Episod Akhir Drama Jika Masih Ada Rindu
Akhirnya tamat sudah drama 15 episod Jika Masih Ada Rindu yang disiarkan di slot Samarinda TV3. ini, drama ini akan digantikan dengan drama Setelah Cinta Itu Pergi. Sekarang ini lebih mudah nak menonton drama - drama TV3 kerana pihak TV3 akan turut mengupload drama - drama mereka di Youtube juga. Secara jujurnya aku memang suka jalan cerita drama Jika Masih Ada Rindu ini, plus gandingan Kamal Adli dan Siti Saleha juga sangat serasi dan best. Aku suka tengok Siti Saleha dalam drama Jika Masih Ada Rindu ni sebab dia cantik sangat especially bila dia dah dapat kerja kat pejabat Johan tu hehe. Drama Jika Masih Ada Rindu ini dibintangi oleh Kamal Adli, Siti Saleha, Fazlina Ahmad Daud, Ellyas Abdullah, Zarynn Min, Ezzaty Abdullah, Meor Mohd, Syafnida Shuhaimi, Syamin Azlah, Ku Zara Eryna, Aznah Hamid dan ramai lagi.
Selain itu drama ini turut shooting di Indonesia gitu, pasni aku akan rindu dengan gandingan Siti Saleha dan Kamal Adli ni. Manakala Ending Drama Jika Masih Ada Rindu ni memang happy ending gitu, bila semua watak menemui kebahagiaan masing - masing. Sweet tengok ending drama ini bila Wahida dan Hisyam berlari - lari anak dalam masjid tu sebab nak cepat dan takut tok kadi balik hehe. Apa pun dalam entry ini aku akan share sinopsis episod akhir drama Jika Masih Ada Rindu di bawah ini, jadi selamat membaca okey.
Sinopsis Episod Akhir Drama Jika Masih Ada Rindu (episod 15)
Seperti yang dijangka Wahida tak jadi berkahwin dengan Johan apabila Johan membuat keputusan meninggalkan majlis akad nikahnya itu. Namun Wahida langsung tidak marah dan memahami tindakan Johan itu yang berbuat demikian kerana Wahida dapat mengagak yang Johan sebenarnya mencintai Laila. Kemudian Wahida memutuskan untuk pergi honeymoon seorang diri di Bandung Indonesia kerana dia berasa rugi jika tidak pergi kerana Johan sudah membuat tempahan terlebih dahulu. Tambahan lagi tempat tersebut banyak meninggalkan kenangan manis buat Wahida kerana tempat itu juga adalah tempat yang sama dia pergi dengan Hisham ketika honeymoon dulu. Malah secara kebetulan juga Hisham turut berada di Bandung untuk bercuti sekejap selepas urusan kerjanya selesai.
Mak Hisham iaitu Datin Embun akhirnya mengetahui perkara sebenar dari kawan baik Wahida iaitu Su yang Wahida tak jadi kahwin. Manakala Johan pula pergi mencari Laila di rumah ibu bapa Laila di Johor dan Laila pula masih sukar untuk melupakan bossnya itu iaitu Johan. Laila berasa sangat terkejut bila melihat Johan berada di depan matanya dan Johan turut memberitahu yang dirinya tak jadi kahwin kerana dia mencintai orang lain iaitu Laila. Manakala Laila pula menyuruh Johan untuk pergi berjumpa dengan bapanya jika benar mencintainya. Hisham pula terkejut apabila terserempak dengan Wahida di Bandung, Hisham menyangka yang Wahida tengah berbulan madu dengan Johan disitu. Wahida tak sempat nak menerangkan hal sebenar kerana Hisham ingin cepat beredar dari situ kerana risau jika terserempak dengan Johan kerana risau kalau Johan salah faham dengan kehadirannya disitu.
Akhirnya Wahida hanya membiarkan Hisham berlalu pergi. Selepas itu ada beberapa kali Wahida dan Hisham terserempak. Tak lama kemudian datin Embun menelefon Hisham dan memberitahu Hisham tentang Wahida yang tak jadi kahwin dengan Johan. Hisham kemudiannya bergegas pergi mencari Wahida dan akhirnya menjumpai Wahida. Hisham meminta Wahida untuk memberinya peluang kedua dan berjanji akan membahagiakannya. Hisham hampir putus asa melihat Wahida hanya mendiamkan dirinya. Tapi akhirnya Wahida tersenyum dan bersetuju untuk memberikan Hisham peluang kedua. Setelah kembali ke Kuala Lumpur, Hisham dan Wahida pergi berjumpa dengan mak Wahida untuk meminta restu untuk berkahwin. Akhirnya mak Wahida merestui dan bersetuju untuk Wahida bernikah kembali dengan Hisham.
Majlis akad nikah diadakan di masjid, namun kelibat Wahida masih tidak muncul. Hal tersebut membuatkan Datin Embun dan Hisham berasa tidak sedap hati dan bimbang. Hisham kemudian cuba menunggu Wahida di depan pintu masjid namun Wahida masih tidak muncul. Hisham hampir - hampir ingin membatalkan majlis akad nikah tersebut, sehinggalah ada seseorang memberitahunya yang pengantin perempuan sudah sampai. Wahida pula agak kelam kabut dan bergegas ke dalam masjid kerana sedar dirinya dah datang lambat sangat. Wahida kemudian berlari dan akhirnya terserempak dengan Hisham dan akhirnya mereka bernikah buat kali kedua dan bahagia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan