18 Jan 2017

Gelagat Fattah Amin & Neelofa

Fattah Amin, Neelofa, Kontroversi, Bercinta, BerpisaSuri Hati Mr Pilot, MeleTOP, Sweet, Tiada Jodoh, Putus, Move On,
Gelagat Fattah Amin dan Neelofa

Siapa tengok rancangan MeleTOP (17/1) hari selasa yang lalu pasti tahu pasal betapa sweetnya Neelofa dan Fattah Amin itu. Nampak betul Lofattah ini dilamun cinta dan serasi bersama. Neelofa sentiasa tersenyum, terutamanya bila Fattah Amin tengah bersajak masa di permulaan tu, kemudian menyanyikan lagunya yang bertajuk Wanita Terakhir yang semestinya ditujukan teristimewa buat kekasihnya Neelofa. Penonton pun bukan main seronok bersorak. Neelofa nampak macam malu - malu, tapi senyuman sentiasa terukir di bibirnya. Apapun hope diorang terus bahagia dan cepat - cepat berkahwin. Peminat pun ramai yang suka dengan Lofattah ini so moga dipermudahkan semuanya.

Update- Julai 2017
Nampaknya tiada jodoh buat Neelofa dan Fattah Amin ini apabila kisah percintaan mereka putus di tengah jalan, semuanya tinggal kenangan. Pelbagai kontroversi dan gosip yang berlaku dalam hubungan percintaan mereka ini, namun peminat masing - masing hanya boleh berteka - teki tentang punca dan sebab perpisahan Lofattah ini. Malah mereka berdua juga tidak mahu bergandingan sebagai hero dan heroin dalam drama lagi. Sepatutnya Neelofa akan berlakon sebagai Nura Medina dalam Drama Popular Hero Seorang Cinderella bersama dengan Fattah, namun Neelofa akhirnya menarik diri dan tempatnya itu diambil oleh pelakon cantik manis Fazura.

Bila Fazura dah bergandingan dengan Fattah ini, muncul pula hashtag dan juga penyokong #Fattzura. Ramai peminat yang suka tengok lakonan Fazura dan Fattah Amin ini dalam drama Hero Seorang Cinderella itu. Walaubagaimanapun Neelofa juga akan muncul dengan drama baru bersama Alif Satar yang bertajuk Red Velvet. Manakala Fattah Amin pula akan berlakon dengan gandingan barunya iaitu Janna Nick dalam adaptasi Drama Korea Coffee Prince. Apa pun tahun 2017 ini memang tahun Fattah Amin, rezekinya mencurah - curah, bukunya laris,  Lagu nyanyiannya iaitu Wanita Terakhir dan lagu duetnya iaitu Cinderella bersama Fazura turut hits dan disukai pendengar, dramanya popular, malah menang Bintang Paling Popular dalam ABPBH30 lagi.

Begitu juga Neelofa, businessnya berkembang pesat dan merupakan jutawan muda di Malaysia ini, aku yakin dramanya juga akan popular dan meletup bila disiarkan di tv nanti. Apa pun aku teringin juga nak tengok Fazura dan Neelofa berlakon dalam satu drama mahu pun filem yang sama, walaupun ianya agak mustahil dalam tempoh masa yang terdekat ini, tapi siapa tahu di masa - masa akan datang. Tak silap aku mereka berdua dah pernah berlakon drama yang sama iaitu Tahajjud Cinta tapi watak mereka tidak bertembung atau bertemu antara satu sama lain.

Gambar diatas credit to https://ms.wikipedia.org

2 ulasan:



My Random Post