Drama Kids Nowadays telah pun melabuhkan tirainya, drama 20 episod ini dilakonkan oleh Dato Awie, Wanna Ali, Alvin Chong, Wan Sharmila, Nafiez Zaidi, Marisa Yasmin, Hasnul Rahmat, Ezzrin Loy, Zarina Zainuddin, Farez Ridzwan, Harith Daniel, Azhar Amir, Abby Nadzri, Meor Mohd dan ramai lagi. Selain daripada kisah Jaafar lakonan Awie yang sudah berusia yang ingin melanjutkan pelajaran di universiti serta cabaran yang perlu dihadapinya bergelar pelajar. Aku juga suka dengan kisah rumahtangga anak perempuan Jaafar iaitu Najiha yang terpaksa berdepan dengan suaminya yang mama boy dan mak mertuanya yang gila habis. Geram je aku tengok sikap suami Najiha iaitu Ashraf dan maknya, siapa yang boleh tahan dapat suami dan mak mertua gitu kan. Suka gak tengok Wanna Ali dalam drama ni,lawa dan comel gitu. Dalam episod akhir drama Kids Nowadays ini nampak Miss Hana dah dapat move on dari Jaafar, akhirnya menerima cinta Edy.
Suka betul aku bila Najiha akhirnya bercerai dan Ashraf berkahwin dengan Seri seperti yang maknya mahu. Tapi Seri tu akhirnya tunjuk belang dia yang membuatkan Ashraf dan maknya menyesal hehehe. Ashraf juga cuba memujuk Najiha untuk kembali bersama dan semestinya Najiha tak mahu kan, terus dia blah dari situ hehe. Part sedih dalam drama ini mestilah bila Farhan akhirnya mati selepas pembedahan. Nampakla Jaafar tu sayang kat Farhan macam anaknya sendiri. Apa pun geram gak dengan watak Syafiq tu lakonan Harith Daniel, bukan main jahat lagi dia ni siap nak bunuh miss Hana lagi tu. Di peringkat awal aku geram gak dengan sikap Najiha dan cara layanannya pada ayahnya Jaafar, nasiblah dia akhirnya sedar akan kesilapannya. Apa pun selepas ini drama Bukan Pi Mai Pi Mai akan menggantikan drama Kids Nowadays ini setiap Isnin hingga Khamis, jam 11 malam.
Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Sekali Lagi Cinta Kembali Di Slot Akasia TV3
⏩⏩ Telefilem Satu Tong Lakonan Elizabeth Tan (Astro Prima)