10 Sep 2019

Sinopsis Telefilem Wanita Di Hujung Kuala




Wanita Di Hujung Kuala, Telefilem, Telemovie, Telefilem Wanita Di Hujung Kuala, Telemovie Wanita Di Hujung Kuala, Sinopsis Wanita Di Hujung Kuala, RTM,TV Okey, Telefilem Sempena Hari Kebangsaan Malaysia ke - 62, Watak - Watak Pelakon Dalam Telefilem Wanita Di Hujung Kuala, Senarai Pelakon Telefilem Wanita Di Hujung Kuala, Nazeera Sardi, Daler Yusuf, Riz Amin, Iqram Dinzly, Sharifah Shahora, Zahid Baharudin, Zaman Pendudukan British Di Tanah Melayu, Zaman Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu, Ilmu, Bahasa Inggeris,

Telefilem Wanita Di Hujung Kuala ini sudah pun disiarkan di TV Okey pada 31 Ogos yang lalu sempena hari kemerdekaan Malaysia yang ke - 62. Aku dapat tahu pasal telemovie Wanita Di Hujung Kuala ini pun lepas tengok Instagram Nazeera Sardi, plus ada artikel juga yang keluar pasal Iqram Dinzly yang start berlakon balik menerusi telefilem Wanita Di Hujung Kuala ini. Antara pelakon telefilem Wanita Di Hujung Kuala ini adalah Nazeera Sardi, Daler Yusuf, Riz Amin, Iqram Dinzly, Sharifah Shahora, Zahid Baharudin dan ramai lagi. Iqram Dinzly memegang watak Adam dan kena berambut pendek dalam telefilem ini manakala Nazeera Sardi pula akan melakonkan watak sebagai Nur, Daler Yusuf pula sebagai Tuan Andrew. Zahid pula akan melakonkan watak sebagai Yusuf iaitu abang pada Nur. Manakala Sharifah Shahora dan Riz Amin pula akan melakonkan watak sebagai ibu bapa pada Nur dan Yusuf. Aku tertarik dengan jalan cerita telemovie ni yang best, sebab tu aku kongsi dalam blog ini hehehe. Apa pun jom tengok sinopsis telefilem ini di bawah okey..




Sinopsis Telefilem Wanita Di Hujung Kuala (TV Okey)

Mengisahkan tentang seorang gadis bernama Nur yang teringin untuk melanjutkan pelajarannya seperti abangnya, Idris dan Yusuf (Zahid) yang bersekolah di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Namun ayah mereka, Pak Ali (Riz Amin) membantah impian Nur untuk belajar kerana baginya, kaum perempuan tak perlu belajar tinggi  - tinggi kerana akhirnya akan ke dapur juga, malah ketika itu juga tidak ada sekolah atau maktab yang menerima kaum wanita untuk belajar atau menyambung pelajaran. Nur yang menolong ibunya untuk mencuci baju, memasak dan mengemas rumah pegawai British terpaksa belajar sendiri. Namun dengan bantuan isteri pegawai British yang sudi mengajar Nur tentang bahasa Inggeris membuatkan Nur makin gemar untuk membaca buku - buku dalam bahasa Inggeris. Namun pelajaran Nur terhenti seketika apabila isteri pegawai British itu terpaksa mengikut suaminya pulang semula ke England. Pegawai British tersebut kemudiannya diganti dengan pegawai British yang baru bernama tuan Andrew (Daler Yusuf) yang fasih berbahasa Melayu. Tuan Andrew kagum dengan Nur yang mampu memahami perbualannya dalam bahasa Inggeris, malah Nur juga mampu membaca dalam bahasa Inggeris. Tuan Andrew kemudian mula mengajar Nur bahasa Inggeris dan kini Nur sudah boleh membaca dengan baik serta makin fasih dalam bahasa Inggeris.
Wanita Di Hujung Kuala, Telefilem, Telemovie, Telefilem Wanita Di Hujung Kuala, Telemovie Wanita Di Hujung Kuala, Sinopsis Wanita Di Hujung Kuala, RTM,TV Okey, Telefilem Sempena Hari Kebangsaan Malaysia ke - 62, Watak - Watak Pelakon Dalam Telefilem Wanita Di Hujung Kuala, Senarai Pelakon Telefilem Wanita Di Hujung Kuala, Nazeera Sardi, Daler Yusuf, Riz Amin, Iqram Dinzly, Sharifah Shahora, Zahid Baharudin, Zaman Pendudukan British Di Tanah Melayu, Zaman Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu, Ilmu, Bahasa Inggeris,
Walaubagaimanapun Nur merahsiakan tentang hal dia belajar bahasa Inggeris dengan tuan Andrew dari pengetahuan ayahnya, kerana dia yakin ayahnya akan menghalang. Dalam masa yang sama ayah Nur ingin menjodohkan Nur dengan Adam (Iqram Dinzly) yang merupakan pemuda kampung yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Singapura dalam bidang kedoktoran. Sifat Adam yang memahami impian Nur untuk belajar membuatkan Nur selesa dengan Adam. Walaubagaimanapun setelah Adam ke Singapura, dia mula lupakan Nur dan ada perempuan lain. Atas dorongan tuan Andrew, Nur juga mula mengajar kawan - kawannya yang lain. Namun keadaan mula kecoh bila ayah kawannya itu mengamuk dan mengadu pada ayah Nur kerana tak suka anak perempuannya belajar ilmu penjajah. Tak lama kemudian Jepun menyerang tanah Melayu dan ayah Nur turut terkorban, hidup Nur sekeluarga makin susah dan emaknya pula jatuh sakit. Tuan Andrew dan pegawai British yang lain terpaksa melarikan diri dari Tanah Melayu yang kini diduduki oleh tentera Jepun. Sepanjang Jepun menjajah Tanah Melayu, tuan Andrew dan Nur saling merindui antara satu sama lain. Tuan Andrew sering tertanya- tanya keadaan Nur di tanah Melayu kerana Nur tidak membalas semua surat - suratnya. Apa yang berlaku seterusnya?..

Lagu Tema / OST Telefilem Wanita Di Hujung Kuala
➤ Rintik Hujan nyanyian Akma


(Blog Dari Hati Miss Mulan)

4 ulasan:

  1. Kena cari di youtube ni. Nak tengok la...

    BalasPadam
  2. ohh ad tgok iklan dia. tp takdak la pulak tgok sbb 31 ogos hritu tak tgok tv langsng

    BalasPadam
  3. nice.. baca sinopsis tu macam menarik.. boleh la try cari cerita ni dekat youtube.

    BalasPadam
  4. Tak pernah tengok tapi sinopsis menarik...nanti nak cari kat youtube

    BalasPadam



My Random Post