Telefilem Ayyad Aisyah akan disiarkan di slot Cereka Ahad TV3 pada 2 Jun 2019 ini, jam 10 malam. Antara pelakon telefilem Ayyad Aisyah ini adalah Ariff (Buntat), Indah Emeerlda, Zamarul Hisham, Watie Sadali, Syazuwan Hassan, Shasha Raman, Zailin Aqeesha, Naz Azmie, Hisham Ahmad Tajuddin dan ramai lagi. Selain itu telemovie Ayyad Aishah ini diarahkan oleh Osman Ali dan diterbitkan oleh Primeworks Studios Sdn Bhd. Nampak menarik telefilem ni kan, jalan ceritanya pun nampak sedih dan ada pengajaran gitu. Apa pun jom tengok sinopsis telefilem ini dibawah okey..
Sinopsis Telefilem Ayyad Aisyah - TV3
Mengisahkan Ayyad, 12 tahun, merupakan seorang kanak-kanak lembam. Dia cenderung kepada aktiviti berkebun dan meminati bola sepak namun tidak ada kanak-kanak yang mahu bermain dengannya. Ayyad mempunyai seorang adik perempuan bernama Aisyah yang berusia 8 tahun. Ayyad sanggup melakukan apa sahaja untuk adiknya begitu juga dengan Aisyah sanggup mempertahankan abangnya setiap kali dibuli. Kehidupan mereka mula dilanda duka apabila mereka dipisahkan setelah ibu bapa mereka meninggal dunia. Mereka terpaksa melalui pelbagai keperitan. Aisyah sentiasa merindui abangnya sehingga dia mengambil tindakan untuk melarikan diri dari rumah keluarga angkatnya untuk mencari abangnya semula. Apa yang berlaku seterusnya? dapatkah Ayyad dan Aisyah bersama semula?.
Mcm sedih je cita ni. Huhu
BalasPadamrasa ketinggalan gila sbb dah lama x tgk tv haha
BalasPadam