4 Okt 2021

Drama Dia Isteriku Lakonan Rozita Che Wan dan Hafidz Roshdi (TV Alhijrah)



Drama Dia Isteriku, Drama Dia Isteriku TV Alhijrah, Info dan Sinopsis Drama Dia Isteriku, Drama Dia Isteriku Full Episode, Pelakon - Pelakon Drama Dia Isteriku, Rozita Che Wan, Hafidz Roshdi, Shalma Eliana, Fizz Fairuz,

Drama Dia Isteriku sudah mula bersiaran di slot Qalbu TV Alhijrah sejak 14 September 2021 yang lalu, setiap Isnin dan Selasa, jam 6 petang. Antara pelakon drama Dia Isteriku ini adalah Rozita Che Wan, Hafidz Roshdi, Shalma Eliana, Fizz Fairuz, Aiman Badrul, Izzy Reef, Cahaya Nilam, Hanna Aqeela, Badrul Muhayat, Sharifah Anthasha, Ziema Din, Charlie Numan Salleh dan ramai lagi. Selain itu drama Dia Isteriku ini mempunyai 13 episod dan diarahkan oleh Ayie Mustafa serta diterbitkan oleh Sha's Media Sdn Bhd. Lama tak nampak Rozita Che Wan ni berlakon kan, pastu kali ni dia buat comeback dalam drama yang serius ni, langsung takde loghat utara, kedah semua dah hehe. Menarik drama ini, tengok dari sinopsis cerita ni pun dah rasa best okey. Jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Dia Isteriku ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Rozita Che Wan sebagai Aisyah
Hafidz Roshdi sebagai Helmi
Shalma Eliana sebagai Elisya
Fizz Fairuz sebagai Bahar
Aiman Badrul sebagai Ikhwan
Cahaya Nilam sebagai Intan
Badrul Muhayat sebagai Azlan
Sharifah Anthasha sebagai Tina
Ziema Din sebagai Kak Zah
Numan Salleh sebagai Atok Wan Haji Ali




Sinopsis Penuh Drama Dia Isteriku Lakonan Rozita Che Wan, Hafidz Roshdi dan Shalma Eliana (TV Alhijrah)

Mengisahkan sebuah perkahwinan bahagia Helmi dan Aisyah diuji akibat fitnah yang disebarkan oleh ahli keluarga sendiri. Perkahwinan dengan Helmi satu anugerah tidak ternilai buat Aisyah kerana dia telah melalui kehidupan yang perit bersama bekas suaminya Bahar selama enam tahun bersama. Bagaimanapun, kebahagiaan itu goyah apabila Elisya iaitu anak Aisyah ketika berkahwin dengan Bahar datang tinggal bersama Helmi dan Aisyah. Bahar perlu ke Afrika Selatan atas urusan kerja dan Aisyah berasa gembira bila Elisya akan tinggal bersamanya. Elisya mengalami sedikit kejutan budaya dan mengambil masa yang agak lama untuk menyesuaikan diri. Manakan tidak, sewaktu tinggal dengan bapanya, hidup dia agak bebas dan dia tidak mempedulikan hukum hakam agama. Suasana amat berbeza di rumah ibunya. Helmi dan Aishah mementingkan suasana kehidupan Islam dan penuh kasih sayang. Ini membuatkan Elisya rasa terkongkong dan memberontak. Namun begitu, Helmi dan Aishah tidak pernah berbagi kasih sayang. Sebagaimana mereka mengasihi anak kandung mereka Ikhwan, begitu mendalam juga perhatian dan layanan diberikan kepada Elisya. 

Aisyah dan Helmi berusaha membantu Elisya mengubah dan mengikut corak hidup sebagai muslimah sejati. Keikhlasan, kejujuran dan layanan mesra Helmi terhadap Aisyah dan dirinya, menyebabkan Elisya terpikat dengan bapa tirinya itu.Dalam diam dia jatuh cinta dengan bapa tirinya. Dia berusaha berubah mengikut corak hidup sebagai muslimah sejati untuk menarik perhatian Helmi.Perubahan sikap Elisya itu mengejutkan ramai kawan-kawannya terutamanya kawan baiknya Intan. Mereka tidak menduga Elisya yang selama ini begitu benci hidup terkongkong bertukar menjadi muslimah sejati. Elisya tanpa segan silu memberitahu Intan bahawa dia berubah disebabkan bapa tirinya. Dia kini terpikat dan jatuh cinta dengan perawakan dan perwatakan Helmi. Keadaan bermula tegang apabila cerita Elisya terpikat dengan bapa tirinya mula tersebar dan menjadi gosip hangat sehingga menjejaskan hubungan Aisyah dan Helmi. Dugaan demi dugaan berlaku terhadap keluarga Helmi dan Aishah. Kemuncak, tatkala Helmi menjelaskan kepada Elisya bahawa dia menyayangi Elisya seikhlas hati sebagai seorang bapa, Elisya bertindak nekad menjadi duri dalam daging dengan menyebarkan fitnah bahawa Helmi cuba berbuat tidak baik terhadap dirinya.
Drama Dia Isteriku, Drama Dia Isteriku TV Alhijrah, Info dan Sinopsis Drama Dia Isteriku, Drama Dia Isteriku Full Episode, Pelakon - Pelakon Drama Dia Isteriku, Rozita Che Wan, Hafidz Roshdi, Shalma Eliana, Fizz Fairuz,
Aisyah percaya dengan fitnah Elisya. Bahar pula kononnya atas tanggungjawab sebagai bapa membuat laporan polis sehingga menyebabkan Helmi ditahan polis. Helmi tabah dan tetap menafikan segala tuduhan itu. Elisya yang bangga dapat membalas dendam terhadap Helmi secara tidak sengaja memberitahu Intan bahawa sesiapa yang menolak kehendak dan keinginan dirinya pasti akan menerima padah. Mampukah Helmi membersihkan nama baiknya sekaligus membebaskan dirinya dari tahanan pihak polis? Adakah Aishah sanggup menerima Helmi kembali? Bagaimana pula Bahar berhadapan dengan anak kesayangannya Elisya setelah perkara sebenar terbongkar?

Lagu Tema / Lagu Sisipan / OST Drama Dia Isteriku

👄 Rahsia nyanyian Shalma Eliana 

👄 Aroma nyanyian Shalma Eliana 

👄 Tiada nyanyian Liza Hanim

👄 Goodbye Hello nyanyian Syamel dan Ernie Zakri

👄 Mahukah Kamu nyanyian Shalma Eliana FT Fariz Jabba

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Hindi Vish : A Poisonous Story - Slot Sonia TV3

⏩⏩ Drama Gerak Khas Undercover Episod 1 Hingga 30 (Full Episode) Di TV3

💜💜 Drama The Hotel Lakonan Mira Filzah, MK K-Clique dan Sean Lee Slot MegaDrama Astro Ria

Tiada ulasan:

Catat Ulasan