19 Okt 2020

Sinopsis Telefilem 3 Dukun Santet (Astro Citra)



Telefilem 3 Dukun Santet, Telemovie 3 Dukun Santet, Sinopsis Telefilem 3 Dukun Santet, Poster Telefilem 3 Dukun Santet, Pelakon - Pelakon  Telefilem 3 Dukun Santet, Umie Aida, Isyariana, Zahiril Adzim, Dayang Areeda, Maria Farida, Zulhusni Zamir, Kween Keela, Silfeny Osman,

Telefilem 3 Dukun Santet telah pun disiarkan di Astro Citra pada 17 Oktober 2020 yang lalu di Astro Citra. Antara pelakon Telefilem 3 Dukun Santet ini adalah Umie Aida, Isyariana, Zahiril Adzim, Dayang Areeda, Maria Farida, Zulhusni Zamir, Kween Keela, Silfeny Osman dan ramai lagi. Tengok dari tajuk telefilem ni je dah tau ianya bergenre seram gitu. Selain itu telemovie 3 Dukun Santet ini diarahkan oleh Azhari Zain dan diterbitkan oleh Dear Creative Media. Nampak menarik kan telefilem ini, apa pun jom tengok sinopsis telefilem 3 Dukun Santet ini di bawah ye. 




Sinopsis Telefilem 3 Dukun Santet Lakonan Umie Aida, Zahiril Adzim, Isyariana dan Dayang Areeda (Astro Citra)

Mengisahkan 3 orang sahabat baik iaitu Saiful / Epul (Zahiril Adzim), Emma (Isyariana) dan Shasha (Dayang Areeda) yang dah lama kenal sejak dari zaman belajar lagi. Mereka bertiga bercadang ingin membuka sebuah kafe serta studio persembahan kebudayaan. Walaubagaimanapun lokasi cafe itu agak terpencil dan jauh menyebabkan Saiful tidak berminat. Namun setelah dipujuk oleh Emma dan Shasha, Saiful bersetuju untuk pergi melihat kawasan kafe tersebut. Emma dan Shasha suka tempat tersebut begitu juga dengan Saiful walaupun tempat tersebut agak menyeramkan dan sunyi. Saiful turut mengalami kejadian aneh dan menakutkan disitu, namun tidak menceritakan hal tersebut pada Emma dan Shasha, malah dia sebaliknya bersetuju untuk membuka cafe disitu. Mereka bertiga kemudian bertungkus lumus membersihkan dan mencantikkan kawasan cafe itu, malangnya kejadian pelik dan menakutkan mula berlaku. Mereka mula diganggu dengan teruk sehingga jatuh sakit, Saiful cuba berusaha menghubungi Ustaz dan sebagainya. Manakala Emma dan Shasha pula menghubungi seorang dukun bernama Mek (Umie Aida) untuk membantu mereka memagar tempat tersebut, sekaligus menghalau hantu - hantu disitu. Saiful merasakan ada yang tidak kena dengan Mek, selepas itu gangguan yang mereka terima semakin teruk. Rupa - rupanya ada orang yang sakit hati dan ingin mengenakan dan membunuh mereka sehingga menggunakan khidmat 3 dukun untuk mengacau dan membunuh mereka. Apa yang berlaku seterusnya?..

2 ulasan:

  1. menarik betul ni.... kalau ada masa leh tengok nanti...

    BalasPadam
  2. ummi aida klu berlakon, cita tu mesti best

    BalasPadam