Episod Akhir Drama Kekasih Paksa Rela
Aku ingatkan ending episod akhir Drama Kekasih Paksa Rela ini akan berakhir dengan Rosnaida dan Hanan Khaira hidup bermadu, sebab kedua - dua mereka sayangkan Adham. Malah Adham juga tak nak melepaskan salah seorang isterinya itu. Tapi lain pula yang jadi bila Rosnaida dan Adham akhirnya bercerai juga disebabkan Ros berkeras juga untuk bercerai. Tambahan lagi Hanan Khaira juga dah mengandung, so mungkin Ros rasa dia yang patut undur diri kerana dia yakin Adham akan lebih bahagia dengan Hanan. Walaupun di awal episod 28 ini, kelihatan Hanan yang nekad meminta cerai pada Adham kerana tahu suaminya itu sangat sayangkan Rosnaida.
Malah Hanan juga menyembunyikan tentang berita kehamilannya pada Adham. Nasib baik mak Hanan iaitu Suraya, beritahu juga pada Adham tentang Hanan mengandung itu dan buatkan semua perkara jadi berubah. Jadi di akhirnya Hanan Khaira bahagia menjadi satu - satunya isteri yang bertakhta di hati Adham. Agak - agak korang, ada tak nanti Telemovie Kekasih Paksa Raya ke kan? hahaha. Selalunya kalau drama slot Akasia tu popular dan menjadi kegemaran ramai akan ada pula versi raya. Tapi mungkin juga tak ada kan. Selepas ini drama baru iaitu Tiada Arah Jodoh Kita akan menggantikan drama ini. Apa pun Bagi yang terlepas nak baca sinopsis episod - episod awal drama ini, bolehlah klik link di bawah ye..
rugi isteri pertama melepaskan org yg betul2 syg kat dia.. hehe
BalasPadamJemput singgah tgk entry terkini k.. :)
1. Partime UBER Driver
2. Bestnya join GALS, hadiah untuk 5 PEMENANG
wahh dah episod akhir dah kee..baru hari tu layan pastu tak sempat nak tengok.. ni kena layan online niee.. hahaha :D
BalasPadambetul la tu isteri pertama pergi sebab mustahil ada yang kedua kalau betul cintakan yang pertama. tak semua mampu hidup bermadu
BalasPadamMula-mula jalan citer episod akhir nie macam sedih hingga mengalir airmata, sampaikan suami sindir, jalan citer jea pun,takyah nak emo sangat.. hihi tapi kesudahannya kebahagiaan jugak walaupun ada kesedihan..
BalasPadamhmmm kalau bermadu, sape pun taknak kan..alaa kesiannya kene bmadu ye...hmm
BalasPadam