Sinopsis Drama Tak Ada Cinta Sepertimu Episod 5 Hingga Episod 8
Nampaknya makin menarik pula Drama Tak Ada Cinta Sepertimu ini sampai aku tertunggu - tunggu setiap episod. Feeling masa menonton drama ini sama macam drama Duda Pujaan Dara tu, mungkin sebab pengarah kedua - dua drama ini adalah sama iaitu Jamal Khan. Plus aku suka semua pelakon drama ini, malah jalan ceritanya juga tak bosan dan menarik. Dek penangan drama ini, Novel Tak Ada Cinta Sepertimu karya Anna Milia juga laris di pasaran, tahniah. Berbalik pada drama ini episod 5 hingga 8 ini menyaksikan Athea dan Hazran bergaduh, watak Azam muncul dan Hazran yang ingin berbaik dengan Athea, sekaligus mencuri hati Athea. Aku hairan juga dengan Athea ni sebab cepat betul dia suka Azam tu, apa pun lepas ni akan ada persaingan Hazran VS Azam untuk merebut cinta Athea yeay hehe. Pelakon - Pelakon Drama Tak Ada Cinta Sepertimu ini terdiri daripada Syafiq, Kyle, Zahirah Macwilson, Ruhainies, Fadlan Hazim, Nik Adam Mika, Fikry Kiki, Hazman Al-idrus, Alif Muhaimin, Ardell Aryana, Nazeera Sardi dan ramai lagi. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye. Selamat Membaca.
Sinopsis Drama Tak Ada Cinta Sepertimu Episod 5 Hingga Episod 8
Sinopsis Episod 5
Athea menjaga Hazran yang sakit itu sebaik mungkin manakala Bella pula gembira menerima hadiah mewah daripada bossnya Kamarul, sebagai ganjaran kerana menemani Kamarul pulang ke kampung. Setelah Hazran sembuh, Hazran mula menghabiskan masanya menemani Athea untuk pergi mencari barang - barang untuk dekorasi rumah Hazran. Ketika sedang berjalan, Athea nyaris dilanggar oleh motor dan Hazran sempat menarik Athea ke sisinya. Walaubagaimanapun Hazran merasakan ada orang yang mengikut dan memerhatikan dirinya dan juga Athea. Hazran juga turut meluangkan masanya bersama Athea dan Qaleef untuk menyaksikan perlawanan bola sepak yang melibatkan Qayyum. Manakala Kamarul pula menunjukkan gambar - gambar mesra Hazran dan Athea lalu menyebabkan Bella mengambil keputusan drastik untuk memutuskan pertunangannya dengan Hazran. Hazran keliru dengan semua yang berlaku dan terkejut apabila Bella terburu - buru memutuskan pertunangan mereka tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu. Hazran makin terkejut bila ibunya memberitahu gambar - gambar mesra Hazran dan Athea itu dikirim oleh Athea sendiri. Hazran marah dengan semua yang berlaku dan Bella pula enggan berjumpa mahu pun bertemu dengannya. Segala hal ini menyebabkan Hazran menyalahkan Athea kerana menjadi punca perpisahannya dengan Bella.
Bella berjumpa dengan Kamarul dan memberitahunya tentang hal putus tunang itu, Kamarul gembira dan tak melepaskan peluang untuk memikat Bella. Kelihatan Bella juga jatuh hati pada Kamarul. Manakala Athea pula menjadi hairan dan risau apabila Hazran tiba - tiba hilang serta tidak pulang ke rumahnya, malah mesejnya juga tidak berbalas. Tak lama kemudian Athea datang lagi ke rumah Hazran membawa makanan, namun Hazran melayan Athea dengan sangat dingin dan marah - marah. Adik lelaki Hazran kemudian memberitahu Athea tentang punca abangnya marah dengan Athea.
Sinopsis Episod 6
Athea bergaduh besar dengan Hazran, kata - kata Hazran telah melukakan hati Athea, malah Athea juga geram dengan sikap Hazran yang memarahinya serta menuduhnya sesuka hatinya tanpa ada bukti yang kukuh. Hazran turut menyuruh Athea untuk membuat semula dekorasi dalam rumahnya seperti asal. Athea akur dengan kehendak Hazran dan cuba menyelesaikan kerjanya secepat mungkin dan tak mahu lagi bertemu dengan Hazran. Tak lama kemudian Hazran terpaksa ke luar negara atas urusan kerja dan menyerahkan kucing kesayangannya Smokey untuk dijaga oleh Pet Shop. Hazran berasa segan nak menyuruh Athea menjaga kucingnya itu setelah apa yang terjadi. Namun Smokey tiba - tiba sakit dan Hazran terpaksa juga meminta pertolongan Athea. Walaubagaimanapun Smokey akhirnya mati. Tak lama kemudian Hazran makin selesa dan tenang selepas putus dengan Bella, Hazran tetap melayan anak Athea iaitu Qaleef dan Qayyum seperti biasa dan mesra. Namun Athea cuba menjauhkan dirinya serta anak - anaknya daripada Hazran. Manakala Bella pula bahagia bercinta dengan Kamarul tapi masih menyorokkan percintaannya itu dari pengetahuan rakan sekerja dan juga housematenya yang bernama Abby itu. Bella tahu yang Abby dah lama sukakan boss mereka itu iaitu Kamarul, namun Kamarul memilih Bella.
Walaubagaimanapun Abby akhirnya dapat tahu dan terkilan dengan sikap Bella yang sanggup merampas lelaki yang disukai oleh dirinya. Malah Abby juga yang membawa Bella bekerja disitu, mereka berdua kemudiannya bergaduh. Bella merasakan sedikit bersalah pada Abby dan meluahkan pada Kamarul. Tak lama kemudian Athea bertemu pula dengan Azam yang dikenalinya dulu, Azam sudah kematian isteri dan mempunyai 2 orang anak perempuan yang masih kecil.
Sinopsis Episod 7 Drama Tak Ada Cinta Sepertimu
Semakin Athea menjauhkan diri daripada Hazran, semakin Hazran sedar tentang perasaannya pada Athea selama ini. Hazran sedar yang dia menyayangi Athea, namun Athea kini dah tak nak berjumpa dengannya lagi. Hazran kemudian memberitahu perasaannya itu pada ibunya dan membuatkan ibunya terkejut dan juga marah, kerana ibunya tak sangka yang Hazran benar - benar sukakan Athea. Tak lama kemudian Hazran dapat tahu, ada seorang lelaki bernama Azam cuba mendekati Athea, Hazran juga cuba mesej Athea untuk meminta maaf namun Athea belum memaafkan lagi, Hazran cuba mendekatkan dirinya dengan Athea dan anak - anak Athea semula. Kelihatan Qaleef dan Qayyum lebih selesa dan suka bersama dengan Hazran berbanding Azam. Azam pula cuba memikat Athea malah dia senang melihat Athea sukakan anak - anaknya itu. Kawan Hazran menasihatkan Hazran supaya berdepan dengan Athea dan meminta maaf bukannya hanya sekadar menghantar mesej minta maaf saja. Malah kawan Hazran juga menasihatkan Hazran supaya tidak mudah mengalah dan tidak berputus asa untuk mendapatkan Athea, walaupun ada lelaki lain cuba mendekati Athea juga. Manakala Abby terkilan dengan sikap Bella dan juga Kamarul terhadapnya, Athea pula cuba menjauhkan dirinya dan anak - anaknya dari Hazran namun Hazran pula menginginkan Athea memaafkannya.
Sinopsis Episod 8
Athea masih dingin dan tak dapat nak memaafkan Hazran lagi, walaupun Athea masih dingin dengannya, Hazran tetap setia membantu Athea seperti membawa kereta Athea untuk dibaiki di bengkel dan sebagainya. Hazran juga membawa kek untuk menyambut birthday Qayyum di rumah Athea, ketika berada di rumah Athea ini, Hazran cuba meminta maaf pada Athea dan meminta Athea untuk memberinya peluang kedua. Namun Athea masih keliru dan lebih memilih Azam berbanding Hazran. Manakala Azam cuba merapatkan diri dengan anak - anak Athea seperti cuba menghantar mereka ke sekolah, namun disebabkan Azam datang lambat menyebabkan Qayyum dan Qaleef tak nak datang ke sekolah dan menyebabkan Azam marah kerana masanya telah terbuang, akhirnya Athea yang keluar dengan Azam. Abby menelefon Hazran dan mengajaknya berjumpa, Abby dan Hazran kemudiannya berjumpa dan terserempak dengan Azam dan Athea yang turut makan di tempat yang sama. Abby menerangkan apa sebenarnya yang berlaku antara Bella dan Kamarul dan menginginkan Hazran kembali pada Bella supaya Kamarul boleh menjadi miliknya. Penjelasan Abby itu membuatkan Hazran tahu yang Bella dan Kamarul sengaja mereka cerita untuk pertunangannya putus. Hazran turut memberitahu Athea mengenai perkara sebenar dan membuatkan Athea menyalahkan Hazran kerana tidak menyiasat apa sebenarnya yang berlaku sebaliknya menyalahkan Athea sebelum ini. Hazran masih tetap meminta Athea untuk memberinya peluang.
Tak lama kemudian Azam melamar Athea untuk menjadi isterinya dan memberikan Athea masa untuk memikirkan lamarannya itu. Kelihatan Qayyum dan Qaleef tidak menyukai Azam, mereka lebih sukakan Hazran, Athea sedikit kecewa dengan perangai Qayyum kerana buat hal ketika mereka semua keluar makan dengan Azam. Kemudian Qayyum dan Qaleef memberitahu Athea yang mereka sememangnya tidak menyukai Azam untuk menjadi ayah mereka, hal itu telah membuatkan Athea sedih. Tak lama kemudian Athea sakit dan terpaksa meminta pertolongan Hazran untuk mengambil Qaleef dari sekolah kerana Athea tidak dapat menghubungi Azam. Hazran yang risau dengan keadaan Athea akhirnya membawa Athea ke hospital dan Athea terpaksa dimasukkan ke dalam wad. Hazran menawarkan diri untuk menjaga anak - anak Athea dan menguruskan semuanya. Ketika bermalam di rumah Hazran, Qayyum telah memberitahu segalanya pada Hazran dan bertanyakan pada Hazran kenapa Hazran tak nak menjadi ayah mereka. Keesokannya Hazran melawat Athea dan mengatakan yang dia dah bersedia untuk merebut hati Athea dan tak akan kalah dengan Azam.
Bagi yang nak baca sinopsis episod - episod awal drama ini, bolehlah Klik link di bawah ye..
Gambar di atas credit to Instagram Rehal Nuharis
jarang tgk cerita ni..
BalasPadam