31 Mac 2021

Drama Projek Anchor SPM Episod 1 Hingga 8 Di Astro Citra



Drama Projek Anchor SPM, Astro Citra, Info dan Sinopsis Drama Projek Anchor SPM, Poster Drama Projek Anchor SPM, Drama Projek Anchor SPM Full Episode, Pelakon - Pelakon Drama Projek Anchor SPM, Projek Anchor SPM Cast, Sinopsis Penuh Drama Projek Anchor SPM,

Drama Projek Anchor SPM adalah drama terbaru di Astro Citra yang disiarkan mulai 15 Mac, setiap Isnin, jam 9 malam dan diinspirasikan daripada penipuan yang dirahsiakan di Malaysia. Drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Kampong Pisang Bersiri - Siri yang telah tamat episodnya. Antara pelakon Drama Projek Anchor SPM ini adalah Daiyan Trisha, Aedy Ashraf, Shasha Abedul, Nadhir Nasar, Chubb-E, Adlin Aman, Tony Eusoff, Hasnul Rahmat, Daniella Sya, Susan Lankester, Fadhli Masoot, Taufiq Izmir, Danish Hazriq dan ramai lagi. Selain itu drama Projek Anchor SPM ini mempunyai 8 episod sahaja dan diarahkan oleh Razaisyam Rashid dan Anwari Ashraf serta diterbitkan oleh Alpha47 Films dan Astro Shaw. Memang best layan drama Projek Anchor SPM ini, bila tengok drama ni teringat kat filem Thai Bad Genius, tapi of courselah jalan ceritanya berbeza kan. Jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Projek Anchor SPM ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey.

Daiyan Trisha sebagai Aaidaa
Aedy Ashraf sebagai Aizat  
Shasha Abedul sebagai Jaja
Nadhir Nasar sebagai Hilmi
Chubb-E sebagai Botol
Adlin Aman Ramlie sebagai Tuan Awang
Tony Eusoff sebagai Zubir
Daniella Sya sebagai Tai Ying
Susan Lankester sebagai Puan Rokiah
Fadhli Masoot sebagai Zaim
Taufiq Izmir sebagai Cheng




Sinopsis Penuh Drama Projek Anchor SPM Lakonan Aedy Ashraf dan Daiyan Trisha Di Astro Citra 

Mengisahkan tentang sekumpulan pelajar tingkatan lima di Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA) di Cameron Highlands, yang merupakan sebuah sekolah berasrama penuh berprestij. Aizat, kapten pasukan ragbi yang disegani, bersama Hilmi, iaitu Ketua Pelajar dan Ketua Pengawas yang cemerlang, serta rakan mereka yang hanya dikenali sebagai Botol, adalah rakan karib dan sentiasa bersama di kala waktu susah dan senang. Sementara itu, Aida, pelajar paling cemerlang akademik STIA yang gemar menyendiri, bersusah payah membantu adik tirinya, Jaja, yang kurang mahir dalam pelajaran untuk bersedia menghadapi peperiksaan terbesar, SPM. Di samping itu, setelah mencuri keluar beberapa kali daripada kampus sekolah pada waktu malam, Aizat akhirnya ditangkap oleh Pengetua Awang, pengetua STIA yang amat tegas. Pengetua Awang, memberi syarat kepada Aizat supaya tidak dibuang sekolah dan perlu meraih keputusan 8A dalam peperiksaan percubaan SPM yang sudah hampir. Justeru, Aizat dengan terdesaknya cuba mencari jalan keluar, dan akhirnya berjaya bersekongkol dengan Aaidaa, dan menghasilkan sebuah pelan untuk membantu rakan-rakan seluruh tingkatan mereka cemerlang SPM melalui strategi meniru besar-besaran. Adakah plan mereka akan berjaya atau kantoi di akhirnya?..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan