21 Jun 2017

Kisah Aku Dan Radio

My Favorite, My Feeling, My Opinion, My Review, Radio, Radio Kegemaranku, Muzik, Lagu, Deejay, Juruhebah Radio, Sejarah, Kenangan, Memori,
Kisah Aku Dan Radio

Tak lama lagi dah nak Raya, masa - masa ini kalau dengar radio memang best sebab ada banyak lagu raya yang disiarkan di radio. Tapi selalunya aku memang jarang dengar radio sebab banyak sangat iklan di radio, selalunya aku buka radio untuk dengar lagu - lagu best dan bukannya untuk mendengar iklan berderet - deret. Walaubagaimanapun, sesekali tu, aku ada dengar jugalah, tapi sekejap saja, lagipun di tempat aku susah nak dapat siaran radio dari stesen radio popular yang lain, kecualilah kalau aku guna internet dan install aplikasi untuk dengar radio tersebut, barulah boleh dengar. Dulu aku dah pernah install tapi kemudiannya aku delete sebab ianya banyak menggunakan ruang memori dalam handphone aku tu. Jadi menerusi entry ini aku nak mengimbas kembali radio dan segmen radio mana yang paling aku suka dengar masa dulu - dulu. Berbanding waktu pagi, aku lebih suka dengar radio pada waktu malam atau tengah malam, selalunya pada tengah malamlah, sebab masa ini memang tiada deejay yang bertugas dan hanya ada lagu - lagu yang dimainkan tanpa henti dan sedikit iklan saja.

Waktu dulu aku suka dengar radio Red FM sebab best dan aku pernah menang hadiah berupa dvd lagu. Sekarang ini aku ada juga buka radio Red.FM ini dan aku rasa dah ada pembaharuan di radio tersebut dan aku rasa ianya kini lebih urban. Manakala radio - radio popular yang lain banyak pula iklannya. Aku sekarang ini, kalau dengar radio, aku akan dengar Kool FM sebab siaran radionya jelas di tempat aku dan kadang - kadang aku tukar ke Mutiara FM sekejap, sebelum beralih ke stesen radio lain. Selain itu, masa aku tinggal di Kuala Lumpur ketika belajar di sana, aku sering juga dengar radio Sinar FM terutamanya untuk Carta Sinar yang merupakan carta lagu - lagu popular zaman 90 an dulu yang berentak slow rock, balada yang memang sedap di dengar. Seterusnya pada waktu pagi, ketika dalam perjalanan ke universiti pula, aku suka dengar Hot FM ketika Fara Fauzana dan Faizal Ismail masih bertugas lagi disitu. Manakala roommate aku pula, suka betul dengar radio Selangor FM, kalau ada masa terluang memang roommate aku akan dengar Selangor FM. Manakala aku pula kadang - kadang aku akan dengar Muzik FM juga.

Ketika zaman sekolah menengah pula, aku suka betul dengar THR masa itu THR turut dikenali sebagai Time Highway Radio lagi dan segmen yang paling aku suka adalah Hindi Power yang dikendalikan oleh Deejay Andy Hakim dan beberapa deejay lain. Selalunya aku memang suka dengar Hindi Power yang deejaynya adalah Andy Hakim sebab celotehnya yang bersahaja dan kelakar. Kemudiannya dia juga mempunyai pengetahuan yang luas dalam dunia Bollywood, jadi banyak cerita yang boleh kita tahu pasal lagu hindustan, pasal penyanyi, pasal filem dan juga pasal pelakon Bollywood juga. Aku ini memang suka dengar lagu - lagu hindustan ini jadi memang seronok dengar lagu - lagu hindustan yang diputarkan di radio itu sebab ianya ada lagu baru dan juga lagu lama. Stesen radio lain ada juga putar lagu - lagu hindustan untuk jangka masa lebih kurang satu jam, tapi pemilihan lagu yang dipilih sangat bosan sebab asyik - asyik lagu yang sama saja. Sedangkan beribu lagu - lagu hindustan yang best. Sebab itulah aku merindui Hindi Power.

Lagipun di tempat aku, kalau korang buka radio THR di waktu pagi sampai petang, korang akan dengar THR versi tamil. Maknanya aku tak dapat yang siaran Pantai Timur tu. Kecualilah pada waktu malam atau tengah malam baru aku dengar yang berbahasa melayu. Tapi kalau dengar guna internet barulah boleh kan. Pendek kata kalau guna internet semua radio boleh dengar kan hehehe.


1 ulasan:

  1. Dulu pun, masa akak sekolah, akak suka dengar radio Hitz FM dan banyak kali menang peraduan anjuran radio tue.. =) anyway akak tag nama awak yea..

    http://starlavenderluna.blogspot.com/2017/06/segmen-bloglist-haslina-july-2017.html

    BalasPadam



My Random Post