12 Mei 2017

Review Drama Korea Radiant Office

Radiant Office, Korean Drama Review, Sinopsis, Poster Radiant Office, Pelakon Utama Drama Korea Radiant Office, Ending, Pelakon, Ko Ah Sung, Ha Seok Jin, Lee Dong Hwi, Kim Dong Wook, Hoya (Infinite), Han Sun Hwa, Kwon Hae Hyo, Oh Dae Hwan, Jang Shin Young,
Review Drama Korea Radiant Office

Drama Korea Radiant Office mula disiarkan pada 15 Mac yang lalu dan tamat pada 4 May 2017, drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Missing Nine dan kemudiannya akan digantikan dengan drama Ruler ; Master Of The Mask. Drama Korea 16 episod ini dilakonkan oleh Ko Ah Sung, Ha Seok Jin, Lee Dong Hwi, Kim Dong Wook, Hoya (Infinite), Han Sun Hwa, Kwon Hae Hyo, Oh Dae Hwan, Jang Shin Young dan ramai lagi. Pengarah drama ini pernah mengarah drama - drama best seperti Shining Romance, Tomorrow Victory, Rosy Lovers dan banyak lagi. Agak lama juga aku tak nampak Han Sun Hwa ini berlakon, last drama yang dia berlakon adalah drama 52 episod yang bertajuk Rosy Lovers. Dalam drama tersebut Han Sun Hwa melakonkan watak utama, tak sangka pula dia reunion semula dengan pengarah drama Rosy Lovers ini dalam drama Radiant Office ini. Walaubagaimanapun Han Sun Hwa bukanlah heroin utama drama ini kerana dia hanyalah pelakon pembantu saja dan imej baru Han Sun Hwa yang berambut pendek agak kurang sesuai bagi aku kerana Han Sun Hwa akan lebih cantik dan ayu kalau dia berambut panjang. Manakala Heroin drama ini iaitu Ko Ah Sung pula lebih banyak berlakon filem berbanding drama, apa pun aku suka tengok muka Ko Ah Sung ini sebab mukanya nampak natural cantik maknanya dia tidak melakukan pembedahan plastik atau apa - apa saja di mukanya itu.

Ini juga adalah kali pertama aku melihat lakonan Ha Seok Jin sebagai hero dalam drama ini dan aku makin suka pula dengan lakonannya. Jalan cerita Drama Radiant Office ini bermula dengan baik hinggalah ke pertengahannya. Namun selepas itu, jalan ceritanya mula menjadi boring dan meleret - leret. Kisah cinta watak utama dalam drama ini juga tidak begitu banyak dipaparkan sebaliknya drama ini memfokuskan tentang masalah pekerja dan isu - isu yang sering berlaku di syarikat perabot yang bernama Hauline. Isu yang dipaparkan dalam drama ini juga agak menarik antaranya tentang isu graduan yang susah untuk mendapat pekerjaan selepas tamat belajar, persaingan untuk mendapatkan pekerjaan sangat sengit. Selain itu isu antara pekerja kontrak dan juga pekerja tetap turut dikupas dalam drama ini selain isu diskriminasi pekerja wanita dan juga pekerja lelaki serta banyak lagi. Antara scene yang aku suka masa mereka semua pergi interview kerja itu, suasana masa interview itu sungguh mendebarkan dan sengit. Kemudian scene ketika Eun Ho Won, Do Ki Taek dan Jang Kang Ho menjadi kawan baik dan sengaja mengenakan Seo Woo Jin dengan membuat panggilan palsu dan memesan banyak makanan dan kemudian Seo Woo Jin yang terpaksa membayar semua harga makanan tersebut. Seterusnya scene ketika Eun Ho Won bekerja sebagai pembantu rumah di rumah Seo Woo Jin tanpa dia menyedarinya.

Bermula dari Eun Ho Won yang menjadi pembantu rumahnya buat seketika itum membuat Seo Woo Jin sedikit rapat dengan Eun Ho Won berbanding sebelum ini. Eun Ho Won juga diambil bekerja semula di syarikat Hauline itu selepas dipecat oleh Seo Woo Jin. Selepas itu hubungan Eun Ho Won semakin rapat, aku suka part yang mereka tak meluahkan pun rasa cinta itu tapi sedar yang mereka seperti saling menyukai antara satu sama lain. Malah personaliti Seo Woo Jin juga mula berubah apabila dia tidak setegas dulu dan mula berlembut serta memahami masalah - masalah pekerjanya. Aku juga suka tengok sikap dan kerenah pekerja - pekerja yang bekerja di bahagian Marketing dan Sales itu contohnya ada yang jenis rajin bekerja, ada juga yang suka main - main waktu bekerja, ada yang kuat bergosip, tak kurang juga ada yang suka membuli pekerja lain terutama pekerja bawahannya yang terdiri daripada pekerja kontrak dan ada juga yang jenis suka mengampu orang atasan untuk senang naik pangkat dan sebagainya. Eun Ho Won pula adalah seorang pekerja yang berani menyuarakan pendapatnya dan sekaligus mencetuskan kekecohan dalam syarikat itu kerana kelantangan Eun Ho Won mengkritik sesuatu perkara yang dia tidak puas hati. Apa pun aku agak kesian dengan nasib Do Ki Taek kerana tidak terpilih menjadi pekerja tetap, lepas itu dia disahkan menghidap penyakit pula dan dia tidak beritahu sesiapa tentang penyakitnya itu.

Aku tak faham pula macam mana Do Ki Taek itu boleh sakit, sebab sebelum ini dia telah pun buat pemeriksaan perubatan dan disahkan sihat dan Eun Ho Won pula yang merasakan dirinya sakit tapi akhirnya Do Ki Taek yang sebenarnya sakit. Apa pun kisah percintaan antara Seo Woo Jin dan Eun Ho Won tidak begitu ditunjukkan tapi tiap kali ada scene mereka berdua memang nampaklah mereka berdua ini sweet dan sepadan. Ending drama Radiant Office ini memang happy endinglah kan cuma aku agak keliru pula dengan identiti Seo Woo Jin ini adakah dia ini anak orang kaya sebab di episod akhir tiba - tiba saja dia menggantikan Seo Hyun yang merupakan anak kedua kepada pemilik syarikat tersebut. Lepas itu nama depan mereka berdua juga sama iaitu "Seo" atau mungkin jga ini semua sekadar kebetulan. Bagi aku ending drama ini agak open endinglah juga sebab penonton kena berfikir sedikit tentang identiti Seo Woo Jin ini walaupun ada di satu episod, Seo Woo Jin pernah melawat ayahnya di suatu tempat. Mungkin juga Seo Woo Jin ini anak angkat?. Apa pun aku bagi 6 Bintang dari 10 bintang untuk drama Korea Radiant Office ini.

4 ulasan:

  1. tengok sikit tp xminat heroin dia.

    makin cantik blog awak, lawa header tu :)

    BalasPadam
  2. drama dia abis da tgk.. so so.. sbb xde cintun2 sgt.. tp best jugak sbb isu hal opis ..hihi.. suke Do Ki Taek blur2 kiut2 gak.. haahah.. :P

    BalasPadam
  3. suka watak utama dia ho won/ seo woo jin sweet sgt.wpun xnmpk sgt bercinta tp best sgt.

    BalasPadam



My Random Post