22 Mei 2018

Klik! Pengantin Musim Salju Episod 1 Hingga 8




Sinopsis Episod 1 Hingga 4 Drama Klik! Pengantin Musim Salju, Rangkuman Sinopsis, Drama Klik! Pengantin Musim Salju, Novel Klik! Pengantin Musim Salju, Drama Adaptasi Novel, Drama Melayu, Astro, 2018, Pelakon, Siti Nordiana, Alif Satar, Adam Lee, Atikah Suhaime, Nina Juren, Aleza Shadan,
Sinopsis Drama Klik! Pengantin Musim Salju Episod 1 Hingga 8

Drama Klik! Pengantin Musim Salju adalah drama terbaru yang tengah hangat bersiaran di bulan ramadan ini lakonan Alif Satar dan Siti Nordiana. Merupakan adaptasi daripada Novel Klik! Pengantin Musim Salju karya Suri Ryana. Barisan pelakon drama Drama Klik! Pengantin Musim Salju ini terdiri daripada Alif Satar, Siti Nordiana, Adam Lee, Atikah Suhaime, Norlia Ghani, Nina Juren, Cik Manggis, Dafi, Ardell Aryana, Lan Solo, Aleza Shadan, Jasmine Ashraff, Farouk Hussain, Mak Wan dan ramai lagi. Jadi hari ini aku nak kongsikan rangkuman sinopsis drama Klik! Pengantin Musim Salju dari Episod 1 Hingga Episod 8. Selamat membaca okey..

Sinopsis Episod 1 Hingga Episod 8 Drama Klik! Pengantin Musim Salju

Mengisahkan tentang Adam Putra (Alif Satar) dan tunangnya Karlisya Zandra (Atikah Suhaime) yang sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan mereka. Sikap Karlisya Zandra yang cerewet dan tidak mahu mengalah membuat Adam Putra bertambah pening untuk melayan kerenah tunangnya itu.  Kaseh Lateefa / Kay mempunyai studio fotografinya sendiri yang dinamakan “Klik , dirinya serta rakan – rakannya mengharapkan agar Adam Putra dan tunangnya itu akan memilih khidmat studio Klik untuk majlis perkahwinan mereka nanti.  Keadaan makin rumit apabila berlakunya insiden tertukar baju pengantin antara baju pengantin Karlisya Zandra dan juga baju pengantin arwah ibu Kay. Karlisya tersuka dengan baju pengantin milik Kay itu dan memutuskan untuk memakai baju tersebut untuk majlis kahwinnya nanti. Namun Kay tidak mahu menjual mahu pun menyewakan baju tersebut pada Karlisya. Tanpa baju pengantin tersebut, Karlisya tidak mahu berkahwin dan menginginkan juga baju tersebut.  Adam Putra yang tersepit di tengah – tengah terpaksa memujuk Kay untuk meminjamkan baju tersebut dan akan memberikan ganjaran yang sewajarnya pada Kay dan juga studionya. Awalnya Kay enggan melayan permintaan Adam, namun akhirnya mengalah dan bersetuju dengan permintaan Adam itu.




Selain itu keluarga Kay terutamanya ibu tirinya ingin menjodohkan Kay dengan Irham (Lan Solo), namun Kay tidak menyukai irham dan sentiasa mengelak dari memikirkan soal jodoh. Ketika tiba majlis akad nikah, Karlisya Zandra tidak muncul dan menyebabkan majlis pernikahan terbatal. Manakala Kay pula melarikan diri dari rumah setelah keluarga Irham datang merisik dirinya. Kemudian Kay terserempak dengan Adam yang tak jadi kahwin itu, lalu mereka berdua keluar minum bersama – sama.  Kelihatan Adam Putra senang dengan sikap Kay yang selamba, cool dan tomboy itu, tak lama kemudian, Adam memberikan satu tawaran yang tak masuk akal pada Kay iaitu menjadi pengantin olok – oloknya dan tugas Kay hanya perlu berlakon dan bercakap dalam telefon dengan nenek Adam yang berada di Jepun itu. Awalnya Kay menolak tawaran Adam itu, namun Adam tidak berputus asa untuk memujuk Kay dengan menawarkan perbagai ganjaran yang mnenarik dan akhirnya Kay bersetuju. Karlisha Zandra cuba memujuk Adam untuk bernikah sekali lagi namun kelihatan Adam sudah tawar hati dengan Karlisha Zandra.

Keadaan bertambah rumit apabila nenek Adam Putra ingin bertemu dengan Kay dan menyebabkan Adam terpaksa memujuk Kay untuk mengikutnya ke Jepun dan bertemu dengan neneknya. Walaupun berat hati, Kay akhirnya bersetuju untuk mengikut Adam ke Jepun. Ketika berada di Jepun, semuanya berjalan lancar buat Kay dan Adam Putra, walaupun awalnya Kay berasa kekok berlakon sebagai isteri Adam di depan nenek Adam iaitu Tengku Maryam (Norlia Ghani). Namun lama - kelamaan Kay makin sayang pula dengan nenek Adam itu. Hubungan Adam dan Kay juga makin rapat manakala sepupu Adam iaitu Hud Mikael (Adam Lee) turut tinggal bersama dengan nenek Adam dan turut mengetahui rahsia tentang status Kay yang masih single dan hanya berlakon sebagai isteri Adam sahaja. Hud Mikael tertarik dengan Kay dan ingin menjadikan Kay sebagai teman wanitanya namun Kay menolak dengan alasan dia tidak ada perasaan pada Hud Mikael. Namun penolakan Kay itu tidak mematahkan semangat Hud Mikael untuk terus memikat Kay dan berazam untuk membuatkan Kay jatuh cinta padanya.

Setelah pulang ke Malaysia, Kay tidak perlu berlakon lagi sebagai isteri Adam dan mereka membawa haluan masing namun masih berkawan baik. Dalam hati mereka berdua telah timbul perasaan sayang dan mereka berdua makin gembira bila balik ke Malaysia. Tak lama kemudian Kay bekerjasama dengan kakak Adam untuk satu projek. Namun sesuatu telah terjadi dan menyebabkan Kay berasa bersalah pada kakak Adam. Rupa - rupanya hasil kerja Kay telah disabotaj dan semua ini angkara Karlisha Zandra. Selain itu Kay juga sering keluar bersama Adam dan keluarga Kay berasa teruja dan ingin berkenalan dengan Adam kerana mereka merasakan Kay ada hati pada Adam Putra itu. Keadaan mula menjdi rumit apabila nenek Adam Putra tiba - tiba pulang ke Malaysia secara mengejut dan menyebabkan Adam terpaksa menyuruh Kay berlakon sekali lagi sebagai isterinya. Apa yang bakal berlaku seterusnya?. Adakah Kay sanggup berlakon dan menipu nenek Adam sekali lagi? atau rahsia mereka terbongkar?.

3 ulasan:

  1. belum tengok lagi cerita ni.. hehe

    BalasPadam
  2. best cerita ni cuma gandingan nana dan alif macam kuranf sesuai huhu

    BalasPadam
  3. OMG baca sipnopsis pun dah klimaks gitu. Sy bookmark dulu. Nanti nak cari~

    BalasPadam



My Random Post