18 Feb 2017

Drama Korea Missing 9 Sangat Menarik

Korean Drama Missing Nine Lakonan Jung Kyung Ho, Baek Jin Hee, Choi Tae Joon, Lee Sun Bin, kapal terbang terhempas ke dalam laut, terperangkap di sebuah pulau misteri, survivor, survival,
Review Drama Korea - Missing 9

Drama Korea Missing 9 / Missing Nine menjadi antara drama yang paling aku suka tonton ketika ini. Sekarang ini, drama tersebut baru masuk episod 10 dari 16 episod kesemuanya. Jalan ceritanya yang unik dan menarik buatkan aku tak sabar untuk tengok episod yang seterusnya. Di awalnya aku ingatkan drama Missing 9 ini sama macam drama english series Lost tu, tapi tak berapa sama pun, bezanya jalan cerita drama Lost itu lebih complicated berbanding drama Korea ini. Drama Missing Nine ini dilakonkan oleh Jung Kyung Ho, Baek Jin Hee, Oh Jung See, Choi Tae Joon, Lee Sun Bin, Chanyeol EXO, Kim Sang Ho, Tae Hang Ho, Ryu Won, Yang Dong Geun, Song Ok Suk, Min Sung Wook, Kim Pub Lae dan ramai lagi. Pelakon Kang Ha Neul telah ditawarkan watak hero untuk drama ini, namun dia terpaksa tolak kerana ada masalah jadual manakala watak heroin untuk drama ini telah ditawarkan pada Kwon Yuri (Girls Generation), Hyeri (Girl's Day) dan Jung Yu Mi namun kesemua mereka telah menolak untuk berlakon dalam drama ini dan akhirnya watak utama drama Missing 9 ini menjadi milik Jung Kyung Ho dan Baek Jin Hee. Nampaknya Lee Sun Bin dan Song Ok Suk bergandingan sekali lagi dalam drama ini selepas sukses dengan drama mereka yang terdahulu iaitu Task Force 38.


Berkesan juga lakonan Choi Tae Joon melakonkan watak jahat dalam drama ini iaitu sebagai Choi Tae Ho. Memang rasa marah dan geram betul dengan wataknya itu, wataknya sebagai Choi Tae Ho tu memang kerjanya asyik bunuh orang saja demi kepentingan diri sendiri. Memang terbaiklah lakonannya sebab berjaya menimbulkan rasa benci di hati penonton terhadap wataknya itu. Lagi pun aku dah biasa tengok dia melakonkan watak baik contohnya seperti dalam drama All About My Mom, Flower In Prison dan lain - lain lagi. Watak jahat seterusnya dilakonkan oleh pelakon Kim Pub Lae sebagai Jang Do Pal. Aku rasa dia memang sangat sesuai melakonkan watak jahat, ini ditambah lagi dengan suaranya yang unik dan garau membuatkan lakonannya makin best. Aku pernah tengok Kim Pub Lae ini berlakon dalam dramanya yang terdahulu iaitu Glamourous Temptation. Aku suka drama ini kerana ianya bergenre misteri, suspen, dan ada banyak twist yang buat penonton tertunggu - tunggu episod yang akan datang, aku suka tengok diorang semua bekerjasama ketika tersesat dalam pulau tersebut, walaupun akhirnya Choi Tae Ho akan mula buat hal dengan membunuh sesuka hatinya dan boleh terlepas pula dari hukumannya dengan menyalahkan Seo Joon Oh seratus peratus sebab dia menyangka yang Seo Joon Oh dah mati. Aku tak tahu ending drama ini macam mana sebab drama ini masih ditayangkan lagi dan masih berbaki 6 episod lagi untuk sampai ke episod akhir.

Perkara yang paling aku suka sekali dalam drama ini adalah keserasian watak utama drama ini iaitu Seo Joon Oh yang dilakonkan oleh Jung Kyung Ho dan Ra Bong Hee yang dilakonkan oleh Baek Jin Hee. Mereka berdua ini sangat sweet okey, walaupun tak pernah meluahkan perasaan masing - masing tapi dari cara mereka berkomunikasi, bergurau, saling membantu, saling menjaga, saling mengambil berat serta saling bergantung antara satu sama lain itu memang sesuatu yang sangat sweet dan comel. Di peringkat awal ketika mereka berdua terperangkap di dalam pulau tersebut, Seo Joon Oh memang banyak kerenah sampai Ra Bong Hee pun rasa menyampah tapi lepas mereka berdua terjumpa dengan yang lain yang turut terselamat, Seo Joon Oh mula berubah sikap dan menjadi lebih bertanggungjawab dan menjaga semua orang serta rajin membantu Ra Bong Hee mencari makanan untuk mereka semua dan kelihatan mereka sangat rapat. Walaupun babak antara mereka berdua tak begitu banyak tapi setiap kali ada babak diorang berdua ini, memang nampak sweet dan comel je, mereka memang pasangan yang sepadan. Ini ditambah lagi dengan ending di episod 10 drama ini apabila Seo Joon Oh tidak mati malah menelefon Bong Hee untuk datang berjumpanya di suatu tempat. Sempat lagi Seo Joon Oh tu bergurau dengan Ra Bong Hee dan berpura - pura seperti hilang ingatan.

Tak sabar nak tunggu episod ke 11 dan episod ke 12 drama Missing 9 ini pada minggu depan, rasanya jalan cerita akan jadi lebih serius apabila Seo Joon Oh yang disangka mati tapi masih hidup dan pastinya Choi Tae Ho akan melakukan sesuatu kepada Seo Joon Oh mahupun Bong Hee untuk mengelakkan rahsianya dari terbongkar. Aku harap drama ini happ ending, terutamanya happy ending untuk watak utamanya iaitu Seo Joon Oh dan Ra Bong Hee, hope diorang akan bercinta secara officialnya mahupun terus kahwin dan aku juga harap ending drama ini bukan open ending. Apapun Baek Jin Hee memang sesuai betul dengan wataknya itu, mukanya memang sesuai bawa watak baik seperti dramanya yang terdahulu iaitu My Daughter Geum Sa Wol, manakala Jung Kyung Ho pula memang pelakon serba boleh dan drama terdahulunya sebelum drama ini adalah One More Happy Ending. Ada tak yang menonton drama ini?.

3 ulasan:

  1. best jugak drama ni tapi kdg2 ada some part yg tak berapa nak masuk akal sgt hahaha try tgk Voice,mmg best! hihi

    BalasPadam

My Random Post