5 Mei 2017

Review Filem Split & Guardians Of The Galaxy

Review Filem Split & Guardians Of The Galaxy, Pelakon Filem Split, James McAvoy, Anya Taylor Joy, Betty Buckley, Haley Lu Richardson, Jessica Sula, Dissociative Identity Disorder, Pelakon Filem Guardians Of The Galaxy, Chris Pratt, Zoe Saldana, Dave Bautista, Vin Diesel, Bradley Cooper, Watak, Groot, Gamora, Quill, Drax, Rocket,
Review Filem Split & Guardians Of The Galaxy (English Movie)

Macam biasa, aku nak buat review 2 filem orang putih yang bertajuk Split (2016) dan juga filem Guardians Of The Galaxy (2014). Jadi dalam entry ini aku akan membuat review untuk 2 filem ini sekaligus dan aku akan mulakan review aku dengan filem Split terlebih dahulu. Selamat Membaca ye hehehe. Filem Split ini diarahkan oleh M. Night Syamalan dan dilakonkan oleh James McAvoy, Anya Taylor Joy, Betty Buckley, Haley Lu Richardson, Jessica Sula dan lain - lain lagi. Filem Split ini bergenre Psychological Horror dan berkisarkan tentang Kevin Wendell Crumb yang menghidapi penyakit DID (Dissociative Identity Disorder) yang turut dikenali sebagai penyakit kecelaruan Identiti yang mana Kevin mempunyai 23 Personaliti lain dalam dirinya yang telah menculik dan mengurung 3 gadis remaja di suatu tempat, untuk dikorbankan dan jadikan makanan buat identiti mereka yang 24, yang akan muncul tidak lama lagi dan ianya dikenali dengan nama "The Beast'. Walaubagaimanapun dalam filem ini, mereka tak tunjukkan semua personaliti Kevin itu, hanya dalam 4 atau 5 personaliti saja yang ditampilkan dalam filem ini seperti Dennis, Barry, Patricia, Hedwig dan lain - lain.

Pada pendapat aku, drama - drama atau filem yang memfokuskan tentang penyakit kecelaruan identiti ini sememangnya best dan menarik. Lagi banyak personaliti, lagilah best filem itu nanti hehehe. Misalnya dalam Drama Korea pun dah ada drama yang memfokuskan tentang penyakit ini seperti drama Kill Me Heal Me manakala untuk filem atau drama Melayu pula, aku tak pernah tengok pula, kalau ada drama atau filem yang berani buat cerita seperti ini, selalunya jalan cerita drama melayu terutamanya mesti tenang kisah cinta yang sweet, awalnya tak suka lepas itu jadi sayang pula, lepas itu, watak hero pastinya anak orang kaya atau pun hartawan dan si heroin pula mestilah cantik walaupun tak kaya, atau pun kedua - duanya kaya hehehe. Berbalik pada filem Split ini, memang banyak unsur suspen terutamanya tentang identiti ke - 24 itu iaitu The Beast, manakala ending filem Split ini juga sukar dijangka dan tak sangka ada twist di hujungnya. Khabarnya filem ini akan ada sambungannya, ini ditambah lagi apabila dihujung cerita Kevin masih hidup begitu juga dengan semua identinya. Aku suka dengan cara Casey yang awalnya amat berhati - hati dalam mengawal tindakannya untuk tidak cuba membuat Dennis marah dan cuba berkawan dengan Hedwig. Walaubagaimanapun sikap 2 kawannya iaitu Claire dan Marcia yang panik dan terburu - buru membuat keputusan dan tak nak ikut cakap Casey membuatkan situasi menjadi sukar untuk mereka. 

Scene ketika psychiatry Kevin iaitu Dr Karen Fletcher datang ke tempat tinggal Kevin juga menarik, apabila dia merasakan ada benda yang tidak kena, kerana sering menerima email dari salah satu personaliti Kevin iaitu Barry yang ingin membincangkan sesuatu yang penting dengannya. Dr Karen Fletcher juga sempat meninggalkan nota sebelum dia mati untuk menyuruh Casey menyebut nama penuh Kevin untuk memanggil Kevin yang sebenar untuk muncul dan sememangnya Kevin muncul tapi hanya seketika. Apa pun aku memang tiada masalah dan suka dengan jalan cerita filem ini, namun aku rasa filem ini kurang muzik ataupun lagu - lagu background yang best terutamanya untuk scene - scene yang suspen. Kalau ada muzik yang best ianya akan lebih menimbulkan rasa takut, suspen dan teruja penonton. Ending filem ini memang suspen dan aku tak sangka juga bila personaliti ke 24 itu iaitu "The Beast" akan melepaskan Casey apabila terpandang parut - parut lama di badan Casey dan mengatakan Casey suci kerana telah mengalami rasa kesusahan dan terseksa dalam hidupnya sebelum ini. Lalu The Beast melepaskan Casey dan pergi dari situ dan Casey terselamat. Aku bagi 8 Bintang dari 10 bintang untuk filem Split ini. Sekarang ini kita ke review filem kedua pula iaitu Filem Guardians Of The Galaxy Vol 1 yang telah release pada tahun 2014. Filem ini diarahkan oleh James Gunn dan dilakonkan oleh Chris Pratt, Zoe Saldana, Dave Bautista, Vin Diesel, Bradley Cooper dan ramai lagi. Filem ini adalah filem superhero yang diadaptasikan daripada komik Marvel yang mempunyai nama yang sama dengan tajuk filem ini.

Aku ini bukanlah penggemar cerita - cerita tentang Alien, tentang angkasa lepas, planet - planet ini semua, tapi aku masih boleh tonton dan terhibur juga dengan filem ini kerana terdapat scene - scene menarik dan kelakar dalam filem ini. Jadi rasa bosan itu tiadalah sebab ada banyak juga babak - babak kelakar dalam filem Guardians Of The Galaxy ini. Aku juga suka semua watak - watak utama dalam filem ini terutamanya Groot yang kelakar itu tapi baik. Scene ketika Groot tu mati memang sedih, tapi nasiblah Groot itu boleh tumbuh semula sebab dia secara naturalnya adalah pokok kan, jadi untuk filem sekuelnya akan ada watak barulah iaitu Baby Groot yang ramai cakap lebih cute dan kelakar. Manakala watak Raccoon yang bernama Rocket itu pun kelakar juga sebab dia banyak cakap dan sayang pada Groot itu. Hanya Rocket yang boleh faham bahasa Groot itu, sebab Groot asyik cakap ayat yang sama saja iaitu I Am Groot tapi mempunyai maksud yang berbeza hehehe. Watak seterusnya yang menarik adalah watak perempuan hijau (Alien) yang bernama Gamora itu, aku terbayangkan tentang kepayahan untuk membawakan watak Gamora tu, dahlah kena makeup berjam - jam lamanya, warna hijau pula tu tapi memang seronok menonton watak Gamora ini sebab dia pandai berlawan, bijak dan berhati baik. Selain itu watak hero filem ini iaitu watak Peter Quill juga unik sebab dia suka mendengar lagu - lagu lama iaitu lagu - lagu tahun 70- an dan 80 an dan amat sayang pada walkmannya itu. 

Jalan cerita filem Guardians Of The Galaxy ini secara dasarnya berkisarkan tentang perebutan satu artifak yang sangat berkuasa, aku dah lupa nama artifak ini, tak silap aku, mungkin nama artifak ini Orb. Awalnya Quill, Gamora dan Rocket saling berebut untuk mendapatkan artifak ini dengan tujuan untuk menjual artifak tersebut dengan harga yang tinggi. Rocket pula awalnya ingin menangkap Quill juga kerana ingin mendapatkan ganjaran yang lumayan. Manakala Drax pula awalnya ingin membunuh Gamora kerana bersekutu dengan Ronan yang telah membunuh keluarga Drax. Namun tanpa disangka, mereka semua akan bekerjasama dan saling berkawan antara satu sama lain. Antara scene yang menarik dalam filem ini adalah ketika mereka semua ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Kemudian scene ketika mereka semua berjaya mendapatkan dan memegang orb (artifak) itu dengan jayanya tanpa perlu mati dan sebagainya. Apa pun tak sabar nak menonton filem sequelnya iaitu Guardians Of The Galaxy Vol 2 dan aku bagi 7.4 Bintang untuk filem ini dari 10 bintang. 

Gambar diatas credit to Gage Skidmore

2 ulasan:

  1. Split tu dah tengok, memang best... Yg lagi satu tu tak pernah tngok lagi, hehehehe tak berapa minat sangat tapi groot to comel kan.

    BalasPadam
  2. saya dah tengok split, tapi atas dasar suka dengan pengarahnya. GOTG plak tak tgk lagi

    BalasPadam



My Random Post