7 Feb 2017

Sinopsis Telemovie Kamal Kamalia

Sinopsis Telemovie Kamal Kamalia RTM TV2

Setiap hari Selasa di Tv2 pasti akan ada Telemovie yang akan disiarkan, kali ni giliran Telemovie Kamal Kamalia pula yang akan ditayangkan. Drama Kamal Kamalia dilakonkan oleh Aiman Hakim Redza, Zara Zya, Kuza, Arash Mohd dan ramai lagi. Diarahkan oleh Amie Maziah serta diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd. Secara keseluruhannya Telemovie Kamal Kamalia ni berkisarkan tentang kisah cinta dua darjat yang mendapat tentangan hebat keluarga si pemuda. Walaubagaimanapun Telemovie ini telah ditunda siarannya ke waktu lain atas sebab yang tak dapat dielakkan. Telefilem Kamal Kamalia telah pun disiarkan pada hari Jumaat 7 Julai 2017, jam 11 malam di TV2. Apa pun jom layan sinopsis ringkas cerita ini di bawah ye.

Sinopsis Telemovie Kamal Kamalia

Shah seorang yang cerewet dalam memilih kekasih, baginya semua perempuan tak cukup layak untuk dirinya. Hal ini menyebabkan Shah masih tidak mempunyai kekasih, walaupun ramai wanita yang suka padanya. Keluarga Shah mula mendesak Shah untuk mencari jodoh, bagi ibu bapa Shah, dirinya sudah sepatutnya berkahwin namun sampai sekarang Shah masih membujang. Shah akhirnya tertarik dengan Kamalia yang merupakan seorang yang tegas dan lasak serta bekerja sebagai pelayan di sebuah restoran. Shah mula mendekati Kamalia dan akhirnya bercinta dengannya, kemudian Shah memujuk Kamalia agar berjumpa dengan keluarganya pula. Ibu Shah dapat menerima Kamalia sebagai bakal menantunya ,serta melayan Kamalia dengan baik sekali. Berbeza dengan ayah Shah yang tidak sukakan Kamalia kerana Kamalia hanya bekerja di kedai makan dan tidak setaraf dengan keluarga mereka. Timbul konflik antara Shah dan ayahnya kerana ayahnya tidak dapat menerima Kamalia. Manakala Kamalia pula terasa hati dengan sikap ayah Shah yang memandang rendah pada dirinya lalu menyebabkan dirinya meninggalkan Shah. Shah kemudiannya cuba memujuk Kamalia , tapi adalah Kamalia akan memaafkan ayah Syah itu? Dan bagaimana pula dengan kesudahan cinta Shah dan Kamalia? Dapatkah mereka bersatu?.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post