11 Feb 2017

My Best Actor - Korean Drama Challenge Part 19

My Best Actor - Korean Drama Challenge Part 19

Letih juga mengedit blog Dari Hati Miss Mulan ini, pening jadinya bila asyik tengok code html tu semua. Aku sebenarnya tak begitu pandai nak mengedit blog sendiri hehe, edit pun dengan berpandukan tutorial dari blogger - blogger lain. Kadang - kadang memang jadi tapi kadang - kadang langsung tak jadi. Jealous pula melihat blogger - blogger lain yang mempunyai kemahiran mengedit blog mereka dan juga blog orang lain dengan begitu cantik sekali. Alangkah bagusnya kalau aku pun terror bermain coding dan seterusnya berjaya menghasilkan design - design blog yang aku suka. Mungkin aku kena lebih rajin lagi dalam mengexplore lebih banyak tutorial dan cuba apply ke dalam blog. Okey, sekarang ini aku nak kembali semula pada Korean Drama Challenge edisi ke - 19 yang soalannya berbunyi begini: Your Best Actor? Jawapannya senang je, semua pelakon pun aku minat tapi kalau nak pilih yang paling best dikalangan yang terbaik memang sukar, tapi aku cuba jugalah menjawab soalan ini dengan memilih pelakon yang aku suka secara random.
My Best Actor In Korean Drama
➔ Lee Dong Wook
Aku suka dan minat pada Lee Dong Wook ni sejak zaman Drama My Girl jadi fenomena, tapi ada juga drama - drama yang dia berlakon tidak begitu best dari segi jalan ceritanya. Contohnya aku pernah skip Drama The Blade Man dan juga Bubblegum kerana aku tak begitu suka dengan jalan cerita drama tersebut. Walaubagaimanapun Lee Dong Wook telah menebus kembali dengan lakonannya yang cemerlang dalam Drama Popular Goblin.
➔ Lee Min Ho
Rasanya rata - rata pun suka pada Lee Min Ho kan, rasanya aku suka dan minat pada Lee Min Ho bermula dari Drama Boys Over Flowers dan drama - drama lakonan dia selepas itu juga banyak yang best seperti Personal Taste dan yang terbaru sekali adalah Drama Legend Of The Blue Sea. Tapi ada juga drama dia yang aku tak berapa suka seperti Faith dan The Heirs.
➔ Lee Jong Suk
Suka tengok Lee Jong Suk berlakon, penuh dengan karisma, aku mula suka dengan Lee Jong Suk ni bermula dengan Drama I Hear Your Voice, Pinocchio dan yang terbaru W. Aku rasa Lee Jong Suk ini bijak memilih skrip dan drama yang best. Walaubagaimanapun aku ada skip juga drama yang dia berlakon iaitu Doctor Stranger kerana jalan ceritanya complicated dan memeningkan kepala otak aku hehehe.
➔ Lee Jun Ki
Sama macam Lee Dong Wook juga, aku start minat pada Lee Jun Ki bermula dari Drama My Girl sampailah sekarang. Tapi aku perasan juga yang Lee Jun Ki ini gemar betul berlakon dalam drama - drama yang berlatarbelakangkan zaman - zaman dahulu, zaman sejarah, zaman raja - raja gitu. Aku harap lepas ini, dia akan turut berlakon drama zaman moden juga barulah seimbang kan. Antara drama lakonan Lee Jun Ki yang aku minat adalah Two Weeks dan Moon Lovers : The Scarlet Heart Ryeo.
➔ Park Hae Jin
Awalnya aku tak begitu meminati Park Hae Jin ini walaupun dia ada berlakon dalam drama - drama popular seperti My Love Fron The Star, tapi bermula dengan Drama Bad Guys, aku mula start menyukai lakonan Park Hae Jin ni. Lepas tengok drama Cheese In The Trap lakonan dia dan Kim Go Eun buatkan aku makin suka pula nak tengok Park Hae Jin ni dalam drama - dramanya yang seterusnya. Rasanya watak yang ala - ala misteri memang berkesan kalau dilakonkan oleh beliau.
➔ Park Hyung Sik
Start dari Drama Hwarang aku mula suka dengan watak Ji Dwi / Raja yang dilakonkan oleh Park Hyun Sik ni. Kalau dulu, aku biasa - biasa je tak minat sangat pun dengan Park Hyung Sik ni, tapi lepas Hwarang memang nampak lakonan dia memang best. Rasanya aku lagi suka watak dia dari watak Park Seo Joon tu hehe.







2 ulasan:

  1. Kenapa saya tengok muka diorang ni semua sepesen je? hahaha alaaa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha mana tak sepesen semua sepet kot muahahaha, walaupun sepet den suka hihi

      Padam

My Random Post