4 Jul 2019

Sinopsis Drama Filipina Legally Blind (TV3)




Legally Blind, Drama Filipina Legally Blind,  Philippines Drama Legally Blind, Pinoy Drama, Slot Telenovela TV3, Pelakon Filipina, Sinopsis Drama Filipina Legally Blind, Drama Filipina Legally Blind Lakonan Janine Gutierrez dan Mikael Daez, Legally Blind Cast, Pelakon Drama Filipina Legally Blind, Janine Gutierrez, Mikael Daez, Lauren Yong, Marc Abaya, Rodjun Cruz, Chanda Romero, Therese Malvar, Poster Drama Legally Blind,
Drama Filipina Legally Blind Lakonan Janine Gutierrez dan Mikael Daez

Drama Filipina Legally Blind adalah drama terbaru di slot Telenovela TV3 yang disiarkan bagi menggantikan drama Filipina A Woman Scorned yang telah tamat episodnya. Dah tengok beberapa episod drama ni di TV3, memang best, drama ni mempunyai 93 episod yang diarahkan oleh Ricky Davao. Selain itu drama Legally Blind ini dibintangi oleh Janine Gutierrez, Mikael Daez, Lauren Yong, Marc Abaya, Rodjun Cruz, Chanda Romero, Therese Malvar dan ramai lagi. Dalam ramai - ramai pelakon drama ni, aku cuma kenal pelakon Mikael Daez je, sebab pernah tengok drama lakonannya seblum ini. Drama Legally Blind ini telah pun disiarkan di Filipina pada tahun 2017 yang lalu dan kini disiarkan di Malaysia pula. Selain Malaysia, drama ini turut disiarkan di negara lain seperti Ecuador dan Kazakhstan. Jalan cerita drama ini boleh tahan best juga, episod - episod awal drama ni je dah sedih. Apa pun jom tengok sinopsis drama Legally Blind di bwah ini ye, sebelum tu jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Legally Blind ini terlebih dahulu okey.
Legally Blind, Drama Filipina Legally Blind,  Philippines Drama Legally Blind, Pinoy Drama, Slot Telenovela TV3, Pelakon Filipina, Sinopsis Drama Filipina Legally Blind, Drama Filipina Legally Blind Lakonan Janine Gutierrez dan Mikael Daez, Legally Blind Cast, Pelakon Drama Filipina Legally Blind, Janine Gutierrez, Mikael Daez, Lauren Yong, Marc Abaya, Rodjun Cruz, Chanda Romero, Therese Malvar, Poster Drama Legally Blind,
  • Janine Gutierrez as Grace Evangelista-Villareal
  • Mikael Daez as Edward Villareal
  • Lauren Young as Charie Evangelista
  • Marc Abaya as William Villareal
  • Rodjun Cruz as Joel Apostol
  • Chanda Romero as Marissa Reyes-Evangelista
  • Therese Malvar as Nina Evangelista
  • Lucho Ayala as John Castillo
  • Ashley Rivera as Diana Perez




Sinopsis Drama Filipina Legally Blind - TV3

Mengisahkan Grace yang merupakan seorang wanita cantik dan bijak, dia baru saja lulus peperiksaan guaman. Grace berazam ingin membebaskan bapanya Manuel dari penjara. Selain itu Grace juga merupakan anak sulung dalam keluarganya serta mempunyai 2 adik perempuan bernama Charie dan Nina. Grace juga mempunyai seorang teman lelaki bernama Joel, walaubagaimanapun Joel telah gagal dalam peperiksaan guaman dan mula berasa rendah diri serta cemburukan kejayaan Grace. Malah Joel juga ada hubungan sulit dengan adik Grace iaitu Charie, sebenarnya Charie dah lama cintakan Joel dan Grace langsung tidak tahu mengenai affair diorang. Ketika dirinya dan Charie pergi ke kelab malam untuk bertemu Joel serta meraikan kejayaan Grace yang lulus cemerlang dalam peperiksaan guaman itu, Joel tiba - tiba tak datang bertemu Grace. Seseorang telah masukkan dadah dalam minuman Grace ketika Grace berseorangan menunggu Charie. Grace kemudian dibawa ke satu tempat dan dirogol, ketika cuba melarikan diri, Grace telah terlanggar cermin dan melukakan mukanya serta matanya. Grace ditemui oleh polis dalam keadaan masih hidup dan cedera parah. Bapa Grace iaitu Manuel terkejut bila mendapat tahu yang Grace telah dirogol dan kini buta selamanya. 
Legally Blind, Drama Filipina Legally Blind,  Philippines Drama Legally Blind, Pinoy Drama, Slot Telenovela TV3, Pelakon Filipina, Sinopsis Drama Filipina Legally Blind, Drama Filipina Legally Blind Lakonan Janine Gutierrez dan Mikael Daez, Legally Blind Cast, Pelakon Drama Filipina Legally Blind, Janine Gutierrez, Mikael Daez, Lauren Yong, Marc Abaya, Rodjun Cruz, Chanda Romero, Therese Malvar, Poster Drama Legally Blind,
Manuel kemudian jatuh sakit dan akhirnya mati. Grace berasa bersalah dan sangat sedih dengan kematian ayahnya itu. Sejak Grace menjadi buta, hidupnya menjadi sukar kerana tidak dapat berdikari, ibunya pula terpaksa bekerja keras, manakala adik - adiknya yang lain perlu menjaga Grace. Ibunya juga menyuruh Nina yang merupakan adik bongsu Grace untuk berhenti sekolah. Manakala ibu Grace pula mula sakit -sakit selepas penat bekerja. Mengetahui yang keluarganya kini tengah susah membuatkan Grace berazam untuk berdikari dan kembali bekerja sebagai seorang peguam. Walaupun sukar untuk bekerja dalam keadaan dirinya yang buta, Grace cuba tabah dan berusaha keras dalam kerjanya. Hubungan cintanya dengan Joel juga telah berakhir selepas Grace dapat tahu Joel curang dengan Charie. Grace kemudiannya bertemu dengan Edward yang merupakan seorang peguam yang baik hati yang membantu Grace untuk menyiasat kesnya itu. Lama - kelamaan mereka jatuh cinta dan akhirnya bertunang. Namun Edward akhirnya dapat tahu yang abangnya William adalah orang yang telah merogol Grace. Apa yang berlaku seterusnya? dapatkah keadilan ditegakkan buat Grace? apa tindakan Edward yang tersepit antara abangnya dan juga Grace?


(Blog Dari Hati Miss Mulan)

9 ulasan:



My Random Post