemahuannya dituruti. Mel mula terjebak dengan pengambilan pil khayal. Setiap kali ibu bapanya ke luar negara, Mel akan keluar berhibur dengan kawan-kawannya dan balik ke rumah dalam keadaan mabuk dan berkhayal.

Sinopsis Drama Rumah Siti Khadijah Episod Lari Rumah
Mengisahkan tentang Adira yang dibesarkan dalam keluarga yang baik dan sempurna. Namun di sebalik tanggungjawab terhadap keluarga, Adira rasa terbeban hidupnya dan tidak dapat bergaul dengan kawan-kawan lain. Perlakuan Adira mula berubah setelah berkenalan dengan Rizal melalui media sosial. Kemudian, orang tuanya dikejutkan dengan berita kehilangan anak mereka apabila Adira tidak pulang dari sekolah. Adira yang tertekan dan rasa terikat dengan tanggungjawab di rumah, tidak mahu pulang walaupun telah dijumpai oleh orang kampung dan orang tuanya. 

Jom Baca Ini juga ➔ Sinopsis Drama Cinta Belum Tamat Tempoh
Read More

16 Mei 2019

Biodata Terkini Nina Iskandar




Nina Iskandar, Biodata, Biodata Artis, Biodata Pelakon, Biodata Nina Iskandar, Profil Nina Iskandar, Biodata Penuh Nina Iskandar, Biodata Lengkap Nina Iskandar, Biodata Terkini Nina Iskandar, Biodata Artis 2019,
Biodata Terkini Nina Iskandar

Hari ini aku nak share biodata pelakon cantik manis yang bernama Nina Iskandar. Nina Iskandar ni berasal dari Brunei dan first time aku tengok lakonannya adalah menerusi filem Pengantin Malam. Drama Andainya Takdir lakonannya bersama Shukri Yahaya benar - benar melonjakkan namanya dan drama tu turut disambung ke musim kedua gitu. Apa pun aku suka tengok filem, telefilem dan drama - drama lakonan Nina Iskandar ni sebab semuanya best - best. Paling baru drama lakonan Nina Iskandar ni baru saja habis bersiaran di TV3 bertajuk Rumah Siti Khadijah yang disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot Samarinda. Jadi tanpa membuang masa jom tengok biodata penuh Nina Iskandar di bawah ini okey.




Biodata Lengkap Nina Iskandar

Nama Penuh: Nur Akmalina binti Iskandar
Nama Komersil: Nina Iskandar
Tarikh Lahir: 4 Ogos 1991
Umur: 28 Tahun (2019)
Asal: Brunei Darussalam
Pekerjaan: Pelakon & Model
Tahun Aktif: 2011 hingga kini
Status : Sudah Berkahwin dengan Azlan Adzanan
Nina Iskandar, Biodata, Biodata Artis, Biodata Pelakon, Biodata Nina Iskandar, Profil Nina Iskandar, Biodata Penuh Nina Iskandar, Biodata Lengkap Nina Iskandar, Biodata Terkini Nina Iskandar, Biodata Artis 2019,
Senarai drama - drama lakonan Nina Iskandar : Rumah Siti Khadijah, Tolong Aku Doktor Cinta, Diari Tular, Kereta Sewa, Setelah Cinta Itu Pergi, Isteri Dalam Sangkar, Cinta Bukan Kristal, Andainya Takdir 2, Bicara Cinta Tertangguh, Andainya Takdir, Papa Ricky, Terlarang Sudah Rinduku, Mr. Tanda Soal, Sha & Shah, Lari Mira, Raya Ni Dah Kahwin, Padamu Aku Bersujud, Dendam Semalam, Raya Ni Mesti Kahwin, Jika Itu Takdirku, Erna Suraya, Balkish, Rintihanku.
Filem - Filem Lakonan Nina Iskandar: Hospital, Pengantin Malam, Lu, Gua Bro!, Sniper, Muka Surat Cinta, Ada Apa Dengan Rina?.
Senarai Telefilem Lakonan Nina Iskandar: Sinar Ramadan Untuk Amanda, Yang Terindah, Senarai Raya Papa, Gerabak Cinta, Lakaran Cinta, Syahadah Terakhir, Ratu Kebaya Masuk U, Bini Muda, Jasmine, Siapa Dia Sebenarnya, 13 Tiang Cinta, Kalau Aku Kaya, Sha, Shah & Syawal, Pondok Itu Rumahku, Serambi Mama.
Twitter & Instagram Nina Iskandar : @OfficialNinaIsk IG NinaIskandar 

(Blog Dari Hati Miss Mulan)
Read More

9 Mei 2019

Sinopsis Drama Tolong Aku Doktor Cinta (TV2)




Tolong Aku Doktor Cinta, Drama Tolong Aku Doktor Cinta, TV2, RTM, Drama Melayu TV2 2019, Drama Bulan Ramadan 2019, Sinopsis Tolong Aku Doktor Cinta, Cast, Pelakon Drama Tolong Aku Doktor Cinta, Hafreez Adam, Nina Iskandar, Puteri Aishah, Adam Yusuf, Sissy Iman, Aiman Rahman, Haris Ismail, Shah Khan, Zalfa Zin, Liza Abdullah, Drama Bersiri Tolong Aku Doktor Cinta,
Sinopsis Drama Tolong Aku Doktor Cinta (TV2)

Drama Tolong Aku Doktor Cinta sudah pun bersiaran di TV2 sejak 6 Mei 2019 yang lalu, setiap Isnin hingga Sabtu jam 6 petang. Antara pelakon drama Tolong Aku Doktor Cinta ini adalah Hafreez Adam, Nina Iskandar, Puteri Aishah, Adam Yusuf, Sissy Iman, Aiman Rahman, Rizz Ismail, Shah Khan, Zalfa Zin, Liza Abdullah dan ramai lagi. Selain itu drama Tolong Aku Doktor Cinta ini mempunyai 26 episod dan diarahkan oleh Amor Rizan serta diterbitkan oleh Pena Creative Pictures Sdn Bhd. Manakala lagu tema drama ini / OST Tolong Aku Doktor Cinta dinyanyikan oleh Sissy Iman bertajuk Pesanan Ayahanda. Aku memang tengok drama ni, memang menarik jalan ceritanya, bolehlah layan sebelum buka puasa kan. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..




Sinopsis Drama Tolong Aku Doktor Cinta Lakonan Hafreez Adam, Nina Iskandar & Puteri Aishah

Mengisahkan Hana (Nina Iskandar) dan Anita / Nita (Puteri Aishah) yang tinggal serumah, mereka buntu dengan masalah percintaan masing - masing. Hana keliru dengan sikap Bossnya Irfan (Rizz Ismail) yang tidak menentu itu. Hana awalnya gembira apabila bossnya melayannya dengan baik sekali serta bossnya turut mengajaknya untuk keluar makan bersama. Hana agak yakin yang bossnya itu ada hati padanya namun tak lama kemudian bossnya mula berubah sikap dan melayannya dengan dingin sekali serta selalu marah - marah padanya. Manakala Nita pula mengalami masalah dengan teman lelakinya Faiz (Adam Yusuf) yang digelarnya sebagai drama king. Anita mula rasa kecewa dengan sikap Faiz yang sambil lewa dan masih tiada pekerjaan tetap. 
Tolong Aku Doktor Cinta, Drama Tolong Aku Doktor Cinta, TV2, RTM, Drama Melayu TV2 2019, Drama Bulan Ramadan 2019, Sinopsis Tolong Aku Doktor Cinta, Cast, Pelakon Drama Tolong Aku Doktor Cinta, Hafreez Adam, Nina Iskandar, Puteri Aishah, Adam Yusuf, Sissy Iman, Aiman Rahman, Haris Ismail, Shah Khan, Zalfa Zin, Liza Abdullah, Drama Bersiri Tolong Aku Doktor Cinta,
Nita juga mahu memutuskan perhubungan mereka tapi Faiz merayu supaya mereka tidak berpisah dan akhirnya Nita memberikannya peluang kedua dan Faiz turut berjanji dengan Nita untuk mencari kerja. Dalam hal yang lain Tajul (Hafreez Adam) turut menghadapi masalah dengan kekasihnya itu yang banyak ragam. Sementara itu kawan pejabat Hana sering mempromote blog Dr. Love Online pada Hana dan akhirnya Hana dan Nita mengadu masalah percintaan mereka itu pada blog percintaan popular itu Dr Love Online. Dr. Love atau Doktor Cinta akan memberikan pendapatnya serta cara penyelesaian pada masalah pembaca blognya itu. Walaubagaimanapun nasihat yang diberikan oleh Dr Love pada masalah Anita dan Hana itu hanya memburukkan lagi keadaan. Hana dan Anita berasa tertipu serta bertindak mencari siapa Doktor Cinta yang sebenar untuk membalas dendam. Hana dan Nita kemudian mendapat info yang Tajul adalah Doktor Cinta yang sebenar, namun Tajul menafikan yang dirinya adalah Doktor Cinta Apa yang berlaku seterusnya?.

Ending Drama Tolong Aku Doktor Cinta

Ending drama Tolong Aku Doktor Cinta ni stil happy ending walaupun ada sedih juga, apabila Tania yang merupakan doktor cinta sebenar yang juga adik pada Tajul, meninggal dunia disebabkan penyakitnya. Setelah seminggu kematian Tania, Hana, Anita dan Tajul mendapat email dari Tania yang telah dihantar oleh Khai. Dalam email itu, Tania memberikan pendapat serta nasihatnya yang terakhir sebagai Doktor Cinta pada masalah cinta yang dihadapi oleh Hana, Anita dan abangnya Tajul. Setelah mendapat email dari Tania itu, Tajul mula sedar dan terus pergi berjumpa dengan Hana untuk meluahkan rasa cintanya yang terpendam selama ini. Hana akhirnya turut mengakui yang dirinya turut mencintai Tajul, manakala Anita pula dah berbaik semula dengan kekasih barunya Asprul. Selain itu Hana dan Anita juga akan meneruskan usaha Tania sebelum ini untuk menjadi doktor cinta dan menyelesaikan masalah pembaca blog doktor cinta itu. Akhir sekali Hana dan Anita berkahwin dengan pilihan hati masing - masing. 

Jom Baca Ini juga ➔ Biodata Terkini Nina Iskandar

(Blog Dari Hati Miss Mulan)
Read More


My Random Post